GULA (Pemanis Yang Membunuh)
Gula merupakan salah satu makanan
tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan boleh memudaratkan. Ia tidak
diperlukan dalam diet seharian kerana tubuh mampu menukarkan banyak makanan
lain menjadi glukosa apabila ia memerlukan tenaga.
Gula tidak memberikan sebarang
nutrien atau zat makanan, sebaliknya zat-zat tersebut digunakan untuk
memetabolismakannya menghasilkan kalori tambahan yang jika tidak digunakan akan
disimpan sebagai lemak dalam tubuh. Lebih buruk lagi gula menyingkirkan zat
makanan daripada tubuh.
Satu kajian menunjukkan
penghadaman 1 sudu teh gula menurunkan aktiviti sel-sel darah putih sebanyak
43% selama 6 jam, dan kesan penekanan imun oleh gula kurang 30 minit selepas
memakannya. Disamping itu gula menghidratkan tubuh, memekatkan lapisan lendir
sinus dan paru-paru.
Pada tahun 1970, secara purata
setiap rakyat Malaysia mengambil 17 sudu teh gula sehari. Kini meningkat
menjadi 24 sudu teh (120 gm) gula sehari (termasuk gula tersembunyi). Jumlah
ini 2.5 kali lebih tinggi dari yang disarankan. Pengambilan gula yang sederhana
dalam sehari adalah dalam lingkungan 10 sudu teh (50 gm).
Jika anda melakukan kerja dalam
keadaan banyak duduk, bernafas dengan lemah dan makan banyak gula, pastri dan
makanan karbohidrat yang diproses, tubuh anda mungkin cenderung menjadi tempat
pertumbuhan tumor.
Dua masalah kesihatan utama
akibat pengambilan gula berlebihan:
- · Ia menyebabkan kegemukan. Kegemukan adalah satu risiko yang berkait rapat dengan penyakit diabetis, darah tinggi dan penyakit jantung.
- · Ia menggalakkan terjadinya karies gigi (kerosakkan gigi).
Rawatan Bekam dan Urut Di Jalan Lagenda Suria, Hulu Langat, Selangor.
UNTUK KETERANGAN LANJUT BOLEH HUBUNGI
011-29066915 (Tuan Abdullah)
013-3713500 (Tuan Hj Ramly)
013-2219722 (Puan Laini)
No comments:
Post a Comment