Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Wednesday, August 1, 2018

Pusat Terapi Urutan dan Bekam De ieman Lagenda Suria Hulu Langat

Terapi Bekam (Lelaki dan Wanita)

Terapi Tulang Belakang, Sendi dan Saraf (Lelaki)

Boleh wasap http://wasap.my/+601129066915 untuk diagnosis kesihatan dan terapi

Perawat Lelaki (013-371 3500/011-290 66915)
Perawat Wanita (013-221 9722)

Pemakanan Olive House, HPA dan Pati Tanah Liat (Masalah Kulit)


Saturday, May 12, 2018

Promosi Terapi Bekam Ramadhan De ieman Hulu Langat



HUKUM BERBEKAM SEMASA PUASA

Ulama berselisih pendapat berkenaan dengan hukum berbekam semasa puasa , adakah membatalkan puasanya atau tidak. Ada dua pendapat berkenaan masalah ini:

PENDAPAT PERTAMA:

Berbekam tidak membatalkan puasa. Ini pendapat mazhab Syafie , Maliki dan Hanafi.

DALIL PENDAPAT INI:-

1. Hadis dari Ibnu Abbas:

أن النبي صلى الله عليه وسلم، احتجم وهو محرم، واحتجم وهو صائم

“Sesungguhnya Nabi saw berbekam semasa memakai ihram dan Nabi saw berbekam semasa puasa.” Hadis sahih Bukhari

2.
رخَّص رسول الله صلى الله عليه وسلم في القُبلة للصائم والحجامة

“ Rasulullah saw membenarkan bercium dan berbekam bagi orang yg berpuasa.”

Riwayat imam Ad-Dar qutni dan beliau berkata “Perwainya semuanya thiqah”

PENDAPAT KEDUA:

Berbekam membatalkan puasa. Ini pendapat mazhab Hambali, Ibnu Taymiah, Ibnul Qayyim, Ibnul Munzir, Auza’ie, Ibnu Khuzaimah dan Addarimi.

DALIL PENDAPAT INI:
1.
حديث شدّاد ورافع بن خديج رضي الله عنهما مرفوعاً : ( أفطر الحاجم والمحجوم ) أحمد وأبو داود والترمذي وحسنه وابن ماجه.

Hadis Nabi saw dari Syaddad dan Rafie’ bin khadij:
“ Tukang bekam dan orang yang dibekam batal puasanya.”

Jawapan dr ULAMA JUMHUR

“ Hadis ini dimansukhkan hukumnya dgn hadis yang menyatakan Nabi saw berbekam semasa puasa. Ini kerana hadis syaddad adalah semasa hari pembukaan kota mekah dan hadis ibnu abbas adalah semasa haji wada’ (perpisahan).

KESIMPULAN

Pendapat yg lebih kuat ialah bekam tidak membatalkan puasa dan hanya makruh sekiranya melemahkan tubuh. Berikut adalah hadis yg menguatkan ini:

أن أنساً -رضي الله عنه- سُئِل: أكنتم تكرهون الحجامة للصائم؟ قال : لا، إلا من أجل الضعف.

“ Sesungguhnya Anas ra ditanya : Adakah kamu (para sahabat) menghukum makruh berbekam bagi org yg berpuasa. Anas menjawab “ Tidak kecuali sekiranya tubuhnya lemah untuk berpuasa.”


Hadis sahih Bukhari.


Promosi Ramadhan

Pusat Terapi Bekam De ieman Lagenda Suria Hulu Langat

Segala rawatan mengikut check up dan diagnosis Perawat (PERCUMA) Sila datang ke Pusat Terapi

TERAPI yang disediakan :

Terapi Bekam - Rm10 per cup/point
- Pakej Bekam - Rm100 (11-15+ cup)
PROMOSI Bekam - RM80 sahaja

Terapi Tulang Belakang, Sendi dan Saraf (PTB)
- Full Treatment - Rm100
PROMOSI PTB - RM80 sahaja

Pakej Combo (Bekam + Terapi Tulang Belakang) - Rm150

PROMOSI Combo - RM120 sahaja

Rawatan Herba HPA dan Olive House (Quranic Food)

BOOK Temujanji Sekarang

011-29066915

http://wasap.my/+601129066915

Boleh like dan share FB pages Rasmi kami

https://www.facebook.com/PusatTerapiBekamDeieman/





Monday, March 12, 2018

Tip Sihat De ieman Menyembuhkan penyakit dengan berpuasa

BERPUASALAH SUPAYA KAMU SIHAT
.
PENGENALAN
Tidak pernah lagi ditemui orang yang mati ataupun jatuh sakit akibat daripada berpuasa pada bulan Ramadhan. Apabila seseorang itu benar-benar sakit, dari awal lagi Allah swt sudah membolehkan mereka tidak berpuasa dan menggantikannya dengan membayar fidyah seperti firman-NYA dalam surah al-Baqarah ayat 184.
.
Amalan berpuasa juga dilakukan pelbagai flora dan fauna di alam ini. Terdapat pelbagai situasi di mana tumbuh-tumbuhan memilih tidak menyerap unsur fotosintesisnya. Haiwan reptilia dan mamalia juga melakukan ‘mogok lapar’ selama beberapa waktu. Selepas tempoh tersebut, makhluk-makhluk tadi menjalani 'peremajaan sel' misalnya ular berganti kulit baru dan tumbuh-tumbuhan memunculkan daun-daun baru yang lebih segar. Sudah menjadi fenomena alam iaitu naluri pertama makhluk Allah dalam menjaga hidupnya apabila terkena sesuatu penyakit adalah menurunkan nafsu makan. Mekanisma awal ini berlaku supaya tubuh makhluk itu dapat memfokuskan seluruh tenaga miliknya kepada memperkuatkan daya tahan tubuh tanpa perlu membahagikan tenaganya kepada proses penghadaman dan pencernaan.
.
KESAN PUASA KEPADA SISTEM PENGHADAMAN
Organ utama yang dipengaruhi ketika berpuasa adalah saluran penghadaman, pencernaan dan fungsi metabolik badan. Walaupun begitu sistem-sistem lain juga ikut terpengaruh. Sistem saluran penghadaman ini sebenarnya tidak pernah berhenti bekerja. Gerakan peristalsis yang dilakukan usus berlangsung selama 24 jam sehari. Sedangkan rangkaian proses pencernaan itu sendiri berlangsung selama 6 hingga 8 jam. Bererti apabila kita makan 3 kali sehari, sebenarnya perut kita memang tidak pernah berehat.
.
Terdapat beratus proses kimia dalam organ-organ pencernaan yang beroperasi secara terus menerus dan sudah pasti memerlukan jumlah tenaga yang besar. Dari segi penyembuhan tubuh, tindakan mengurangkan beban pencernaan dengan merehatkan saluran penghadaman sementara waktu dapat mengalihkan sebahagian tenaga yang digunakan 24 jam bagi proses pencernaan tadi kepada proses penyembuhan tubuh.
Ketika sakit antara gejala umum yang kita alami adalah menurunnya nafsu makan. Ini suatu mekanisma tubuh yang Allah swt wujudkan supaya tenaga dapat difokuskan pada sistem imun dan tidak dipakai dalam sistem penghadaman dan pencernaan. Sekiranya mesin-mesin mekanikal dan pesawat pun memerlukan masa rehat, begitu juga saluran penghadaman kita.
.
Pada tahun 1975, Allan Cott dalam artikelnya “Fasting as a way of life” mencatatkan, puasa memberikan masa rehat fisiologi menyeluruh kepada sistem penghadaman dan pencernaan, sistem saraf pusat dan menormalisasikan metabolisma tubuh. Tubuh manusia sentiasa merehabilitasikan dirinya begitu juga sel-sel secara tetap mengalami proses rehabilitasi atau regenerasi.
.
Regenerasi pada peringkat selular itu adalah proses rutin yang bertujuan menggantikan sel-sel yang sudah lama ataupun rosak kerana faktor-faktor seperti usia, penyakit, trauma kimia atau mekanikal, aktiviti yang berlebihan dan sebagainya. Dianggarkan 17 juta sel lahir setiap hari bagi menggantikan sel-sel yang sudah using ataupun mati, sama nilainya dengan 30 gram protein setiap hari. Disebabkan proses regenerasi ini, dalam setiap 4 atau 5 tahun seluruh tubuh kita sebenarnya sudah berganti baru. Diri kita bukanlah terdiri daripada komponen-komponen fizikal yang terdahulu lagi.
.
Penyakit-penyakit degenerative wujud daripada kegagalan proses regenerasi yang seimbang. Penyakit-penyakit seperti kencing manis adalah bentuk kegagalan regenerasi sel-sel di pankreas. Kerosakan lain seperti sirosis hepatitis atau infark myokard di mana jaringan hati dan dinding jantung digantikan dengan jaringan parut. Ini adalah gambaran anatomi bagaimana proses regenerasi sel itu gagal sehingga kerosakan organ itu sukar diperbaiki lagi.
.
Semua jenis neoplasma atau sel kanser juga adalah bentuk lain kegagalan regenerasi, di mana kelajuan pertumbuhan dan perkembangan sel yang mengalami anomaly itu tidak dapat dikendalikan dengan wajar. Sebarang penyakit cepat pulih apabila proses regenerasi ini berlangsung dengan baik dan sempurna. Regenerasi yang berlaku dengan optimum, efektif, efisen dan pada kadar yang tetap adalah prasyarat tubuh yang sihat dan terpelihara dengan baik.
.
Tepat sekali apabila Rasulullah s.a.w mengatakan, “Perut itu gudang penyakit”. Perut adalah saluran penghadaman dan pencernaan manusia, ibarat ruang yang terbuka begitu sahaja. Daripada mulut sehingga anus sebenarnya saluran ini tidak memiliki sebarang pintu yang definitive sehingga menjadi pintu masuk bagi pelbagai penyakit. Malah di hospital dan klinik, secara umumnya gangguan saluran penghadaman berada di antara ‘Top 5’ penyakit yang dideritai pesakit.
.
Puasa di bulan Ramadhan adalah peluang bagi kita mengatur dan melatih diri secara spiritual. Dari segi kesihatan jasmani, ia adalah saat di mana kita dpat merehatkan saluran penghadaman dan pencernaan kita. Disamping puasa pada bulan Ramadhan, masih banyak lagi sunnah lain yang juga dianjurkan, seperti puasa hari Isnin dan Khamis, ‘puasa Nabi Daud’ iaitu sehari berpuasa dan sehari tidak, puasa enam hari di bulan syawal dan juga puasa puteh pada 13, 14 dan 15 bulan Hijriah. Selama puasa itu dijalankan dengan baik sesuai dengan sunnah Rasulullah s.a.w. dan tidak berlaku adegan ‘balas dendam’ saat berbuka puasa; maka kesanngupan kita berpuasa begitu bererti kita melakukan ‘energy saving’ yang luar biasa dan menghayati 2 karakter terpuji iaitu syukur dan sabar.
.
#SihatSecaraHolistik
#Puasa
#SetiapPenyakitAdaUbatnya
#TipSihat
#DeIeman


RUMAH BEKAM D' IEMAN

RUMAH BEKAM D' IEMAN
Pusat Latihan Herbalis & Rawatan Holistik (Kerohanian) Yang Unggul Di Dunia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails