Tuesday, November 14, 2017

Bekam Holistik dan Urutan Tulang Belakang, Pinggul, Sendi dan Saraf (Fisio)


Matlamat Pusat Terapi De Ieman adalah Sihat Secara Holistik bermaksud sihat jasmani dan sihat rohani mengikut perubatan Islam yang sebenar.

Pusat Terapi De Ieman menyediakan perkhidmatan utama Bekam Holistik dan Urutan Tulang Belakang (Yumeiho)

Kenapa pilih kami sebagai perawat anda?
1. Perawat yang sudah berpengalaman dalam bidang rawatan lebih  daripada 10 tahun.
2. Sebelum membuat rawatan, pesakit akan didiagnos dengan beberapa kaedah yang mudah untuk menentukan punca masalah kesihatan yang dihadapi dan memeriksa kondisi pesakit sebelum diberi rawatan yang sesuai.
3. SOP rawatan bekam mengikut klinikal dan penyucian peralatan mengikut SOP klinikal.
4. Rawatan yang tepat dan sesuai sahaja akan diberikan kepada pesakit sama ada dari segi pemakanan, gaya hidup dan rawatan.
5. Kounseling mengenai cara rawatan yang betul kepada pesakit.
6. Penerangan mengenai bekam yang sebenar kepada pesakit, pengeluaran darah toksin, mitos-mitos bekam dan lain-lain


Konsep Pusat Terapi De Ieman - Sihat Secara Holistik





CAWANGAN PUSAT TERAPI BEKAM DE IEMAN - Sihat Secara Holistik

PUSAT TERAPI BEKAM DE IEMAN
HULU LANGAT

58-1, JALAN LAGENDA SURIA 3, 43100 HULU LANGAT, SELANGOR
(Bersebelahan klinik warisan, dobi proclean, atas frozen food)

Tekan link google map https://goo.gl/maps/EUxjnDvAbtF2

011-29066915 / 013-3703500

PUSAT TERAPI BEKAM DE IEMAN
KUALA LUMPUR

NO 4, WISMA MASJID ALAM SHAH, JALAN TUN RAZAK, 55100 KUALA LUMPUR
(Sebelahan masjid jamek alam shah, sederet restoran sururi)

Tekan link google map https://goo.gl/maps/FwQPrqEMG212

019-2852723 / 017-2110023

PUSAT TERAPI BEKAM DE IEMAN
SUBANG

LOT 3489C1 JLN MELOR, KG MELAYU SUBANG, 40150 SHAH ALAM, SELANGOR.

019-3376751






Apa Itu Bekam, Hijamah?

Mukaddimah 

Apa Itu Bekam?

Apabila seseorang sakit, dia tidak sepatutnya berasa kecewa; sebaliknya hendaklah bersyukur kepada Allah SWT kerana sakit adalah merupakan tanda kasih sayang Allah SWT kepada hamba-NYA. Pesakit hendaklah berusaha mendapatkan penawarnya dan mendapatkan rawatan yang sewajarnya kerana ia juga termasuk dalam ibadah.


Sabda baginda nabi Muhammad SAW, "Sesungguhnya Allah SWT telah menurunkan penyakit dan ubat, dan menjadikan untuk kamu bahawa setiap penyakit ada ubatnya. Oleh kerana itu berubatlah tetapi jangan dengan yang haram".


Semenjak dahulu lagi manusia telah berusaha mencari kesihatan yang berkualiti dan umur yang berpanjangan. Sebagai ummat Rasulullah SAW, kita sangat beruntung kerana mempunyai contoh ikutan yang terbaik pernah dilahirkan di atas muka bumi ini, iaitu Nabi Muhammad SAW. Sebagai rahmatul 'alamin, baginda Rasulullah SAW telah mengajar kepada ummatnya berbagai ilmu termasuklah ilmu perubatan yang selamat dan efektif.


Sabda baginda nabi Muhammad SAW, "Pada malam aku diisrakkan, aku tidak melewati sekumpulan malaikat melainkan mereka berkata, "Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan hijamah".(Sunan Ibnu Majah & Sunan Abi Daud)

Bekam (Al Hijamah)


Tujuan bekam adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid (racun) yang merbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Inilah satu cara detoksifikasi yang sesuai dan selamat bagi ummat Islam.



Sabda Rasulullah SAW ;"Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Muslim)

Di dalam Shahih Bukhari, dari Sa'id bin Jubair RA, dari Ibnu 'Abbas RA, dari Nabi SAW, baginda bersabda; "Kesembuhan ada tiga perkara; minum madu, berbekam dan bakaran api (Al- Khayy). Tetapi aku melarang umatku melakukan pembakaran dengan api".

Bekam dapat mencegah dan merawat penyakit dan amat berkesan untuk melegakan atau menghilangkan kesakitan, memulihkan daya tahan tubuh (imuniti), mengembalikan fungsi fizikal biasa serta memberi harapan baru kepada pesakit.

Tubuh yang sihat, fikiran yang sihat dan hati yang bersih adalah faktor penting di dalam hidup seorang individu muslim demi melaksanakan tanggung jawab kehidupan mereka sebagai hamba Allah SWT dan khalifah di atas muka bumi.

Longgokan toksid yang banyak dalam badan akan menyebabkan penyumbatan dalam saluran darah; dan akhirnya darah tidak dapat berjalan dengan lancar. Keadaan ini akan menggangu kesihatan. Seseorang itu akan merasa malas, murung, selalu merasa kurang sihat, cepat bosan dan cepat naik darah. Ditambah lagi dengan angin yang susah dikeluarkan, maka kita akan berjumpa penderita yang terganggu emosinya sehingga sampai ke tahap harus bertemu dengan pakar psikologi atau dotor rohani (ulama sufi).

Darah yang tersumbat harus dikeluarkan melalui berbagai macam cara, tetapi malangnya ubat-ubatan alopati tidak mampu bertindak demikian. Jadi kita harus mencari perawatan alternatif yang dapat mengeluarkan toksid tersebut dengan cepat dan selamat agar sistem imuniti tidak lemah dan tubuh tidak diserang penyakit.

Bekam adalah satu cara yang amat berkesan untuk mengatasi masalah ini, malah proses penyembuhan penyakit dapat dipercepatkan jika disinergikan dengan herba-herba yang bersifat alami.

Berbekam dalam keadaan perut kosong adalah ubat, tetapi menjadi penyakit jika dilakukan dalam keadaan perut penuh. Allah SWT mewajibkan kita umat Islam untuk berpuasa dalam setahun selama sebulan dalam bulan ramadhan untuk menyucikan rohani, maka wajarlah umat ini untuk kembali mengamalkan sunnah berbekam sebulan sekali bagi membersihkan jasmani.

Waktu Berbekam


Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda,"Barangsiapa berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21 bulan hijriah maka itu adalah hari-hari yang menyembuhkan segala macam penyakit".

Imam Sayuti RH berpendapat bahawa berbekam pada tanggal-tanggal seperti di atas memang baik bila badan dalam keadaan sihat, tetapi jika orang yang berkaitan sedang sakit atau sangat memerlukan perawatan dengan cepat, kita tidak harus mengikuti tanggal-tanggal tersebut.

Ibnu Sina di dalam kitabnya "Al Qanun fii Thibb" menyebut mengenai waktu yang terbaik untuk berbekam iaitu di antara jam 2 dan 3 petang kerana pada waktu tersebut saluran darah sedang mengembang dan darah-darah yang mengandungi toksid sangat sesuai untuk dikeluarkan.

Sebaik-baiknya sebelum berbekam, pesakit bertangas selama 1/2 jam kemudian direhatkan selama 15 minit dan diikuti dengan bekam.

Sebagai seorang herbalis Muslim, kita harus menolong mereka yang memerlukan pertolongan tanpa mengira masa, pangkat dan golongan dengan ilmu yang telah Allah SWT anugerahkan kepada kita. Berilah sentuhan-sentuhan ilahiah serta memohon kepada-NYA, kerana berbekam seperti juga meminum ubat hanyalah suatu cara pengubatan, sedangkan yang menyembuhkan adalah Allah SWT yang bersifat Asy Syafi.

Jenis-Jenis Bekam


Ada 4 jenis bekam:

  • Bekam Angin
  • Bekam kering bermanafaat untuk membuang angin serta melegakan sakit secara kecemasan tanpa melukai kulit. Cara ini amat baik bagi penderita yang tidak tahan sakit terkena jarum dan tidak kuat melihat darah. Kulit akan kelihatan lebam selama 1 ~ 2 minggu. Di sini sedutannya hanya sekali dan dibiarkan selama 15 ~ 20 minit. Di sini, sekali lagi Minyak But-But memainkan peranan penting untuk menghilangkan kesan bekas-bekas lebam tadi.

  • Bekam Luncur
  • Bekam luncur umpama mengurut bahagian yang sakit seperti bahagian belakang tubuh. Tempat yang sakit dilumuri dulu dengan Minyak But-But lalu dipam (sekali sahaja), kemudian digerakkan mangkuk bekam tersebut arah satu hala di tempat yang terasa sakit, ada angin dan berat, terutama di bahagian scapula.

  • Bekam Tarik
  • Jenis ini berbeza dengan bekam angin kerana sedutannya dilakukan dengan cepat; baik dilakukan di bahagian kepala terutama dahi. Caranya adalah lumuri dulu dahi dengan Minyak But-But, lalu sedut dan tarik-lepas, sedut lagi lalu tarik-lepas, begitu seterusnya hingga kepala terasa ringan.

  • Jenis Basah atau Bekam Darah:
  • Cara ini dimulakan dengan bekam kering terlebih dahulu pada bahagian yang hendak dibekam. Kemudian dilukakan pada kulit yang berkenaan dengan menggunakan lancet (jarum tajam)kemudian disedut kembali untuk mengeluarkan darah kotor dari bawah kulit. Setiap sedutan dibiarkan selama 2 ~ 3 minit kemudian dibuang kotorannya. Darah kotor yang mengandungi toksid kelihatan hitam pekat seperti jeli serta berbuih. Jarak waktu untuk mengulangi bekam pada tempat yang sama adalah 4 minggu. Bekas luka akan hilang segera selepas dibekam jika diurut dengan Minyak But-But.

Kaedah Bekam

Kaedah yang digunakan amatlah bersih dan alatan yang digunakan sesuai dengan peredaran zaman dimana jarum disteril dan dibuang selepas dipakai. Segala langkah keselamatan mestilah diambil untuk mengelakkan jangkitan samada kepada pembekam atau pun pesakit.

Tempat dimana pembekaman hendaklah dilakukan mestilah bersih, cukup terang dan cukup udara. Pembekam mestilah menjaga diri mereka dengan penggunaan sarung tangan pakaibuang.

Permukaan kulit yang hendak dibekam mesti dibersihkan dahulu dengan antiseptik sebelum dan selepas dibekam. Losyen keradangan dan herba mesti disapukan ke atas kulit yang telah dibekam untuk mencegah keradangan dan jangkitan.

Segala peralatan yang digunakan terutama yang terkena darah mesti dibasuh dengan ubat pembunuh kuman untuk beberapa ketika bergantung kepada kekuatan ubat dan kemudian direndam di dalam air panas dan sabun selama 1 jam dan seterusnya dibilas dengan air.

Tempat Yang Tidak Boleh Dibekam

  • Ke atas abdomen perempuan mengandung.
  • Ke atas orang yang teramat lemah dan sedang menunggu kematian.
  • Ke atas kulit yang luka dan berpenyakit.
  • Ke atas perut orang yang terlalu kenyang.
  • ke atas tempat yang sama melebihi 8 kali.

Peralatan Untuk Berbekam

  • Alat pencucuk dan jarum.
  • Cawan dan pam penyedut.
  • Sarung tangan dan penutup mulut pakaibuang.
  • Cecair pembersih (surgical spirit)
  • Kapas dan kertas tisu yang disteril.
  • Bekas untuk meletak cawan bekam.
  • Losyen antiseptik dan anti-radang.

INGIN TAHU KEBAIKAN BERBEKAM? SILA KLIK DIBAWAH


Untuk Keterangan Lanjut Sila hubungi:

TUAN RAMLY AHMAD (013 - 371 3500) ATAU
PN. LAINI MD ARIF (013 - 221 9722)

Tuesday, August 1, 2017

OLIVE HOUSE HULU LANGAT

PENGENALAN MENGENAI OLIVE HOUSE

OLIVE HOUSE merupakan sebuah syarikat diatas nama OHR Marketing Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada tahun 2011 sebagai syarikat milikan tunggal dibawah nama OLIVE HOUSE Resources dan secara rasminya sebagai syarikat sendirian berhad pada tahun 2014.


Produk Olive House

Olivie 30x
Olivie Plus 30x 250ml
RM 119.90 (Semenanjung)
RM 124.90 (Sabah/Sarawak)

Minyak zaitun yang diiktiraf dunia salah satu nya adalah Olivie 30x. Ini kerana kandungan Hydroxytyrosol mencapai 30 kali ganda dari kebanyakan Minyak Zaitun yang ada di pasaran. Minyak Zaitun membekalkan Anti-Oksidan yang paling berkuasa bernama Hydroxytyrosol. Olivie Plus 30x membekal 30 kali ganda Hydroxytyrosol berbanding Minyak Zaitun biasa secara ALAMI bukan EXTRACT.

Olivie Plus 30x dibekalkan oleh Syarikat Perniagaan Aqallal dari Negara Morocco yang telah menjalankan perniagaan Minyak Zaitun sejak turun temurun lebih 150 tahun yang lalu.

Olivie Plus 30x adalah produk yang amat dikenali oleh masyarakat Morocco dan Eropah serta diiktiraf oleh pakar-pakar perubatan yang terkenal di dunia seperti Prof Dr Henry Jeyoux (Bapa kanser Dunia) Dr Brehlemn, Dr Abul Ghanam dan Dr Mohammad Faid (pakar nutrisi dan zaitun).

Olive House Malaysia mendapat penghargaan yang bernilai dengan dilantik sebagai wakil tunggal bagi memasarkan produk Olivie Plus 30x di Zon Asia Pasiffic. Ianya hasil cadangan dan saranan oleh Profesor Dr Mohammad Faid, pakar nutrisi dunia dari Morocco yang merupakan penasihat kepada perniagaan kami, Olive House.

Walaupun produk Olivie Plus 30x baru berada di pasaran Malaysia sejak beberapa bulan yang lalu, banyak testimoni yang menarik dan menakjubkan telah dikongsi oleh ramai di kalangan pengguna produk ini, Alhamdulillah.

Produk Olivie Plus 30x dihasilkan dari buah zaitun hijau yang ditanam di kawasan pergunungan Atlas, Morocco. Syarikat Perniagaan Aqallal menanam lebih sejuta pohon zaitun di kawasan yang kering serta mencabar untuk mana-mana sepsis tumbuhan lain melangsungkan kehidupan.

RM 44.90 (Semenanjung)
RM 49.90 (Sabah dan Sarawak)


Sari Cuka Teen 250ml
RM 24.90 (Semenanjung)
RM 29.90 (Sabah/Sarawak)
Sari Cuka Teen 500ml
RM 44.90 (Semenanjung)
RM 49.90 (Sabah/Sarawak)

MANFAAT MINYAK ZAITUN PADA TUBUH BADAN

1. ANTIOKSIDAN

melindungi daripada sebarang pemusnahan sel oleh radikal bebas

2. ANTI-KANSER

barah payudara (kebiasaan kepada oncogenic Her-2/neudan Herceptine) barah prostat, barah usus dan leukemia

3. ANTI-RADANG ATAU ANTI INFLAMASI

Arthritis sendi, Myositis

4. PERLINDUNGAN JANTUNG

keputusan positif dari pakar perubatan (kajian perubatan selepas pengambilan selama 2 bulan);
Penurunan kadar kolestrol sebanyak 20% (dari 2,75 g/L kepada 2,27 g/L); dan
Pengurangan kandungan triglicerida sebanyak 30% (dari 2,78 g/L kepada 1,98 g/L)

5. HYPERGLIKEMIA & DIABETIS
Melawan hyperglikemia dan pencegahan kepada komplikasi diabetis. Selepas 2 bulan, kandungan glukos di dalam plasma tikus-tikus diabetes yang dirawat dengan hydroxtyrosol telah menurun kepada 55% berbanding tikus-tikus yang belum dirawat.

6. ANTI-PENUAAN

Meningkatkan biognesis mitokondria (penuaan awal dikaitkan dengan mutasi mikondria).Menggalakkan ekpresi protein-protein yang berkaitan dengan ketahanan sel kardiak jantung (PBEF, Sirts,FOXOs).

7. ALZHEIMER

Hydroxtyrosol adalah molekul antioksida yang paling kecil dari segi saiz dan berat dan satu-satunya molekul yang mampu melepasi halangan peredaran darah di dalam otak. Hydroxtyrosol juga mampu memberi perlindungan yang lebih baik terdapat sel otak bagi melawan kesan-kesan Alzheimer dan Parkinson.Perencatan pada hiperfosforilasi protein Tau (kesan dari kemerosotan sel-sel otak).

PSORIASIS

keputusan positif yang pertama bagi 5 orang pesakit(hilang rasa gatal, sclerosis menurun dan kulit semakin lembut) Kajian klinikal dilakukan ke atas 40 orang pesakit. Dos : 2 sudu makan sehari di ikuti dengan penggunaan luaran (2-3 kali sehari)

7. ANTI-MIKROBIAL

bertindak sebagai bahan anti-bakteria terhadap sistem pernafasan dan sistem pencernaan (terhadap Haemophilus, Influenza, Moraxella cattarhalis, Salmonella typhi, Vibrio parahaemolyticus, Staphylocuccus aureus).

8. SEMBELIT (CONSTIPATION)

bertindak sebagai pelawas semulajadi dengan pengambilan 2 sudu makan sebelulm sarapan ketika perut kosong memudahkan perserakan di dalam usus

Pati dan Jus Delima
Jus Delima Az-Granata 1 Liter
RM 69.90 (Semenanjung)
RM 74.90 (Sabah dan Sarawak)
Pati Delima Az-Granata 350mg
RM 52.90 (Semenanjung)
RM 57.90 (Sabah dan Sarawak)
Jus Delima Az-Granata 200ml
RM 23.90 (Semenanjung)
RM 28.90 (Sabah dan Sarawak)

Serbuk Kayu Manis Ceylon
Serbuk Kayu Manis Ceylon 3 x 10g
RM 17.90 (Semenanjung)
RM 19.90 (Sabah dan Sarawak)
Serbuk Kayu Manis Ceylon 15 x 10g
RM 75.00 (Semenanjung)
RM 80.00 (Sabah dan Sarawak)




Madu Asli Pergunungan Kyrgyzstan
1 Botol - 125g
RM 59.90 (Semenanjung)
RM 64.90 (Sabah dan Sarawak)
3 Botol x 125g
RM 165.00 (Semenanjung)
RM 175.00 (Sabah dan Sarawak)


Teh Herba Campuran dengan Daun Zaitun & Hawthorn
RM 39.90 (Semenanjung)
RM 44.90 (Sabah dan Sarawak)



HUBUNGI KAMI 013-3713500 atau 011290-66915 UNTUK SEBARANG PERTANYAAN LANJUT


Saturday, June 17, 2017

ISLAM MENUNTUT MERAWAT PENYAKIT DAN MENJAGA KESIHATAN.

ISLAM MENUNTUT MERAWAT PENYAKIT DAN MENJAGA KESIHATAN.

Kesihatan tubuh dan memelihara kesihatan adalah merupakan perkara utama yang harus dimiliki dan dipertahankan oleh setiap orang.

Kesihatan merupakan nikmat besar dari ALLAH bagi hamba-NYA setelah nikmat IMAN dan ISLAM.

Dari Abdurrahman bin Abi Laila, dari Abi Darda' ia berkata: "Aku berkata: Ya Rasulullh. Sungguh aku diberi kesihatan lalu aku bersyukur lebih aku sukai daripada aku diberi bala (cubaan) lalu aku bersabar." Rasulullah s.a.w. menjawab: "Dan aku juga menyukai engkau berada dalam kesihatan."
Beberapa cara untuk memelihara kesihatan, mencakupi kesihatan jasmani dan rohani bagi kehidupan di dunia dan akhirat:-

PENJAGAAN KESIHATAN MELALUI:

1- Makan dan Minum,
2- Pakaian,
3- Tempat Tinggal,
4- Riadhah,
5- Tidur
6- Berjimak, dan
7- Bau-Bauan.

Makanan utama baginda Rasulullah terdiri dari bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran. Dari segi nutrisi, bijirin ada karbohidrat yang mana merupakan sumber tenaga, sementara buah dan sayur mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh. "Wahai manusia! makanlah dari apa yang terdapat di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaitan." (Surah al-Baqarah: 168)

Minuman yang biasa dimunim oleh Nabi Muhammad s.a.w. ialah 1- Madu, 2- Air sejuk, 3- Air manis; air +madu atau air + kurma, 4- Susu. "Janganlah kamu minum dengan sekali nafas bagaikan minumnya unta, akan tetapi minumlah dengan dua atau tiga kali tarikan nafas. Sebutlah nama Tuhan (membaca basmalah) apabila kamu ingin mulai minum dan pujilah Tuhan (membaca hamdalah) apabila kamu telah selesai minum." (Riwayat Tirmizi)

Imam Ahmad berkata: "Jika berkumpul 4 hal pada suatu makanan, maka sesungguhnya itulah yang paling sempurna, iaitu: diawali dengan bacaan basmalah, diakhiri dengan bacaan hamdalah, banyak tangan atasnya (banyak orang yang memakannya dalam satu hidangan) dan makanan tersebut bersumberkan yang halal."



ANDA BERMINAT UNTUK MENJADI SEORANG PERAWAT?

SIAPA ITU PERAWAT

Perawat ialah seorang pengamal perubatan, iaitu individu yang melakukan perawatan. Dalam masyarakat Melayu, perawat dikenali juga sebagai tobib, dukun, bomoh atau pawang, sementara dalam Perubatan Moden ia dikenali sebagai doktor.

Apabila seseorang itu ingin melakukan perawatan, maka beberapa persediaan dalam pelbagai sudut perlulah ada, supaya proses perawatannya berjalan lancar dan dianggap sebagai berjaya meskipun pesakitnya tidak berjaya disembuhkan:-

1- HUBUNGAN DENGAN ALLAH:

Seorang perawat itu perlulah menjaga segala perbuatan, ucapan dan hatinya. Ketiga-tiganya mestilah selari dengan kehendak Allah samada dalam perkara suruhan atau larangan.

Perawat mesti yaqin bahawa segala yang berlaku sepanjang urusannya merawat pesakit adalah dengan kehendak dan izin Allah semata-mata. Kejayaan atau kegagalannya merawat pesakit adalah telah ditentukan oleh AllAh sejak azali lagi.

"Tidaklah sesuatu musibah itu menimpa sama ada di bumi atau pada diri kamu melainkan semuanya sudah berada di dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya (musibah), sesungguhnya perkara itu bagi Allah adalah mudah." ~ (Surah al-Hadid:22)

Oleh itu perawat tidak boleh berbangga dengan kejayaannya merawat pesakit sehingga sembuh kerana semua itu adalah daripada Allah jua. Begitu juga dengan kegagalannya 'menyembuhkan pesakit', perawat tidak boleh kecewa dan berputus asa jika kegagalan itu berlaku setelah ia merawat dengan penuh usaha, ilmu, doa dan tawakal yang lengkap.

2- PERSEDIAN DIRI:

Perawat perlu memastikan dirinya sudah bersedia dan sihat samada jasmaninya atau rohaninya. Jasmani perawat yang bermasalah dan lemah dapat menjejaskan kualiti rawatan, bahkan penyakit yang ada pada pesakit boleh berjangkit kepadanya terutama apabila sistem imuniti perawat berada dalam keadaan lemah.

Persediaan  rohani yang lemah juga boleh menjejaskan kualiti perawatan. Tanpa himmah yang tinggi, perawat akan lemah dan kurang kesungguhan dalam merawat pesakitnya. Dalam keadaan yang serba lemah, perawat tidak dapat mengawal perasaan atau emosinya dan boleh menyebabkan terjejas hubungannya denga pesakit sama ada melalui perbuatannya atau ucapannya.

3- HUBUNGAN DENGAN PESAKIT:

Hubungan itu mestilah sebaik-baik hubungan dalam adab dan komunikasinya. Perkara ini sangat penting kerana proses kesembuhan banyak bergantung kepada aspek spiritual pesakit yang stabil dan sihat. Rasa cemas pesakit yang datang, kemungkinan sebelum itu telah berjumpa dengan beberapa perawat yang lain yang belum dapat merawat penyakitnya walaupun telah mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk usaha penyembuhan penyakitnya; perlu di tenangkan dengan ayat-ayat al-quran dan zikrullah bahawa itu merupakan ujian daripada Allah untuk dia belajar sabar.

Beberapa langkah pre-rawatan (kaunseling) perlu dilakukan seperti 'menyuntik  keyakinan' kepada pesakit agar menerima sakit itu sebagai satu tanda 'kasih sayang' daripada Allah kepadanya. Semuga dengan itu pesakit akan bersangka baik dengan Allah. Perawat perlu sentiasa mengingatkan pesakit bahawa 'setiap penyakit ada ubatnya' sepertimana yang telah dinyatakan oleh Rasullullah, hamba Allah yang tidak berkata-kata dari nafsunya bahkan merupakan wahyu dari Allah jua.

4- SIKAP TERHADAP ILMU:

Perawat mestilah menguasai ilmu perubatan dengan sebaik-baiknya. Kekurangan atau kesilapan pada ilmu perawat boleh menjejaskan diagnosisnya, seterusnya menjejaskan ketepatan jenis rawatan yang akan diberikan kepada pesakit. Risikonya sama ada penyakit akan berterusan atau yang lebih teruk lagi keadaan pesakit bertambah parah.

Perawat mestilah jujur dengan ilmunya. Apa-apa yang baik untuk pesakitnya mesti dikatakan baik, atau sebaliknya. Jangan khianati pesakit dengan sebab kepentingan peribadi, dengan memberikan rawatan atau ubatan yang tidak sesuai dengan pesakit sehingga keadaan penyakit pesakit melarat dan perbelanjaan yang besar dibayar oleh pesakit dikaut keuntungan oleh perawat yang tidak amanah dengan ilmunya. Perawat kena berlapang dada jika kemempuannya untuk merawat seseorang pesakit itu terbatas, dia kena melepaskan pesakit tersebut kepada perawat lain yang lebih berkemampuan dan lebih berkesan rawatannya.

5- SIKAP TERHADAP PROFESION PERAWATAN:

Perawat mestilah sentiasa membetulkan niatnya supaya merawat kerana Allah semata-mata. Jadikan profesion ini sebagai cara untuk berbakti dan membantu manusia. Bidang PERAWATAN ini adalah satu LALUAN sahaja untuk kita mencapai MATLAMAT yang sebenar; iaitu KEREDZAAN ALLAH SWT.

Sekiranya perawat sudah melaksanakan kesemua perkara ini dengan sebaik-baiknya, maka layaklah ia dianggap sebagai perawat yang berjaya. Kesimpulannya untuk menjadi sebagai seorang perawat yang berjaya di sisi Allah, perawat itu mestilah:

  • Matlamat yang benar: mencapai redza Allah melalui laluan kerjayanya sebagai perawat.
  • Kaedah yang benar: semua kaedah berdasarkan ilmu perubatan yang tidak bercanggah dengan al-Quran as-Sunnah.
Hanya ALLAH, Rasulullah dan AuliyaNYA yang lebih mengetahui.

#setiappenyakitadaubatnya
#sihatsecaraholistik

#perawat

Sunday, June 4, 2017

Kelas Perawatan Holistik Bulan Ramadhan

KELAS PERAWATAN HOLISTIK:::

TARIKH: 11hb JUN, 2017 Setiap hari Ahad
TEMPAT: PUSAT TERAPI DE IEMAN, HULU LANGAT
MASA: 10 pagi HINGGA 1 tengahari.

MODUL:
1- Amalan Pagar Diri
2- Amalan untuk latihan keimanan dan ketaqwaan
3- Rawatan untuk mencegah penyakit

PERCUMA


Punca penyakit
Menurut Ibnu Sina, yg dimaksudkan dgn PUNCA, PENYAKIT dan GEJALA dlm ilmu perubatan adalah seperti berikut:- Punca : adalah perkara pertama yg akan berlaku sebelum terjadinya penyakit dan gejala. Daripada puncalah lahirnya keadaan-keadaan tubuh badan sama ada sihat atau pun sakit.
Realiti hari ini
Kebanyakan pasien yg datang ke Pusat Terapi Bekam De Ieman, boleh di katakan lebhi 90% ada masalah BUANG AIR BESAR yg tidak lancar; dan MASALAH KURANG AIR dalam tubuh.


Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya, "Sesungguhnya apabila Allah menurunkan penyakit, DIA akan menurunkan penawar bersamanya. (Hanya) tidak mengetahui orang yang tidak mengetahuinya dan mengetahui orang yang mengetahuinya." [Riwayat Ibnu Hibban no 6062].
Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya: "Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (daripada perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar daripada dosa-dosa kamu. [Surah asy-Syura 42 ayat 30]

Sunday, May 28, 2017

Pengamalan makanan sunnah bersama Olive House

Pusat Terapi Bekam De ieman membawa bersama konsep sihat secara holistik.



Perubatan Islam secara Holistik

Perubatan berlandaskan kepada keyakinan yang kuat bahawa hakikat penyembuhan yang sebenar berasal daripada Allah swt yang bersifat Asy-Syafii (Maha Penyembuh) dan ketepatan (kemujaraban) penawar menjadi pegangan.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya, "Sesungguhnya apabila Allah menurunkan penyakit, DIA akan menurunkan penawar bersamanya. (Hanya) tidak mengetahui orang yang tidak mengetahuinya dan mengetahui orang yang mengetahuinya." [Riwayat Ibnu Hibban no 6062].

Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya: "Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (daripada perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar daripada dosa-dosa kamu. [Surah asy-Syura 42 ayat 30].

Imam Ibnu al-Qayyim berkata: "Dalam RUQYAH (doa atau zikir perlindungan) ini terdapat TAWASSUL (usaha atau sebab untuk mendekatkan diri) kepada Allah dengan kesempurnaan sifat RUBUBIYAH-Nya (pengaturan-Nya atas semua urusan makhluk-Nya dan kasih sayang-Nya dalam menyembuhkan penyakit mmanusia.)

Oleh itu, Dialah satu-satunya asy-Syafi (Maha Penyembuh), tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan daripada-Nya. Maka ruqyah ini mengandungi tawassul kepada Allah dengan mentauhidkan-Nya (mengesakan-Nya dalam beribadah), sifat ihsan (kebaikan) dan rububiyah-Nya.

KONSEP SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA

Perkara paling asas yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW adalah dengan membetulkan tanggapan manusia tentang penyembuh yang sebenar. Manusia sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW menganggap hanya para doktor atau tobib yang berupaya menyembuhkan penyakit manusia. Namun Nabi Muhammad SAW telah mengajar kita bahawa yang menyembuhkanialah ALLAH SWT iaitu Tuhan yang menjadikan manusia.

Nabi menjelaskan bahawa semua penyakit datang dari ALLAH SWT dan penyembuhan bagi semua penyakit juga datang daripada-NYA.

Manusia hanya memberi perhatian kepada penyakit jasad yang hampir keseluruhan penumpuan diberikan kepada pengubatan jasad, namun Nabi Muhammad SAW mengajar kita bahawa selain penyakit jasad, manusia juga menghadapi penyakit batin yang perlu juga diubati.

Jika penyakit jasad merosakkan tubuh luaran manusia, penyakit batin atau rohani pula merosakkan dalaman manusia, iaitu akal dan hatinya. Manusia menjadi manusia bukan kerana jasadnya, tetapi kerana akal dan hatinya yang bersih. Tanpa akal dan hati yang bersih serta diredzoi ALLAH SWT, manusia tidak ubah seperti binatang atau haiwan bahkan lebih sesat lagi. (Rujuk surah 7: al-Araf ayat:179)



Salah satu pemakanan sunnah adalah minyak zaitun. PMZ (Pati Minyak Zaitun) yang berkhasiat tinggi tidak bertapis. Tapisan akan membuang sebahagian daripada khasiat buah zaitun dan itu adalah sebahagian khasiat yang terdapat di dalamnya.

Mengunakan botol kaca sebagai pembalut minyak zaitun. Botol plastik akan bertindak balas dengan minyak dan akan memberikan mudarat jangka panjang. Botol gelap atau botol jernih di dalam kotak. Minyak zaitun sensitif kepada cahaya dan kepanasan. Jika terdedah kepada cahaya dan panas, minyak sekadar minyak dan kehilangan sebahagian khasiat atau seluruhnya.

Khasiat tidak optimum jika diamal menggunakan softgel sebagai medium. Minyak zaitun baik dimulakan proses penyembuhan daripada lidah. Minyak zaitun yang dibuat softgel adalah minyak zaitun campuran bersama gelatin. Minyak zaitun di dalam softgel perlu melalui proses ‘boiling’ sedangkan minyak zaitun sensitif kepada cahaya dan kepanasan. Minyak zaitun di dalam softgel tidak ekonomi kerana memerlukan kadar yang banyak untuk mencukupkan kadar yang ditetapkan FDA; iaitu 2 sudu besar (23 gram) sehari semalam bagi yang sihat. Kadar gelatin dan minyak zaitun di dalam satu softgel 1:2, 1:1 atau sebagainya mengikut proses pengilangan.


APA ITU KHAL?

KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, dan Teen (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar. 

Bersabda Rasulullah S.A.W., “Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu”. (Hadis riwayat Imam Bukhari 10/203, dan Imam Muslim).

Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sahihnya dari Jabir Bin Abdullah (r.d.). Bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan tentang hidangan lauk kepada kepada keluarga Baginda, lalu mereka menjawab “Kami tidak mempunyai apa-apa pun melainkan KHAL”, lalu Baginda pun memintanya; lalu Baginda pun mengatakan: “Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”. (Dikeluarkan oleh Muslim 2052)

Baginda SAW  ” maksudnya, “Sesungguhnya KHAL itu adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku”. Ia merupakan satu penegasan dari Baginda saw bahawa KHAL adalah minuman yang diamalkan sejak dahulu kala oleh nabi-nabi sebelum dari Nabi Muhammad saw lagi. Ini menunjukkan KHAL adalah “minuman kesihatan sunnah nabi-nabi” yang tidak boleh ditinggalkan oleh umat Islam demi hikmah, keistimewaan dan kesihatan yang cemerlang.

Kandungan Cuka Buah Teen:-
Vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) & kaya dgn potassium (keremajaan kulit). Cuka Buah Teen juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid & garam berlebihan dlm badan (yg membawa pelbagai penyakit berbahaya).

Cuka buah Tin Semulajadi diperbuat daripada buah Tin yang segar, diperah, ditanam secara organik dan Tin tersebut dibiarkan matang di dalam tong kayu bagi bertujuan untuk ,menggalakkan kualiti peragian semulajadi. Apabila telah matang,
ia mengandungi jaringan zat yang dipanggil “Mother” dimana kelihatan jelas apabila cecair coklat pekat terdedah kepada cahaya.
Cuka Tin kaya dengan Potassium, di mana ramai di antara kita kurang mineral serta menyebabkan gangguan pada hari tua. Kalsium menguatkan tulang dan potassium berfungsi untuk mengawal fungsi urat saraf dan otot . Buat Tin yang segar dipilih untuk membuat Cuka Tin .
Tin segar kaya dengan vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh seharian.
Benarkah cuka itu berasid? Cuka Tin dan cuka dari lain-lain buah seperti kuma, anggur,delima, epal, ceri dan mulberry adalah bersifat asid, tetapi apabila diminum, cuka ini akan mengalkalikan makanan lain di dalam perut kita. Sesuatu makanan yang bersifat asid tidak semestinya kekal pHnya (keasidan atau kealkalian) dalam perut.
Oleh sebab itu,cuka tin bagus untuk rawatan gastrik. , Cuka Tin dan cuka buah-buahan organik yang lain walaupun bersifat asid, ia juga berfungsi sebagai penawar yang menjadikan perut kita beralkali.
Cara makan cuka Tin :
kacau 1 ke 2 sudu teh Cuka Tin ke dalam 250ml air kosong dan untuk tambahan, anda boleh tambah 1 ke 2 Madu Asli atau apa-apa perisa kegemaran anda. Waktu pengambilan sebaik-baiknya di waktu pagi sebelum atau 20-30minit selepas makan makanan berat.
SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMUJANJI RAWATAN
AGEN OLIVE HOUSE HULU LANGAT
011-29066915 ABDULLAH
013-3713500 RAMLY





Perbezaan Lemak, Minyak dan Kolestrol (Lipid)


LEMAK, MINYAK DAN KOLESTROL (LIPID)

Lemak, minyak dan kolesterol merupakan komponen yang membentuk bahan yang dikenali sebagai lipid. Lemak dan minyak asalnya daripada tumbuhan dan haiwan; manakala kolesterol sumbernya adalah daripada haiwan sahaja. Pada keadaan suhu bilik, lipid yang berbentuk pepejal dipanggil lemak dan lipid berbentuk cecair dinamakan minyak.

1.1-LEMAK
Lemak merupakan nutrisi yang diperlukan oleh badan. Makan makanan berlemak tidak semestinya membuatkan seseorang itu gemuk. Ini adalah kerana bukanlah semua jenis lemak memberikan kesan buruk kepada kita. Diantara manfaat lemak kepada manusia:-
1- memberikan tenaga kepada badan untuk berfungsi dengan baik,
2- mengekalkan kesihatan kulit dan rambut;
3- membantu badan menyerap vitamin A, D, E dan K (vitamin larut lemak).
4- memenuhi sel-sel lemak di bawah kulit bagi membantu memanaskan badan.
5- berperanan penting untuk perkembangan otak, mengawal keradangan dan pembekuan darah.

Walaupun lemak memberi kita tenaga, ia adalah sumber tenaga akhir yang akan dikeluarkan apabila kita bersenam atau melakukan aktiviti cergas. Dalam masa 20 minit pertama kita bersenam, tenaga yang digunakan datang daripada karbohidrat. Hanya lepas 20 minit bersenam baru badan akan membakar lemak sebagai sumber tenaga.

Ini sebabnya kita disaran bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari, lima kali seminggu untuk membakar lemak dalam badan yang boleh mendekatkan kita dengan pelbagai penyakit, terutama sakit jantung, strok, kencing manis dan masalah kolesterol tinggi.

1.2-MINYAK
Satu perkara penting yang perlu kita tahu ialah semua minyak mengandungi asid lemak tepu. Tidak kira sebaik manapun ia, penggunaan minyak secara keseluruhannya perlu dikurangkan kerana 1 gram lemak mengandungi 9 kalori berbanding hanya 4 kalori daripada setiap gram karbohidrat atau protein. Ini sebabnya makanan mengandungi minyak atau banyak lemak dipanggil ‘menggemukkan’.

Bukan semua minyak sesuai digunakan dalam semua kaedah memasak. Kegunaan setiap minyak itu berbeza dan ia memberi ‘prestasi’ terbaik dalam lingkungan suhu tertentu. Sesetengah minyak memang boleh digunakan untuk menggoreng dan sesetengahnya lagi hanya untuk kaedah memasak yang tidak membabitkan suhu terlalu tinggi. Ada pula yang lebih enak jika dipercikkan sahaja pada makanan.

1.3-KOLESTROL
Semua lemak atau minyak yang dihasilkan daripada sumber tumbuh-tumbuhan tidak mengandungi kolesterol. Kolesterol hanya ada dalam lemak yang berasaskan sumber haiwan. Maknanya makanan dari sumber haiwan yang dimasak sama ada menggunakan sedikit atau banyak minyak mengandungi kolesterol.

Kolesterol ialah bahan lembut dan berminyak yang boleh berkumpul dan melekat pada dinding salur darah. Pengumpulan kolesterol ini lama kelamaan membuatkan salur darah tersumbat yang boleh menyebabkan serangan jantung atau otak.

Tahukah anda, kebanyakan kolesterol dalam badan sebenarnya dihasilkan oleh hati daripada lemak tepu? Hanya tiga peratus kolesterol dalam darah datang terus daripada makanan. Hati adalah organ yang bertanggungjawab menghasilkan kolesterol baik dan buruk.

Jika begitu, bagaimana boleh timbul masalah kolesterol tinggi dalam darah? Apabila kita makan makanan mengandungi lemak tepu, hati akan memprosesnya dan menghasilkan kolesterol. Lebih banyak kandungan lemak tepu, hati akan menghasilkan lebih banyak kolesterol untuk dilepaskan ke dalam darah.

Jadi walaupun makanan kita umumnya tidak mengandungi kolesterol, misalnya pisang goreng, ia dimasak menggunakan lemak tepu. Apabila banyak lemak tepu masuk ke dalam badan, banyaklah juga kolesterol yang akan dihasilkan hati.

Kolesterol mempunyai peranannya tersendiri; ia menjadi komponen pada dinding sel dan penting untuk otak dan saraf berfungsi dengan baik. Ia juga membantu penghasilan hormon yang diperlukan untuk pertumbuhan dan peranakan. Ia menjadi pelopor untuk hormon estrogen, progesteron dan testosteron.

Malah banyak hormon lain turut bergantung kepada kolesterol untuk berfungsi, namun terlalu banyak kolesterol jahat boleh memudaratkan kesihatan. Paras kolesterol LDL yang tinggi ini boleh menyebabkan pembentukan plak yang akan menyempitkan arteri, seterusnya membuatkan ia tersumbat. Seperti yang kita sedia maklum, arteri yang sempit dan tersumbat memberikan risiko penyakit jantung.

Selain makanan, peningkatan kolesterol buruk juga disumbangkan oleh beberapa faktor seperti genetik, kurang bersenam, tekanan, umur, pengambilan terlalu banyak alkohol dan kurang makan sayur-sayuran serta buah-buahan.

BEBERAPA TIP PENTING BERKAITAN LIPID
A) Gunakan kuantiti kecil dalam penyediaan makanan.
B) Guna kuali tidak melekat untuk memasak bagi mengurangkan minyak. Menggoreng ikan di kuali leper akan menggunakan kurang minyak berbanding kuali melengkung.
C) Hadkan makanan bergoreng kepada dua kali seminggu.
D) Gunakan tuala kertas untuk melapik pinggan, ia akan menyerap lebihan minyak daripada makanan
E) Pilih kaedah memasak yang lebih sihat seperti kukus, rebus, celur atau bakar.
F) Gantikan santan kelapa dengan susu atau dadih rendah lemak.
G) Buang lapisan minyak yang timbul apabila makanan sudah sejuk dan panaskan semula sebelum dihidang.
H) Buang lemak pada daging dan ayam (terutama kulit ayam).
I) Hadkan pengambilan marjerin, mentega, mentega kacang, makanan mengandungi banyak lemak dan snek.
J) Apabila anda membeli produk makanan, lihat senarai bahan-bahannya. Hadkan membeli produk mengandungi pepejal susu atau lemak seperti biskut, kerepek, aneka kek dan pastri serta makanan bergoreng yang mungkin tinggi kandungan asid lemak trans.
K) Baca label makanan dan pilih produk mengandungi paling rendah jumlah lemak keseluruhan, lemak tepu dan asid lemak

RUMAH BEKAM D' IEMAN

RUMAH BEKAM D' IEMAN
Pusat Latihan Herbalis & Rawatan Holistik (Kerohanian) Yang Unggul Di Dunia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails