Showing posts with label konsep. Show all posts
Showing posts with label konsep. Show all posts

Saturday, May 29, 2010

PRINSIP DALAM PENGAMALAN HERBA HPA

PENGENALAN

Bidang perawatan herba mempunyai kaedahnya yang sendiri dalam mengenali penyakit dan menentukan ubatannya. Ilmu ini sebenarnya didukung sejak sekian lama hasil dari pemerhatian (Doctorine of Signature) semenjak turun temurun sebelum adanya peralatan moden dan kajian klinikal.

Herba yang pada satu masa dahulu terpinggir kini mula mempunyai tempat di tengah masyarakat. Perlumbaan menghasilkan ubat menjadikan bidang ini tumbuh dengan cepat sekali sehingga menimbulkan rasa kebimbangan dikalangan ahli perubatan alopati yang semakin kurang popular di kalangan masyarakat yang mula celik herba.

TUBUH MANUSIA

Tubuh manusia yang unik ini terbentuk daripada ROH dan JASAD. Roh Allah SWT jadikan dari Alam Lahut manakala jasadnya Allah SWT ciptakan daripada 4 unsur penting iaitu TANAH, AIR, API dan ANGIN.

Setiap unsur memiliki tabiat yang tersendiri seperti sifat sejuk pada air. Keseimbangan keempat unsur di dalam tubuh menghasilkan sihat dan jika sesuatu sifat unsur melebihi yang lain maka timbullah penyakit.

Para HERBALIS berpendapat, penyakit berpunca daripada longgokan toksid yang banyak akibat daripada keracunan makanan, ketidakseimbangan tenaga haba (panas) yang menyebabkan badan menjadi panas atau sejuk.

PENYAKIT PANAS

Tubuh manusia terdiri daripada 25% bahan padat dan 75% lagi adalah air. Kandungan air yang cukup merupakan diantara keperluan tubuh yang penting untuk ia sentiasa segar dan sihat. Kita sepatutnya minum air bersih 10 cawan atau 2.5 liter sehari. Kekotoran dan racun tidak akan dapat dikeluarkan tanpa meminum air yang secukupnya.

Air gunung yang turun dari puncaknya adalah air yang terbaik kerana telah berlaku pemecahan kepada molekul yang halus apabila bertemu dengan batu-batu yang kecil. Lebih halus molekul air yang diminum adalah lebih baik kerana kadar penyerapannya yang tinggi.

Bila tubuh kekurangan air, ia akan memberi isyarat kepada kita dengan merasa haus, badan menjadi panas, perut rasa panas, muka merah, urin bertukar warna menjadi kuning kemerah-merahan, sakit dada, sakit sendi, sakit kepala dan sakit pinggang. Kadang-kadang bila tidur ia bermimpi sungai dan laut.

Akibat daripada kekurangan air dalam tubuh boleh menyebabkan:

  • asma pada kanak-kanak,
  • kerosakan genetik,
  • elergi,
  • sembelit,
  • hipertensi,
  • penyakit autoimun dan
  • kanser.

Tanda-tanda lain yang berlaku dan boleh dikaitkan dengan kekurangan air:

  • rasa letih,
  • cepat marah,
  • cemas,
  • tidak sabar.

RAWATAN PENYAKIT PANAS

Gejala panas yang berlaku dalam tubuh adalah disebabkan oleh:
  • kekurangan air,
  • pengambilan ubatan kimia sintetik (seperti antasid)

Bila badan panas, suhu yang tinggi akan memberi kesan kepada saraf dan hormon seperti susah tidur (insomnia) dan gangguan peredaran haid pada wanita. Nadi akan berdenyut laju melebihi 80 detik/minit. Kepanasan ini akan menggangu kilang saraf (medula) di bahagian otak.

Untuk merawat masalah penyakit panas; unsur panas yang berlebihan perlu dikeluarkan terlebih dahulu dengan membanyakkan minum air. Seeloknya air tersebut dimasukkan sedikit garam bukit untuk memudahkan penyerapan. Sekiranya berlaku keadaan panas yang melampau; terutamanya pesakit muntah bila minum atau makan, selaput putih yang ada di atas lidah semakin menebal, maka pesakit hendaklah diberikan air rosel atau air asam jawa secara berdikit2 tetapi kerap.

Umumnya dalam perawatan alternatif dan komplimentari yang menggunakan herba, penyakit panas ini dirawat dengan menggunakan herba yang berunsur sejuk. Penyakit sejuk pula dirawat dengan herba yang berunsur panas.

Seseorang yang berpenyakit panas seperti hipertensi, air kencingnya sedikit dan gelap. Penyakit-penyakit panas yang disebabkan oleh keracunan tinggi seperti kanser, rambut menjadi pecah atau gugur.

Kaedah lain yang berkesan untuk mengeluarkan panas dari badan adalah:

Air bermalam

Air bermalam adalah air yang telah diembunkan semalaman. Tujuan ia diembunkan ialah untuk mendapatkan "suhu malam" yang boleh membantu menurunkan kepanasan badan.

Jaram

Herba yang selalu digunakan ialah daun kaca piring atau bunga cina. Herba ini diramas-ramas untuk keluarkan lendirnya (musilage) yang bersifar sejuk (emolian). Elok juga diembunkan di dalam bekas yang diletakkan besi untuk menarik "suhu malam" ke dalam air jaraman tadi.




Batu kapur

Serbuk batu kapur dimasukkan ke dalam air dan disapukan di sepanjang tulang belakang dengan cara menepuk-nepuk

Produk HPA

Panas akan keluar daripada tubuh melalui urin, buang air besar dan perpeluhan. Herba yang sesuai untuk tujuan ini adalah MALAC, PELAWAS dan HERBA TUJU ANGIN.





PENYAKIT SEJUK

Matlamat pengubatan adalah kesembuhan serta keampunan dari ALLAH SWT. Seorang herbalis adalah umpama penunjuk arah kepada satu perjalanan. Perawat hendaklah membawa perhatian pesakit kepada keampunan dan keredaan ALLAH kerana kesembuhan itu ada 2 iaitu kesembuhan zahir dan kesembuhan roh.

Herba disamping mempunyai sifat sejuk, panas, kering dan lembab; ia juga mempunyai rasa yang berbeza. Rasa herba ialah pahit, pedas, manis, masam, masin dan tanpa rasa.

  • Rasa pahit ialah menghilangkan panas dan lembab (UNSUR ANGIN),
  • Rasa pedas menandakan herba tersebut boleh bersifat merangsangkan,
  • Rasa manis pula mempunyai sifat menyejukkan dan menguatkan,
  • Rasa masam sebagai pengelat dan pengawit,
  • Rasa masin sebagai melembut dan melawaskan; dan
  • Tanpa rasa pula bersifat diuretik.
TANDA-TANDA PENYAKIT SEJUK
  • Badan terasa sejuk terutama di bahagian pinggang ke bawah. Ini menandakan lemahnya peredaran darah di kaki; ditandai dengan denyutan nadi di bawah 70 kali/minit,
  • Keinginan untuk tidur,
  • Muka pucat,
  • Demam sejuk,
  • Air kencing banyak dan jernih,
  • Sejuk kaki selepas kencing - ada kaitan dengan masalah ginjal,
  • Penghadaman yang lemah dan kurang selera makan,
  • Tidak rasa dahaga,
  • Mengidam minuman panas,
  • Keinginan kepada panas kerana kekurangan nutrisi dan mineral dalam tubuh yang boleh meningkatkan metabolisma tubuh.
Herba-herba yang boleh membantu merawat penyakit sejuk ini adalah seperti herba dari unsur API (panas dan kering) dan herba unsur ANGIN (panas dan lembab). Secara umumnya penyakit sejuk ini disebabkan kekurangan unsur API dan kekurangan mineral dan vitamin dalam tubuh.

Di antara herba yang tergolong dalam unsur API ialah habbatusaudak. Selalunya herba ini berwarna hitam seperti kesan terbakar oleh api. Herba aromatik; iaitu herba yang mengandungi minyak meruap juga termasuk dalam kategori herba unsur API. Sementara MADU dan SPIRULINA merupakan herba-herba yang mengandungi banyak mineral dan vitamin yang diperlukan oleh tubuh yang sejuk.


Tuesday, March 2, 2010

KAEDAH RAWATAN BERKESAN

Salam sejahtera pengunjung yang masih setia


Selamat bertemu kembali di alam maya!


Sudah lama saya tidak 'post' apa-apa berita dalam web saya ini; bukan kerana tidak online tapi tengah buat satu thesis persendirian berkenaan dengan Mafia Wars oleh zynga. Kalau orang tak faham dia akan kata saya buang masa; sibuk dengan game yang melalaikan @ macam2 lagi la .....


Ada beberapa pengajaran yang ingin dikongsikan bersama mereka yang mau dengar:

1- hidup dalam dunia ni kene banyak kawan, ada yang bole harap ada yang setakat kenalan sahaja.


2- nak maju dalam bisnes kene kawan baik dengan orang atas-atas (pangkat dan pengaruh lebih daripada kita),

3- buat bisnes mesti jujur; kalau ada orang cuba ganggu kawan yang di atas tu sedia membantu.

4- walaupun pada mulanya saya susah diterima oleh mafia2 tu (sbb sy tertunjuk gmbr OSAMA); tapi bila kita bole buktikan yang orang ISLAM bukan seperti yang mereka sangka dan kita tunjukkan satu PERFORMANCE yang dia orang tak bole nak nafikan; akhirnya ramai yang nak jadi kawan kita.Cukup sekadar tu tentang cerita Mafia2 tu ....








Alhamdulillah sekarang ini di pusat rawatan saya d bt9 ceras kerap menerima kunjungan daripada pesakit daripada berbagai tempat. Bila d tanya "Mane tau ada rawatan bekam disini?" Selalunya mereka jawab, "Kawan saya yang pernah datang buat rawatan disini bagitau."


Persoalannya kenapa berlaku begini. Jawapannya mudah sahaja kerana kaedah rawatan yang kami lakukan bersesuaian dengan kaedah rawatan ISLAM yang saya fahami, itupun dengan keberkatan GURU yang sentiasa mendoakan kesejahteraan UMMAH ini.

Tentang kaedah perawatan yang saya sebutkan tadi, semuanya kita berpandu kepada hadis-hadis yang RASULULLAH S.A.W telah jelaskan 1,400 tahun yang lalu. Diantaranya "Perut itu rumah penyakit". Maka apa yang perlu kita lakukan ialah dengan memastikan yang BUANG AIR BESAR sentiasa lawas. Mengikut kajian, hampas daripada makanan yang kita makan mestilah disingkirkan dalam masa 14 jam.


Cuba kita bayangkan tong sampah di belakang rumah kita yang tak dikosong dan di bersihkan selama 1 minggu atau pun lebih. Dah tentulah ia akan mengundang lalat, langau, ulat, kucing dll dan dengan bau busuknya yang menusuk hidung yang tak bole lagi mencium bau kerana resdung. Bila kotoran (toksid) yang telah kita timbunkan semenjak bercerai susu ibu tidak dilupuskan dengan betul, sudah tentulah ia akan mengganggu sistem-sistem dalam badan dan menyebabkan masalah kesihatan seperti angin, sakit kepala atau migrin.


GAMBAR PESAKIT KENCING MANIS KRONIK






Dari pengalaman saya yang baru dalam dunia perawatan ini,saya dapati darah memainkan peranan penting dalam menentukan kesihatan seseorang itu. Kalau darah seseorang itu kotor dengan longgokan toksid, sudah tentulah ia akan menjadi pekat, bertali, berjeli dan macam-macam bentuk lagi yang mengakibatkan manusia tersebut menjadi mudah mengantuk, cepat letih dan tidak bermaya.


Jadi rawatan bukan setakat urut atau makan herba sahaja tetapi merangkumi gabungan berbekam, makan herba, urutan refleksologi, sauna dan lain-lain lagi. Ia bukan semudah yang kita sangkakan. Ia perlu kepada penghalusan dalam kaedah rawatan. Itu yang dinamakan 'kesufian' dalam rawatan.


Saya bercadang untuk melebarkan empayar pusat rawatan dengan kaedah ini ke segenap pelusuk Malaysia khasnya dan memerlukan pembantu yang sedia berganding bahu dalam keadaan susah dan senang agar kesihatan UMMAH ini dapat dipulihkan kepada perubatan yang mesra alam dan selamat; bebas dari kesan sampingan.

Thursday, September 25, 2008

KONSEP PERUBATAN JAWI



PENGENALAN

Di dalam ketamadunan Islam dan sejarah perkembangannya, bidang teknologi perubatan telah lama dipraktik dan diamalkan oleh masyarakat terdahulu. Seorang tokoh perubatan Islam terkenal, Abu Ali Al Hussain Ibnu Abdullah (Ibnu Sina) menyatakan bahawa “Tujuan perubatan ialah untuk memelihara kesihatan yang sedia ada dan juga untuk mengembalikan kesihatan ketika hilang”

Perubatan merangkumi 2 perspektif utama iaitu:
  1. Perubatan Kawal-Cegah.
  2. Perubatan Rawatan.
Sebagaimana Islam memberi keutamaan kepada aqidah, ia juga memberikan perhatian kepada bidang perubatan samada Perubatan Rawatan atau Perubatan Kawal-Cegah, sekali pun perhatiannya terhadap Kawal-Cegah itu lebih banyak. Sesungguhnya satu dirham untuk kawalan pencegahan dan berpantang itu lebih baik daripada wang yang bertimbun-timbun untuk berubat.

Islam mewajibkan setiap manusia memberikan hak yang sewajarnya kepada tubuh badannya. Diantaranya ialah merawatinya ketika ia sakit. Baginda Nabi Muhammad s.a.w. dalam beberapa hadisnya memerintahkan supaya orang yang sakit mendapatkan rawatan dengan berubat untuk menyembuhkan penyakitnya. Sabda Baginda Nabi Muhammad s.a.w. “ Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menurunkan penyakit dan ubat, dan menjadikan untuk kamu bahawa setiap penyakit ada ubatnya. Oleh kerana itu, berubatlah tetapi jangan berubat dengan yang haram” .

Nabi s.a.w. sendiri berubat untuk dirinya dan menyuruh keluarga dan sahabatnya yang dihinggapi penyakit supaya berubat.

KAEDAH PERAWATAN ISLAM

Dalam kaedah perawatan Islam, unsur yang dapat menyembuhkan bukanlah ramuan ubat semata-mata tetapi juga unsur harapan kepada Allah s.w.t. yang tidak akan mensia-siakan orang yang bergantung kepadaNya. Setiap kali putusnya harapan dan cita-cita, maka sulit lagilah pesakit itu akan sembuh. Sesungguhnya rawatan yang hakiki mestilah merangkumi jasmani dan rohani sekali gus. Dengan pendekatan ini ramai para tabib atau doktor telah membuktikan mereka mampu merawat pesakit mereka dengan lebih sempurna dan sewajarnya. Akhirnya mereka telah menghasilkan keputusan yang cemerlang.

Maka selepas beberapa penyiasatan dan renungan yang mendalam, mereka telah membina satu falsafah baru mengenai rawatan ini diatas asas berikut:

  1. Pengetahuan dalam bidang ilmu perubatan.
  2. Pegangan dan kepercayaan kepada Allah s.w.t.
Manakala rawatan secara fizikal adalah menggunakan ubat-ubatan dan memanafaatkan pengetahuan dalam bidang ilmu perubatan. Rawatan jenis ini adalah diakui oleh Islam bahkan ada diantaranya disebut dalam Al Quran dan Hadis Nabi s.a.w.. Kesimpulannya, mendapatkan rawatan adalah dituntut oleh Islam sebagai satu langkah untuk memelihara dan menjaga nikmat kesihatan dan keselamatan tubuh badan.

Dalam hal ini, Islam mengajar melalui petunjuk Rasulullah s.a.w.; bukan sekadar memberi galakan kepada orang sakit supaya mendapat rawatan, tetapi juga telah mengemukakan satu pendekatan terbaik untuk merawat penyakit iaitu pendekatan bersepadu yang menggabungkan usaha secara jasmani dan rohani. Islam juga terlalu menitik beratkan akan menjaga kebersihan kerana ia adalah tabiat pencegahan terbaik dalam menjaga kedua-duanya.

Perubatan Nabawi lebih bersifat "Pencegahan", mengatur manusia kepada disiplin-disiplin tertentu supaya mereka tidak ditimpa penyakit. Islam tidak hanya melihat penyakit dalam bentuk zahiriah sahaja, malah lebih bahaya dari itu ialah penyakit-penyakit rohaniah.Rasulullah S.A.W. bersabda, "Kami satu kaum yang makan bila lapar dan kami makan tidaklah sampai kenyang."

Didalam kontek penyebaran dakwah Islam juga ditegaskan dengan satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim iaitu “Seorang mukmin yang kuat itu lebih baik daripada mukmin yang lemah, tetapi kedua-duanya adalah baik”.

PRINSIP PERUBATAN ISLAM

  1. Prinsip Keyakinan: Hakikat penyembuhan itu dari Allah S.W.T. yang bersifat Asy-Syafi (Maha Penyembuh)
  2. Prinsip Pengubatan: Merawat pesakit secara ihsan mengikut syariah Islam dan tidak berbau tahayul, kurafat dan bidaah.
  3. Menggunakan bahan yang diyakini suci dan halal dan tidak sekali-kali menggunakan bahan yang nyata haramnya dan yang subhat.
  4. Menggunakan bahan yang tidak membawa mudharat (bahaya) dan boleh mencacatkan tubuh.
  5. Prinsip mencari yang lebih baik berdasarkan kaedah Islam dan ilmu perubatan.
  6. Mengambil sebab melalui ikhtiar (berusha) serta tawakkal (berserah diri).
KONSEP PERUBATAN JAWI

1- Pastikan semua organ penyingkiran (usus, ginjal, paru-paru, kulit dan hati) berfungsi dengan baik dan proses pembuangan bahan kotoran seperti pembuangan air besar, pembuangan air kecil, perpeluhan dan kitaran haid untuk wanita tidak tersumbat.

2- Mengawal kemasukan sesuatu ke dalam badan samada dengan cara mengurangkan pengambilannya atau dengan berpantang terutama bila telah disahkan terdapat penyakit.

3- Memastikan peredaran darah dan cecair limfatik di dalam badan berjalan lancar.

SEMUGA CATATAN YANG RINGKAS INI MENJADI PEMBUKA MINDA KEPADA MEREKA YANG INGIN MENDALAMI ILMU PERUBATAN ISLAM BERASASKAN HERBA.

RUMAH BEKAM D' IEMAN

RUMAH BEKAM D' IEMAN
Pusat Latihan Herbalis & Rawatan Holistik (Kerohanian) Yang Unggul Di Dunia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails