Showing posts with label Gula Pembunuh. Show all posts
Showing posts with label Gula Pembunuh. Show all posts

Monday, March 5, 2018

Memahami apa yang berlaku dalam tubuh apabila kandungan gula (glukos) dalam darah berlebih ataupun berkurang

Hari ini, mari kita cuba memahami apa yang berlaku dalam tubuh apabila kandungan gula (glukos) dalam darah berlebih ataupun berkurang.
Hati

Dalam istilah perubatan moden, anterior dan posterior merupakan sinonim daripada ventral (permukaan depan) dan dorsal (permukaan belakang). Istilah-istilah ini hanya digunakan untuk orang dalam keadaan berdiri tegak atau ‘posisi anatomi’.
SIROSIS

SIROSIS (Cirrhosis) adalah keadaan di mana hati tidak berfungsi dengan baik kerana kerosakan jangka panjang. Kerosakan ini ditunjukkan dengan penggantian tisu hati normal oleh tisu parut. 

Biasanya, penyakit ini berkembang dengan perlahan selama berbulan-bulan atau tahun akibat pengumpulan racun. Pada awal, sering terdapat gejala. Apabila penyakit bertambah buruk, seseorang akan menjadi letih, lemah, gatal, bengkak di kaki bawah, mengembangkan kulit kuning, mudah lebam, mempunyai bendalir membina di dalam perut, atau mengembangkan saluran darah seperti laba-laba pada kulit. 

Pembentukan cecair di dalam perut boleh menjadi dijangkiti secara spontan. Komplikasi lain termasuk encephalopathy hepatic, pendarahan daripada urat dilipat di esophagus atau urat perut dilat, dan kanser hati. Encephalopathy hepatik mengakibatkan kekeliruan dan boleh menyebabkan ketidaksadaran.



MAHA SUCI ALLAH SWT yang telah menjadikan sesuatu tidak sia-sia.

Apabila glukos berlebihan, sel beta di dalam pankreas dirangsang untuk mengeluarkan insulin untuk menguruskan glukos yang berlebihan. Sebahagian glukos akan diserap oleh sel tubuh manakala bakinya akan disimpan di dalam hati sebagai glikogen.

Apabila paras glukos di dalam tubuh merosot atau berlaku kekurangan, sel alfa di dalam pankreas diransang untuk mengeluarkan 'glucagon' ke dalam saluran darah dan seterusnya menyebabkan hati akan melepaskan glikogen menjadi glukos untuk dimanfaatkan oleh sel-sel di dalam tubuh.

Sebenarnya semua kerosakan pada diri manusia dan persekitarannya disebabkan manusia cuba menyaingi kemampuan Tuhan. Ya memang Allah memberikan pelbagai kemampuan kepada manusia sesuai dengan peranan mereka sebagai wakilnya dibumi. Namun begitu, manusia menyalahgunakan kemampuan mereka hingga menimbulkan kerosakan di muka bumi. Salah satu kerosakan yang mereka alami sendiri adalah kerosakan badan kerana disebabkan mereka memasukkan makanan dan minuman yang bukan-bukan ke dalam tubuh. Ini dengan tujuan memuaskan kehendak (nafsu). Contohnya memakan banyak ubat kimia hingga mengganggu sistem tubuh dan kesihatan.

#SetiapPenyakitAdaUbatnya
#SihatSecaraHolistik
#TipSihat
#DeIeman


Sunday, January 22, 2017

GULA

GULA (Pemanis Yang Membunuh)

Gula merupakan salah satu makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan boleh memudaratkan. Ia tidak diperlukan dalam diet seharian kerana tubuh mampu menukarkan banyak makanan lain menjadi glukosa apabila ia memerlukan tenaga.


Gula tidak memberikan sebarang nutrien atau zat makanan, sebaliknya zat-zat tersebut digunakan untuk memetabolismakannya menghasilkan kalori tambahan yang jika tidak digunakan akan disimpan sebagai lemak dalam tubuh. Lebih buruk lagi gula menyingkirkan zat makanan daripada tubuh.

Satu kajian menunjukkan penghadaman 1 sudu teh gula menurunkan aktiviti sel-sel darah putih sebanyak 43% selama 6 jam, dan kesan penekanan imun oleh gula kurang 30 minit selepas memakannya. Disamping itu gula menghidratkan tubuh, memekatkan lapisan lendir sinus dan paru-paru.

Pada tahun 1970, secara purata setiap rakyat Malaysia mengambil 17 sudu teh gula sehari. Kini meningkat menjadi 24 sudu teh (120 gm) gula sehari (termasuk gula tersembunyi). Jumlah ini 2.5 kali lebih tinggi dari yang disarankan. Pengambilan gula yang sederhana dalam sehari adalah dalam lingkungan 10 sudu teh (50 gm).

Jika anda melakukan kerja dalam keadaan banyak duduk, bernafas dengan lemah dan makan banyak gula, pastri dan makanan karbohidrat yang diproses, tubuh anda mungkin cenderung menjadi tempat pertumbuhan tumor.

Dua masalah kesihatan utama akibat pengambilan gula berlebihan:
  1. ·  Ia menyebabkan kegemukan. Kegemukan adalah satu risiko yang berkait rapat dengan penyakit diabetis, darah tinggi dan penyakit jantung.
  2. ·   Ia menggalakkan terjadinya karies gigi (kerosakkan gigi).

Rawatan Bekam dan Urut Di Jalan Lagenda Suria, Hulu Langat, Selangor.

UNTUK KETERANGAN LANJUT BOLEH HUBUNGI

011-29066915 (Tuan Abdullah)
013-3713500 (Tuan Hj Ramly)
013-2219722 (Puan Laini)




RUMAH BEKAM D' IEMAN

RUMAH BEKAM D' IEMAN
Pusat Latihan Herbalis & Rawatan Holistik (Kerohanian) Yang Unggul Di Dunia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails