Dalam al-Qannun fi at-Tibb, Ibnu Sina membahagikan
metabolisma makanan 'panas' atau 'sejuk' kepada 4 peringkat. Makanan yang
dikategorikan peringkat pertama adalah makanan yang mempengaruhi jasmani tetapi
tidak jelas ataupun kesannya langsung tidak dirasai.
Makanan peringkat metabolisma kedua menyebabkan perubahan
metabolisma tubuh tetapi akhirnya dapat dikuasai tubuh. Semua nutrien termasuk
dalam kategori ini. Daripada segi jasmani, selepas makanan peringkat kedua ini
dimakan, kesannya memang terasa. Contohnya, badan terasa panas. Nutrien tidak
digunakan sebagai ubat tetapi sebagai cara awal menangani masalah kesihatan.
Contoh makanan peringkat kedua adalah kurma, kacang walnut dan bijan.
Makanan peringkat metabolisma ketiga memiliki ciri tidak
dipengaruhi tubuh, malah ia pula yang mempengaruhi tubuh. Semua ubat termasuk
dalam kategori ini. Jadi kita perlu berhati-hati apabila memakan makanan
kategori ini. Memakan makanan dalam kategori ini secara berterusan boleh
menyebabkan tekanan kepada fungsi-fungsi di dalam tubuh. Oleh itu ubat
tradisional sekalipun mempunyai dos dan tempoh penggunaan yang tetap. Contoh
makanan dalam kategori ini ialah jintan hitam, kayu manis, kunyit, hempedu bumi
dan bawang putih.
Makanan peringkat metabolisma keempt adalah makanan yang
dapat menghentikan fungsi tubuh. Makanan yang termasuk dalam kategori ini
adalah toksik dan sebahagian ubat berasaskan kimia. Ubat berasaskan kimia
adalah bahan yang dapt memberikan tekanan kepada fungsi-fungsi di dalam tubuh.
Terdapat beberapa jenis herba yang tergolong dalam kategori toksik. Jadi, ia
hanya boleh digunakan di bawah pengawasan doktor ataupun ahli perubatan yang
menguasai perubatan herba. Contoh makanan peringkat metabolisma keempat ialah
kunyit putih, keladi tikus, kemunting cina, pegaga, ubi kayu dan benalu.
Perubatan nabi berdasarkan 3 falsafah:
1- Setiap penyakit ada ubatnya,
2- Orang yang sakit wajib mengubati penyakitnya, dan
3- Kewujudan pengamal perubatan sebagi fardu kifayah.
Pada masa yang sama, kita perlu memantapkan kefahaman
mengenai asas-asas perubatan Islami. Keyakinan yang jitu bahawa diri kita tidak
ada kuasa untuk menyembuhkan penyakit melainkan dengan izin Allah di samping
memastikan kecukupan makanan dan keseimbangan komposisi nutriennya.
|
Kedua-dua herba tersebut termasuk di dalam kategori herba
bersifat panas dan kering (Unsur API). Madu dalam kategori makanan peringkat
metabolisma kedua sementara kayu manis tergolong dalam kategori makanan
peringkat metabolisma ketiga. Ambil kayu manis jenis ceylon, yang terbaik
berbanding kayu manis cassia yanag banyak dalam pasaran; dimasukkan ke dalam
air suam (suhu lebih kurang 40 ke 45 darjah celsius) dan bancuh. Biarkan sejuk,
baru ditambahkan dengan madu asli 1 sudu kecil. Boleh diambil 2 kali sehari,
dan pastikan minum air kosong yang secukupnya; setiap 25kg berat badan perlu
minum 1 liter air kosong atau air 'putih'. In shaa ALLAH ada kesembuhan dengan
izin ALLAH. Jangan lupa DOA kepada ALLAH minta kesembuhan melalui Al-Fatihah
dan SELAWAT.
Alhamdulillah. Allah berkata yang maksudnya,"Janganlah
kamu berasa rendah diri dan jangan pula kamu berasa sedih. Sesungguhnya
kedudukan kamu tinggi di depanKU apabila kamu menjadi mukmin." Ayat ini
memberikan semangat kepada yang beriman. Seberat mana pun ujian yang menimpa,
ia begitu kecil apabila dibandingakan dengan kedudukan tinggi yang ditawarkan
Allah. Jiwa yang diresapi penghargaan menggerakkan semangat. Semangat pula
mewujudkan keghairahan hidup dan menyihatkan badan.
No comments:
Post a Comment