1) Hukum Mengambil Upah Berbekam
Harus bagi
pembekam mengambil upah bekam.
أن
أنسا قال :
(
دَعَا
النَّبِى -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- غُلَامًا لَنَا حَجًّامًا فَحَجَمَهُ،
فَاَمَرَ
لَهُ بِصَاعٍ أَوْ مُدٍّ أَوْ مُدَّيْنِ، وَكَلَّمَ فِيهِ فَخَفَّفَ عَنْهُ ضَرِيبَتَهُ)
رواه البخارى ومسلم
“ Nabi SAW telah memanggil seorang
pembekam lalu beliau membekam Baginda. … ”
عن إبن عباس - رضى الله عنهما-
( أَنَّ النَّبِى -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ- احْتَجَمَ فِى الْأَخْدَعَيْنِ بَيْنَ الْكَتِفَيْنِ
وَأَعْطَى
الْحَاجِمَ أُجْرَةً, وَلَوْ كَانَ حَرَامًا لَمْ يُعْطِهِ )
رواه أبو داود والترمذى فى الشمائل
“ Sesungguhnya Nabi SAW berbekam pada
‘Al-Akhdain’ diantara dua bahu dan Baginda SAW telah memberi upah kepada
Pembekam. Sekiranya mengambil upah itu haram maka Nabi tidak akan memberikan
upahnya ”
Rasulullah SAW menggesa supaya di beri ganjaran pada
pembekam kerana ia adalah suatu pekerjaan yang halal seperti pendapat jumhur
ulama.
Berkata Imam Tarmizi: Sebahagian ahli ilmu dari kalangan
sahabat Nabi SAW dan yang selepasnya telah memberi keringanan dalam mengambil
upah pada berbekam. Pendapat
ini disokong oleh Imam Syafie RA. Berkata Ibnu Hajar Al-Asqalani di dalam Kitab
Fathul Bari: Ini adalah mendapat jumhur ulamak.
Ulamak jumhur seperti Hanafiah, Syafieah, Malikiah dan Hanabilah
mengharuskan pengambilan upah pada bekam. Mereka
berhujjah dengan hadis Ibnu Abbas di atas. Mereka juga berhujjah bahawa
berbekam ini mendatangkan manafaat maka harus di ambil upah (ganjaran) seperti
mengambil upah menjahit, membuat rumah, menyusukan anak dan sebagainya kerana
manusia mendapat manafaat daripadanya.
2) Hukum Mandi Selepas Berbekam
Sunat mandi
bagi mereka yang dibekam.
عن عبد الله بن زبير عن عائشة أنها حدثته
( أَنَّ النَّبِى -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ- كَانَ يَغْتَسِلُ مِنْ أَرْبَعٍ :
مِنَ
الْجَنَابَةِ وَيَوْمَ الْجُمْعَةِ وَمِنَ الْحِجَامَةِ وَمِنْ غَسْلِ الْمَيِّتِ
)
رواه أبو داود
“ Sesungguhnya Nabi SAW membahagikan mandi
dalam empat keadaan iaitu daripada junub, pada hari jumaat, selepas berbekam
dan memandikan mayat ”
Namun adakalanya Baginda SAW tidak mandi selepas berbekam
dan ini menunjukkan bahawa hukum mandi bukanlah suatu perkara yang wajib
dilakukan selepas melaksanakan bekam.
3) Hukum Puasa Bagi Pembekam Dan
Pesakit
Ulama telah berbahas
dengan panjang lebar mengenai hukum yang berkaitan dengan puasa orang yang
berbekam dan puasa pembekam adakah batal atau tidak. Ada di antara mereka yang berpendapat ia
membatalkan puasa dan ada pula yang berpendapat tidak batal dengan dalil dan
hujjah masing-masing.
Kesimpulan daripada perbahasan tersebut ialah tidak
batal puasa orang yang berbekam dan pembekam. Hujah yang menguatkan pendapat ini
ialah di lihat daripada pengamalan sahabat-sahabat Baginda SAW kerana mereka
yang paling hampir dengan Baginda SAW. Sahabat-sahabat Rasulullah dan Ummahatul
Mukminin mereka telah berbekam hal keadaan berpuasa. Kisah mereka ini disebut
di dalam kitab Sohih Bukhari dan di dalam kitab-kitab yang muktabar
seperti Kitab Fathul Bari
karangan Ibnu Hajar Al-Asqalani dan kitab-kitab yang lain.
قال بكير عن أم علقمة
( كُنَّا نَحْتَجِمَ عِنْدَ عَائِشَةَ وَنَحْنُ
صِيَام )
Berkata Bakir daripada Ummi Alqamah
RA:
“ Sesungguhnya
kamu berbekam di sisi Aisyah RA sedangkan kami berpuasa ”
Ibnu Hajar
berkata : Jumhur ulama menyatakan tidak batal puasa dengan berbekam
4) Berbekam Dalam Keadaan Berihram
Harus berbekam dalam keadaan berihram kerana Rasulullah
SAW pernah melakukannya dalam keadaan tersebut.
وفى
الصحيح عنه :
(
اِنَّهُ احْتَجَمَ وَهُوَ مُحْرَمٌ فِى رَأْسِهِ لِصُدَاعٍ كَانَ بِهِ)
رواه البخارى
“ Sesungguhnya Nabi SAW telah berbekam
di kepala dalam keadaan ihram kerana sakit kepala ”
Kebanyakan ulamak juga bersepakat menyatakan keharusan
mencukur rambut untuk berbekam bagi mereka yang berihram dan mereka tidak
dikenakan sebarang fidyah. Mereka
berhujjah bersandarkan dengan kaedah Fiqhiah iaitu 'Darurat'.
Kaedah hukum menyatakan:
" الضرورة تبيح المحظورات "
“ Kemudharatan mengharuskan
perkara-perkara yang di larang ”
5) Wudhuk Pesakit
Pendapat sebahagian ahli ilmu bahawa berbekam tidak
membatalkan wudhuk berdasarkan hadis daripada Anas RA.
(اِنَّهُ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ-
احْتَجَمَ وَصَلَّى وَلَمْ يَتَوَضَّأ )
“ Sesungguhnya Nabi SAW telah berbekam
dan Baginda terus solat tanpa berwudhuk ”
6) Membekam pesakit bukan mahram
Tidak
boleh seorang lelaki yang ajnabi (asing) membekam seorang perempuan sedangkan
masih ada pembekam perempuan di tempat tersebut. Aktiviti berbekam akan
melibatkan aurat seorang pesakit maka ia tidak dibenarkan lebih-lebih lagi
seorang perempuan.
Firman Allah
yang bermaksud:
”Dan
Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan
mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir
daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung
kepala mereka..” Surah An-Nur :31
Adapun ketika
darurat maka ia dibenarkan untuk memenuhi darurah tersebut sahaja. Ulamak
mensyaratkan kebolehan berbekam hal keadaan darurat itu seperti berikut:
1. Memahami
pengertian darurat tersebut - situasi, kemudharatan dan sebagainya.
2. Pembekam
itu hendaklah seorang yang wara’, siqah (boleh dipercayai) dan amanah .
3. Mesti ada
mahram yang menemani pesakit tersebut apabila pembekaman berlaku.
4. Boleh di
lihat hanya pada tempat yang hendak di bekam sahaja. Berdosa sekiranya melebihi
dari yang seharusnya.
5. Tidak
boleh menyentuh kulit perempuan tersebut melainkan dengan berlapik.
INGIN TAHU KEBAIKAN BERBEKAM? SILA KLIK DIBAWAH
ALAMAT
PUSAT RAWATAN
58-1, Jalan Lagenda Suria 3, Taman Lagenda
Suria, Batu 12, 43100 Hulu Langat, Selangor. (Atas Kedai Dobi Pro Clean)
LANDMARK
:
Petronas Bukit Nanding, Dobi Pro Clean, ALS
Frozen Food, My Mydin, CS Market.
Map :
3°05'50.7"N 101°48'03.8"E
Untuk Keterangan Lanjut Sila hubungi:
TUAN RAMLY AHMAD (013 - 371 3500) ATAU
PN. LAINI MD ARIF (013 - 221 9722)
No comments:
Post a Comment