Saturday, November 21, 2020

Selawat Ummiyi Berterusan 71 Minit


Selawat Ummiyi Nurul Iman Allahhomma solli aala saidina Muhammadin abdika warasulikan nabiyil ummiyi waala alihi wasohbihi wasalim Terjemahan Bahasa Melayu “Ya Allah kau curahkanlah rahmat dan sejahteraan ke atas penghulu (PEMIMPIN) kami Nabi Muhammad seorang hambaMu dan RasulMu lagi NabiMu yang Ummi, ahli keluarganya para sahabat-sahabatnya dan ucapkan Salam pada mereka” English Translation "O Allah, you pour out mercy and prosperity on our master (LEADER) Prophet Muhammad a servant of Yours and Your Messenger and Your Prophet who is Ummi, his family members his friends and greet them" #selawat #sholawat #selawatummi

Sunday, October 25, 2020

Sinus (Resdung) dan Jerawat

Salah satu punca terjadi masalah resdung adalah terkepit saraf dibahagian cakera Cervical C2 dan C3 (Rujuk gambar 2) dan bengkak (inflamed sinus) di kawasan muka.

Otot stres di kawasan belakang leher juga boleh membawa kepada resdung dan sakit kepala.
Punca yang lain adalah postur badan yang menunduk dalam pengunaan phone membawa otot bahu dan leher menegang.
Rawatan permulaan dengan senaman dan kembalikan postur badan secara normal.
Sapu minyak jenis bukan panas di leher dan urut di kawasan otot. (Gambar 5)
Seterusnya bekam 2 titik tepi leher dan 2 titik bekam di muka.
Dapat merawat resdung dan jerawat sekali gus.
Amalkan senaman berkala dan minum habbatus sauda untuk optimum kesihatan.
Sihat Secara Holistik
Sebarkan jika ada manfaat pada diri dan masyarakat.





Saraf Leher (cervical - 2) dan kesan tersepit





Titik bekam resdung dan jerawat di muka



Titik bekam bahagian belakang badan





Titik urutan untuk masalah paru-paru
-astma
-resdung
-jerawat





Sunday, October 11, 2020

Perkhidmatan Urutan Tradisional, Bekam dan Terapi Kecantikan untuk Kesejahteraan Wanita Hulu Langat

Bermula 12 Oktober 2020, Pusat Terapi Deieman Hulu Langat menyediakan Juruterapi Wanita menawarkan Servis Urutan Tradisional, Bekam dan Terapi Kecantikan untuk wanita

Dapatkan PROMOSI 10% kami untuk tempahan awal
Sehingga 21 Oktober 2020

Temujanji rawatan
011-290 66915
wasap.my/601129066915

--------------------------------------------------------------------------

Terapi Urutan dan Bekam Hijamah

**Migrain, Sakit Leher, Tulang Belakang, Sakit Belikat, Sakit Pinggang dan Pinggul, Sakit Sendi dan Saraf, Slipdisk, Sciatica, Kebas-kebas, Seliuh, Lenguh, Sakit Lutut**

Alamat pusat rawatan - Lagenda Suria
https://goo.gl/maps/Boi9WJivRPMNTSpNA
58-1 Jalan Lagenda Suria 3, 43100 Hulu Langat, Selangor

Hubungi kami sebelum datang
Wasap.my/601129066915

Perawat Lelaki dan Wanita Disediakan





Tuesday, October 6, 2020

Manfaat dan Kebaikan Bekam ( Hijamah ) Pada Badan

Manfaat Hijamah pada badan

1. Melancarkan darah
2. Membuang angin dalam badan 
(melegakan keradangan/bengkak)
3. Meringan badan 
4. “..Sebaik-baik perubatan ialah berbekam, Ia membuang darah yang kotor, menajamkan penglihatan 
serta meringankan tubuh”
5. Ringankan sakit kepala ( Point Kepala )
6. Segarkan badan yang lemah
7. Menguatkan imuniti badan
8. Mencegah datangnya penyakit berat

"Barangsiapa berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21 bulan hijriah maka itu adalah hari-hari yang menyembuhkan segala macam penyakit" 

“Kesembuhan itu pada 3 perkara iaitu Al Hijamah
Minum Madu dan Pemanasan dengan api 
dan aku melarang umatku melakukan dengan  pemanasan (makruh).” 


