DALIL / HADIS SUNNAH BEKAM RASULULLAH SAW
قال
رسول - صلى الله عليه وسلم-
( خَيْرُ
مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ وَ الْفَصْدُ )
رواه البخارى
" Sebaik-baik perawatan ialah
dengan berbekam dan fasdu "
عن
إبن مسعود أن النبى صلى الله عليه
وسلم قال :
(
مَا مَرَرْتُ لَيْلَةَ أُسْرِيَ بِى بِمَلَإ مِنَ الْمَلَائِكَةِ إلَّا قَالُوا :
يَا مُحَمّدُ مُرْ أُمَّتَكَ بِالْحِجَامَةِ )
رواه الترمذى والبيهقى
Daripada Ibnu Mas'ud sesungguhnya Nabi
SAW telah bersabda "Sesungguhnya aku telah melalui sekumpulan malaikat
pada malam aku di Isra' oleh Allah Taala dan mereka telah berkata 'Wahai
Muhammad suruhlah umatmu berbekam'
"
عن إبن عباس - رضى الله عنهما-
(
الشِّفَاءُ فِى ثَلَاثةٍ : فى َشرطَةُ مَحْجَمٍ,او شُرْبَةُ عَسَلٍ ، اوَكَيَّةُ
نَارٍ، وَانا أَنْهَى أُمَّتِى عَنِ الْكَىّ )
رواه البخارى
“Kesembuhan itu pada 3 perkara iaitu
Al Hijamah, Minum Madu dan Pemanasan dengan api dan aku melarang umatku
melakukan dengan pemanasan (makruh).” (HR.Bukhari
pada Bab Tibb)
عن أنس بن مالك..
(ان
أمثل ما تداويتم به الحجامة والقسط البحري)
رواه البخارى
“Sebaik-baik perubatan yang kamu lakukan ialah berbekam dan
Qustul Bahri” (HR.Bukhari)
(
نِعْمَ الدّوَاءُ الْحِجَامَة ؛
تُذْهِبُ الدّم، وَتَجْلُو الْبَصَر، وَتَخِفّ الْصَلْب...)
رواه الحاكم
“..Sebaik-baik perubatan ialah
berbekam, Ia membuang darah yang kotor, menajamkan penglihatan serta
meringankan tubuh” (HR Al-Hakim)
ثبت
عن إبن عمر - رضى الله عنه-
(
أَنَّ النَّبِى - صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ-
دَعَا حَجَّامًا فَحَجَمَهُ، وَسَأَلَهُ كَمْ خَرَاجَكَ،
فَقَالَ : ثَلَاثَةُ أَصَع، فَوَضَعَ عَنْهُ صَاعًا وَأَعْطَاهُ أَجْرَة )
“ Sesungguhnya Nabi SAW telah meminta seorang pembekam agar
membekam Baginda lalu Baginda di bekam,
Rasulullah bertanya : Berapakah upah mu? Ia menjawab 3 cupak makanan. Lalu ia
dibebaskan dengan pembayaran satu cupak (oleh tuannya atas permintaan Nabi ) dan
Baginda membayar upahnya sebanyak 2 cupak..”
أن
جابر بن عبد الله
- رضى الله عنهما-
( عَادَ
الْمُقْـَنعُ
- اَىْ زَارَهُ وَهُوَ مَرِيْضٌ - ثُمَّ قَالَ
: لَنْ أَبْرَحَ حَتَّى يَحْتَجِم،
فَإِنِّى سَمِعْتُ رَسُوْلُ اللهِ- صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- يَقُوْلُ : إِنَّ فِيْهَا شِفَاءٌ )
رواه
مسلم
“ Sesungguhnya Jabir bin Abdullah R.A.
telah menziarahi Al-Mukna’ yang sedang sakit kepala. Kemudian beliau berkata :
Aku tidak akan pulang sehinggalah kamu mahu berbekam kerana aku pernah
mendengar Rasulullah SAW bersabda “ Sesungguhnya dengan berbekam itu ada
kesembuhan”
KAMI MENDOAKAN YANG MEMBACA DI MURAHKN REZEKI DAN SENTIASA SIHAT. INSYALLAH.
No comments:
Post a Comment