WAKTU YANG TERBAIK UNTUK
BERBEKAM
Diriwayatkan dari Abu Hurairah
RA, Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa
berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21 bulan hijriah maka itu adalah hari-hari
yang menyembuhkan segala macam penyakit".
Imam Sayuti RH berpendapat bahawa
berbekam pada tanggal-tanggal seperti di atas memang baik bila badan dalam
keadaan sihat, tetapi jika orang yang berkaitan sedang sakit atau sangat
memerlukan perawatan dengan cepat, kita tidak harus mengikuti tanggal-tanggal
tersebut.
Orang-orang soleh dahulu seperti
Imam Ahmad rahmatullah alaihi berbekam apabila darah beliau sedang membengkak.
Sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Musa Al Ansyari R.A berbekam diwaktu malam hari.
Ibnu Sina di dalam kitabnya
"Al Qanun fii Thibb" menyebut mengenai waktu yang terbaik untuk
berbekam iaitu di antara jam 2 dan 3 petang kerana pada waktu tersebut saluran
darah sedang mengembang dan darah-darah yang mengandungi toksid sangat sesuai
untuk dikeluarkan.
No comments:
Post a Comment