Terapi Urutan dan Bekam Hijamah
** Migrain, Sakit Leher, Tulang Belakang, Sakit Belikat, Sakit Pinggang dan Pinggul, Sakit Sendi dan Saraf, Slipdisk, Sciatica, Kebas-kebas, Seliuh, Lenguh, Sakit Lutut **
Alamat pusat rawatan - Lagenda Suria
58-1 Jalan Lagenda Suria 3, 43100 Hulu Langat, Selangor
Hubungi kami sebelum datang


 

Tuesday, September 1, 2020

Diskaun Merdeka untuk terapi bekam hijamah

Dapatkan terapi bekam dengan membuat temujanji
011-290 66915
Diskaun sehingga 16 september 2020



Terapi Urutan dan Bekam Hijamah
** Migrain, Sakit Leher, Tulang Belakang, Sakit Belikat, Sakit Pinggang dan Pinggul, Sakit Sendi dan Saraf, Slipdisk, Sciatica, Kebas-kebas, Seliuh, Lenguh, Sakit Lutut **
Alamat pusat rawatan - Lagenda Suria
58-1 Jalan Lagenda Suria 3, 43100 Hulu Langat, Selangor
Hubungi kami sebelum datang
Lelaki sahaja



Tuesday, January 14, 2020

Hari dan Waktu Yang TERBAIK Untuk BERBEKAM

WAKTU YANG TERBAIK UNTUK BERBEKAM
Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21 bulan hijriah maka itu adalah hari-hari yang menyembuhkan segala macam penyakit".

ISNIN 13 – 01 – 2020
17 JUMADIL AWAL 1441H
RABU 15 – 01 – 2020
19 JUMADIL AWAL 1441H
JUMAAT 17 – 01 – 2020
21 JUMADIL AWAL 1441H

Imam Sayuti RH berpendapat bahawa berbekam pada tanggal-tanggal seperti di atas memang baik bila badan dalam keadaan sihat, tetapi jika orang yang berkaitan sedang sakit atau sangat memerlukan perawatan dengan cepat, kita tidak harus mengikuti tanggal-tanggal tersebut.
Orang-orang soleh dahulu seperti Imam Ahmad rahmatullah alaihi berbekam apabila darah beliau sedang membengkak. Sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Musa Al Ansyari R.A berbekam diwaktu malam hari.

Ibnu Sina di dalam kitabnya "Al Qanun fii Thibb" menyebut mengenai waktu yang terbaik untuk berbekam iaitu di antara jam 2 dan 3 petang kerana pada waktu tersebut saluran darah sedang mengembang dan darah-darah yang mengandungi toksid sangat sesuai untuk dikeluarkan.

HARI YANG SESUAI BERBEKAM

Dari Nafi’ dari Ibnu Umar RA yang berkata, “Wahai Nafi’, berbekamlah dengan berkah dari ALLAH pada hari Khamis, berupayalah menghindari berbekam pada hari Rabu, Jumaat dan Sabtu. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa, kerana itu merupakan hari di mana Ayyub disembuhkan dari bala’ dan ALLAH menimpakan bala’ kepadanya pada hari Rabu, kerana sesungguhnya penyakit kusta dan belang mulai muncul selalu pada hari Rabu atau malam Rabu.”

Sebagai seorang herbalis Muslim, kita harus menolong mereka yang memerlukan pertolongan tanpa mengira masa, pangkat dan golongan dengan ilmu yang telah Allah SWT anugerahkan kepada kita.
Berilah sentuhan-sentuhan ilahiah serta memohon kepada-NYA, kerana berbekam seperti juga meminum ubat hanyalah suatu cara pengubatan, sedangkan yang menyembuhkan adalah Allah SWT yang bersifat Asy Syafi.

Disebabkan bekam adalah sunnah Rasulullah S.A.W maka ianya mempunyai suatu rahsia dan hikmah yang luar biasa dari segi pengamalannya dan bagi umat Islam yang yaqin dengannya, pasti membawa kebaikkan yang banyak.

Sabda Rasulullah S.A.W , “Barangsiapa menghidupkan sunnahku sesungguhnya dia mencintai aku, barangsiapa mencintai aku sesungguhnya dia bersama aku didalam syurga” [HR Abu Daud].

Untuk pertanyaan dan rawatan

De ieman - Sihat Secara Holistik
Mencegah lebih baik dari berubat

Punca Sakit Belakang dan Proses Terjadi

Punca Sakit Belakang dan Proses Terjadi

Ramai yang datang kepada kami telah sakit tulang belakang dari leher hingga tulang tongkeng
Ini kerana kesan tekanan (impact) dari eksiden, jatuh, jatuh terduduk, salah posisi angkat barang (bunyi meletup di pinggang)

Selepas berlaku perkara diatas, tidak dirawat segera kesannya akan datang purata berlaku dalam masa 3-10 tahun (kronik)

Akan terasa tidak rasa selesa, sakit, menyucuk di tulang belakang

Paling ketara tahap kronik adalah bahu sebelah jatuh, panjang kaki tidak sama, rukuk tidak sempurna, tulang belakang berbentuk S, kebas-kebas dihujung jari tangan kaki dan kerapan sakit kepala (leher rasa sakit)

Atas pengalaman kami, kami dapat membantu meringan sakit dengan terapi urutan badan

Lihat atas keadaan pesakit untuk dirawat, ada sekali rawatan hilang sakit, ada yang perlunya lebih sekali rawatan mengikut tahap kronik sakit

Sebarang pertanyaan boleh call terus 011-290 66 915


RUMAH BEKAM D' IEMAN

RUMAH BEKAM D' IEMAN
Pusat Latihan Herbalis & Rawatan Holistik (Kerohanian) Yang Unggul Di Dunia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails