Showing posts with label rawatan bekam. Show all posts
Showing posts with label rawatan bekam. Show all posts

Thursday, November 24, 2016

KEBAIKAN/MANFAAT BEKAM PADA UMAT ISLAM

Kebaikan Berbekam pada Tubuh Badan Manusia

  1. Membantu menghilangkan pening dan migrain.
  2. Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
  3. Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
  4. Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
  5. Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
  6. Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
  7. Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
  8. Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
  9. Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.

Thursday, November 17, 2016

MASA YANG TERBAIK BERBEKAM UNTUK PENYAKIT KRONIK

WAKTU YANG TERBAIK UNTUK BERBEKAM






Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21 bulan hijriah maka itu adalah hari-hari yang menyembuhkan segala macam penyakit".

Imam Sayuti RH berpendapat bahawa berbekam pada tanggal-tanggal seperti di atas memang baik bila badan dalam keadaan sihat, tetapi jika orang yang berkaitan sedang sakit atau sangat memerlukan perawatan dengan cepat, kita tidak harus mengikuti tanggal-tanggal tersebut.

Orang-orang soleh dahulu seperti Imam Ahmad rahmatullah alaihi berbekam apabila darah beliau sedang membengkak. Sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Musa Al Ansyari R.A berbekam diwaktu malam hari.


Ibnu Sina di dalam kitabnya "Al Qanun fii Thibb" menyebut mengenai waktu yang terbaik untuk berbekam iaitu di antara jam 2 dan 3 petang kerana pada waktu tersebut saluran darah sedang mengembang dan darah-darah yang mengandungi toksid sangat sesuai untuk dikeluarkan.

Tuesday, November 15, 2016

HADIS MENGATAKAN BEKAM ADALAH SEBAIK-BAIK PERUBATAN. SUDAH AMAL BERBEKAM?

DALIL / HADIS SUNNAH BEKAM RASULULLAH SAW





قال رسول  - صلى الله عليه وسلم-
 ( خَيْرُ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ وَ الْفَصْدُ )
 رواه البخارى

" Sebaik-baik perawatan ialah dengan berbekam dan fasdu "


عن إبن مسعود أن النبى   صلى الله عليه وسلم  قال :
( مَا مَرَرْتُ لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِى بِمَلَإ مِنَ الْمَلَائِكَةِ إلَّا قَالُوا : يَا مُحَمّدُ مُرْ أُمَّتَكَ بِالْحِجَامَةِ )
 رواه الترمذى والبيهقى

Daripada Ibnu Mas'ud sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda "Sesungguhnya aku telah melalui sekumpulan malaikat pada malam aku di Isra' oleh Allah Taala dan mereka telah berkata 'Wahai Muhammad suruhlah umatmu berbekam'  "


عن إبن عباس - رضى الله عنهما-
( الشِّفَاءُ فِى ثَلَاثةٍ : فى َشرطَةُ مَحْجَمٍ,او شُرْبَةُ عَسَلٍ ، اوَكَيَّةُ نَارٍ، وَانا أَنْهَى أُمَّتِى عَنِ الْكَىّ )
رواه البخارى

Kesembuhan itu pada 3 perkara iaitu Al Hijamah, Minum Madu dan Pemanasan dengan api dan aku melarang umatku melakukan dengan  pemanasan (makruh).” (HR.Bukhari pada Bab Tibb)


عن أنس بن مالك..
(ان أمثل ما تداويتم به الحجامة والقسط البحري)
رواه البخارى

Sebaik-baik perubatan yang kamu lakukan ialah berbekam dan Qustul Bahri” (HR.Bukhari)



( نِعْمَ الدّوَاءُ الْحِجَامَة ؛ تُذْهِبُ الدّم، وَتَجْلُو الْبَصَر، وَتَخِفّ الْصَلْب...)
رواه الحاكم

“..Sebaik-baik perubatan ialah berbekam, Ia membuang darah yang kotor, menajamkan penglihatan serta meringankan tubuh” (HR Al-Hakim)


ثبت عن إبن عمر - رضى الله عنه-
( أَنَّ النَّبِى  - صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- دَعَا حَجَّامًا فَحَجَمَهُ، وَسَأَلَهُ كَمْ خَرَاجَكَ،
 فَقَالَ : ثَلَاثَةُ أَصَع، فَوَضَعَ عَنْهُ  صَاعًا وَأَعْطَاهُ أَجْرَة )

“ Sesungguhnya Nabi SAW telah meminta seorang pembekam agar membekam  Baginda lalu Baginda di bekam, Rasulullah bertanya : Berapakah upah mu? Ia menjawab 3 cupak makanan. Lalu ia dibebaskan dengan pembayaran satu cupak (oleh tuannya atas permintaan Nabi ) dan Baginda membayar upahnya sebanyak 2 cupak..”


أن جابر بن عبد الله - رضى الله عنهما-
 ( عَادَ الْمُقْـَنعُ - اَىْ زَارَهُ وَهُوَ مَرِيْضٌ -  ثُمَّ قَالَ : لَنْ أَبْرَحَ حَتَّى يَحْتَجِم،
 فَإِنِّى سَمِعْتُ رَسُوْلُ اللهِ- صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- يَقُوْلُ : إِنَّ فِيْهَا شِفَاءٌ )
رواه مسلم


“ Sesungguhnya Jabir bin Abdullah R.A. telah menziarahi Al-Mukna’ yang sedang sakit kepala. Kemudian beliau berkata : Aku tidak akan pulang sehinggalah kamu mahu berbekam kerana aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda “ Sesungguhnya dengan berbekam itu ada kesembuhan

KAMI MENDOAKAN YANG MEMBACA DI MURAHKN REZEKI DAN SENTIASA SIHAT. INSYALLAH.

Sunday, April 10, 2016

ANATOMI DAN FISIOLOGI KULIT DALAM BEKAM



KULIT




Kulit merupakan organ yang meliputi kawasan yang terbesar dalam badan. Ciri-ciri kulit yang sihat biasanya kelihatan lembab, gebu, mempunyai sifat asid lemah dan tidak mempunyai sebarang tanda atau penyakit kulit. Tekstur kulit yang halus dan licin juga dapat menyerikan warna kulit.
KULIT TERDIRI TIGA LAPISAN YANG UTAMA
Lapisan Epidermis
         Lapisan Korneum
         Lapisan Granulosum
         Lapisan Spinosum
Lapisan Dermis
         Lapisan papilla
         Lapisan reticulum

>       Arteri
>       Pembuluh darah
>       Sel lemak
Lapisan Subkutaneus (Hipodermis)
• Selain daripada Lapisan Dermis dan Epidermis, terdapat satu lagi lapisan yang dikenali sebagai Lapisan Subkutaneus. Lapisan ini adalah tisu lemak yang terletak dibawah dermis.
Tebal kulit: 1 ~ 5 mm.
Sayatan atau tusukan hendaklah dibatasi sehingga di antara lapisan epidermis dan dermis sahaja kerana sebahagian besar toksid berada di kawasan ini. Sekiranya torehan yang dilakukan terlalu dalam sehingga sampai ke bawah lapisan hipodermis di mana terdapat banyak arteri, darah yang keluar adalah darah bersih yang tidak mengandungi toksid.
Kekeliruan mungkin berlaku kerana banyak darah yang keluar bukan merupakan faktor utama keberkesanan bekam tersebut; tetapi dari lapisan mana ia dikeluarkan.
KAPILARI
1.             Penghubung di antara arteri dan vena.
2.      Tempat pertukaran zat-zat antara darah dan cairan jaringan.
3.        Mengambil bahan yang dikeluarkan oleh kelenjar.
4.        Menyerap zat makanan dari usus.
5.          Menyaring darah di ginjal.
6.      Pusat pertukaran darah dari arteri dan vena dan pusat pengendapan toksin dan
oksidan




RUMAH BEKAM D' IEMAN

RUMAH BEKAM D' IEMAN
Pusat Latihan Herbalis & Rawatan Holistik (Kerohanian) Yang Unggul Di Dunia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails