Thursday, March 29, 2018

PATI ATAU JUS DELIMA ?? YANG MANAKAH PILIHAN ANDA ?

PATI ATAU JUS DELIMA ?? YANG MANAKAH PILIHAN ANDA ?
Perbezaan yang ketara antara pati delima dan jus delima Olive House ialah level khasiat dalamnya.
Antioksida yang merupakan salah satu khasiat pati delima telah berkurangan sedikit berbanding Jus Delima.
Ini terjadi hasil daripada kerana kesan dari proses evaporation. Ianya merupakan jus delima yang direbus menjadi pekat, 100% organik tanpa sebarang perasa, gula, dan warna tambahan. Process ini bagi menjadikan Jus delima tersebut lalu menjadikan ia lebih pekat & menjadi pati. Walau bagaimanapun, ia masih lagi tetap baik dan berkhasiat untuk diamalkan pati delima. Ia bergantung kepada keperluan badan seseorang.
On the other part, Pati delima mempunyai kadar Potassium yang lebih tinggi dalam pati delima berbanding jus delima. Khasiat Pati Delima ini menjadikan ianya diminati sesetengah pengamal Permakanan Qurani. Proses evaporation & sejatan ini akan melikatkan lagi nilai potassium didalam Pati Delima.
Antioksida namanya PUNICALAGIN ada banyak dalam Pati Delima berbanding Jus Delima.
Khasiat Pati Delima
- bertindak sebagai antikeradangan dan membantu merawat sengal-sengal di badan, sakit pinggang, lutut dan sebagainya.
- menjadikan ia sebagai antibiotik organic (semula jadi) yakni ketahanan tubuh badan yang sangat baik.
😍 Khasiat #Jus Delima Organic Olive House 😍
• Jus delima organik yang tidak ditapis dengan menggunakan teknologi ‘direct extraction’ bagi mengelakkan penapisan tambahan dan meminimumkan kesan pempasturan.
• Ini menjadikannya kaya dengan kandungan vitamin dan mikro elemen serta memberikan rasa tajam dan masam semulajadi.
• Sangat kaya dengan kandungan tannin asid yang baik untuk merawat cirit-birit (diarrhea) dan membantu menyembuhkan sakit tekak serta stomatitis (keradangan membran mukus di dalam mulut).
• Jus delima organik juga mempunyai 15 asid amino yang terdiri daripada 6 asid amino penting yang tidak dihasilkan oleh badan.
😍#Khasiat #Pati #Delima Olive House😍
• Kaya dengan potassium yang memberi kesan positif kepada jantung dan sistem kardiovaskular.
• Pati delima juga membantu meningkatkan jumlah hemoglobin di dalam darah. Disyorkan bagi mereka yang menghidap anemia, darah tinggi, dan mengalami masalah pada sistem urinary.
.
PRODUK OLIVE HOUSE SEMEMANGNYA 100% ORGANIK DAN DIIKTIRAF SECARA SAINTIFIK 🌿
------------------------------------------------------
ISTIMEWANYA PRODUK OLIVE HOUSE adalah IANYA 100% ORGANIK, SERTA
Tanpa PENGAWET
Tanpa,PEWARNA
Tanpa GULA
Tanpa CAMPURAN KIMIA
Dan BUKAN PRODUCT GMO - (disuntik)
..................................................................
DAPATKAN SEKARANG >>
Hubungi kami segera untuk maklumat lanjut
Hotline :01129066915 (Abdullah)
Hotline :01129066915 (Abdullah)
Hotline :01129066915 (Abdullah)

Tempat: Pusat Terapi De Ieman, Hulu Langat.

WeBeginWithNature
Pencetus Senyuman Semulajadi

Thursday, March 22, 2018

Kelas dan Kursus di De ieman Hulu Langat

3 program terdekat di De ieman, Hulu Langat: Khas untuk mereka yang ingin mengetahui ilmu perubatan melayu dan perawat
1- Kelas Perubatan JAWI PERCUMA; 23 mac 2018,
Jumaat 9 malam (2 Jam)
https://chat.whatsapp.com/J89FWGxbJpk0tSN5ZPEC0p
2- Kursus Pembetulan Tulang Belakang; 24 mac 2018, Sabtu (1 hari)
https://chat.whatsapp.com/GLF8A89pLrW1St3b4RbR9x
3- Kursus IRIDOLOGI GUNAAN; 1 april 2018, (Ahad 1 hari)
https://chat.whatsapp.com/8K8d6zbO2Tk5RfEzv1xpkX
SILA KLIK LINK YANG BERKAITAN UNTUK IKUTI PERKEMBANGAN


Rasulullah s.a.w. bersabda yang mahfumnya,"Sesungguhnya Allah itu baik dan menyukai kebaikan, bersih dan menyukai kebersihan, mulia dan menyukai kemuliaan, murah hati dan menyukai kemurahan hati. Jadi, bersihkan laman kamu dan jangan menyerupai orang Yahudi." Orang Yahudi terkenal sebagai golongan yang kurang mengambil berat tentang kebersihan sedangkan Islam mementingkan kebersihan halaman. #TipSihat349
.
Dijemput kepada semua yang boleh melapangkan masa pada 23hb Mac, 2018 (Jumaat) jam 9:00 malam untuk mengikuti Kelas Perubatan JAWI PERCUMA di Pusat Terapi De Ieman, Hulu Langat. Selangor. Sila KLIK link berikut untuk ikuti kelas:
https://chat.whatsapp.com/J89FWGxbJpk0tSN5ZPEC0p

Monday, March 12, 2018

Tip Sihat De ieman Menyembuhkan penyakit dengan berpuasa

BERPUASALAH SUPAYA KAMU SIHAT
.
PENGENALAN
Tidak pernah lagi ditemui orang yang mati ataupun jatuh sakit akibat daripada berpuasa pada bulan Ramadhan. Apabila seseorang itu benar-benar sakit, dari awal lagi Allah swt sudah membolehkan mereka tidak berpuasa dan menggantikannya dengan membayar fidyah seperti firman-NYA dalam surah al-Baqarah ayat 184.
.
Amalan berpuasa juga dilakukan pelbagai flora dan fauna di alam ini. Terdapat pelbagai situasi di mana tumbuh-tumbuhan memilih tidak menyerap unsur fotosintesisnya. Haiwan reptilia dan mamalia juga melakukan ‘mogok lapar’ selama beberapa waktu. Selepas tempoh tersebut, makhluk-makhluk tadi menjalani 'peremajaan sel' misalnya ular berganti kulit baru dan tumbuh-tumbuhan memunculkan daun-daun baru yang lebih segar. Sudah menjadi fenomena alam iaitu naluri pertama makhluk Allah dalam menjaga hidupnya apabila terkena sesuatu penyakit adalah menurunkan nafsu makan. Mekanisma awal ini berlaku supaya tubuh makhluk itu dapat memfokuskan seluruh tenaga miliknya kepada memperkuatkan daya tahan tubuh tanpa perlu membahagikan tenaganya kepada proses penghadaman dan pencernaan.
.
KESAN PUASA KEPADA SISTEM PENGHADAMAN
Organ utama yang dipengaruhi ketika berpuasa adalah saluran penghadaman, pencernaan dan fungsi metabolik badan. Walaupun begitu sistem-sistem lain juga ikut terpengaruh. Sistem saluran penghadaman ini sebenarnya tidak pernah berhenti bekerja. Gerakan peristalsis yang dilakukan usus berlangsung selama 24 jam sehari. Sedangkan rangkaian proses pencernaan itu sendiri berlangsung selama 6 hingga 8 jam. Bererti apabila kita makan 3 kali sehari, sebenarnya perut kita memang tidak pernah berehat.
.
Terdapat beratus proses kimia dalam organ-organ pencernaan yang beroperasi secara terus menerus dan sudah pasti memerlukan jumlah tenaga yang besar. Dari segi penyembuhan tubuh, tindakan mengurangkan beban pencernaan dengan merehatkan saluran penghadaman sementara waktu dapat mengalihkan sebahagian tenaga yang digunakan 24 jam bagi proses pencernaan tadi kepada proses penyembuhan tubuh.
Ketika sakit antara gejala umum yang kita alami adalah menurunnya nafsu makan. Ini suatu mekanisma tubuh yang Allah swt wujudkan supaya tenaga dapat difokuskan pada sistem imun dan tidak dipakai dalam sistem penghadaman dan pencernaan. Sekiranya mesin-mesin mekanikal dan pesawat pun memerlukan masa rehat, begitu juga saluran penghadaman kita.
.
Pada tahun 1975, Allan Cott dalam artikelnya “Fasting as a way of life” mencatatkan, puasa memberikan masa rehat fisiologi menyeluruh kepada sistem penghadaman dan pencernaan, sistem saraf pusat dan menormalisasikan metabolisma tubuh. Tubuh manusia sentiasa merehabilitasikan dirinya begitu juga sel-sel secara tetap mengalami proses rehabilitasi atau regenerasi.
.
Regenerasi pada peringkat selular itu adalah proses rutin yang bertujuan menggantikan sel-sel yang sudah lama ataupun rosak kerana faktor-faktor seperti usia, penyakit, trauma kimia atau mekanikal, aktiviti yang berlebihan dan sebagainya. Dianggarkan 17 juta sel lahir setiap hari bagi menggantikan sel-sel yang sudah using ataupun mati, sama nilainya dengan 30 gram protein setiap hari. Disebabkan proses regenerasi ini, dalam setiap 4 atau 5 tahun seluruh tubuh kita sebenarnya sudah berganti baru. Diri kita bukanlah terdiri daripada komponen-komponen fizikal yang terdahulu lagi.
.
Penyakit-penyakit degenerative wujud daripada kegagalan proses regenerasi yang seimbang. Penyakit-penyakit seperti kencing manis adalah bentuk kegagalan regenerasi sel-sel di pankreas. Kerosakan lain seperti sirosis hepatitis atau infark myokard di mana jaringan hati dan dinding jantung digantikan dengan jaringan parut. Ini adalah gambaran anatomi bagaimana proses regenerasi sel itu gagal sehingga kerosakan organ itu sukar diperbaiki lagi.
.
Semua jenis neoplasma atau sel kanser juga adalah bentuk lain kegagalan regenerasi, di mana kelajuan pertumbuhan dan perkembangan sel yang mengalami anomaly itu tidak dapat dikendalikan dengan wajar. Sebarang penyakit cepat pulih apabila proses regenerasi ini berlangsung dengan baik dan sempurna. Regenerasi yang berlaku dengan optimum, efektif, efisen dan pada kadar yang tetap adalah prasyarat tubuh yang sihat dan terpelihara dengan baik.
.
Tepat sekali apabila Rasulullah s.a.w mengatakan, “Perut itu gudang penyakit”. Perut adalah saluran penghadaman dan pencernaan manusia, ibarat ruang yang terbuka begitu sahaja. Daripada mulut sehingga anus sebenarnya saluran ini tidak memiliki sebarang pintu yang definitive sehingga menjadi pintu masuk bagi pelbagai penyakit. Malah di hospital dan klinik, secara umumnya gangguan saluran penghadaman berada di antara ‘Top 5’ penyakit yang dideritai pesakit.
.
Puasa di bulan Ramadhan adalah peluang bagi kita mengatur dan melatih diri secara spiritual. Dari segi kesihatan jasmani, ia adalah saat di mana kita dpat merehatkan saluran penghadaman dan pencernaan kita. Disamping puasa pada bulan Ramadhan, masih banyak lagi sunnah lain yang juga dianjurkan, seperti puasa hari Isnin dan Khamis, ‘puasa Nabi Daud’ iaitu sehari berpuasa dan sehari tidak, puasa enam hari di bulan syawal dan juga puasa puteh pada 13, 14 dan 15 bulan Hijriah. Selama puasa itu dijalankan dengan baik sesuai dengan sunnah Rasulullah s.a.w. dan tidak berlaku adegan ‘balas dendam’ saat berbuka puasa; maka kesanngupan kita berpuasa begitu bererti kita melakukan ‘energy saving’ yang luar biasa dan menghayati 2 karakter terpuji iaitu syukur dan sabar.
.
#SihatSecaraHolistik
#Puasa
#SetiapPenyakitAdaUbatnya
#TipSihat
#DeIeman


Monday, March 5, 2018

10 Kebaikan Sinergi Madu Asli dan Serbuk Kayu Manis

Dalam al-Qannun fi at-Tibb, Ibnu Sina membahagikan metabolisma makanan 'panas' atau 'sejuk' kepada 4 peringkat. Makanan yang dikategorikan peringkat pertama adalah makanan yang mempengaruhi jasmani tetapi tidak jelas ataupun kesannya langsung tidak dirasai.

Makanan peringkat metabolisma kedua menyebabkan perubahan metabolisma tubuh tetapi akhirnya dapat dikuasai tubuh. Semua nutrien termasuk dalam kategori ini. Daripada segi jasmani, selepas makanan peringkat kedua ini dimakan, kesannya memang terasa. Contohnya, badan terasa panas. Nutrien tidak digunakan sebagai ubat tetapi sebagai cara awal menangani masalah kesihatan. Contoh makanan peringkat kedua adalah kurma, kacang walnut dan bijan.

Makanan peringkat metabolisma ketiga memiliki ciri tidak dipengaruhi tubuh, malah ia pula yang mempengaruhi tubuh. Semua ubat termasuk dalam kategori ini. Jadi kita perlu berhati-hati apabila memakan makanan kategori ini. Memakan makanan dalam kategori ini secara berterusan boleh menyebabkan tekanan kepada fungsi-fungsi di dalam tubuh. Oleh itu ubat tradisional sekalipun mempunyai dos dan tempoh penggunaan yang tetap. Contoh makanan dalam kategori ini ialah jintan hitam, kayu manis, kunyit, hempedu bumi dan bawang putih.

Makanan peringkat metabolisma keempt adalah makanan yang dapat menghentikan fungsi tubuh. Makanan yang termasuk dalam kategori ini adalah toksik dan sebahagian ubat berasaskan kimia. Ubat berasaskan kimia adalah bahan yang dapt memberikan tekanan kepada fungsi-fungsi di dalam tubuh. Terdapat beberapa jenis herba yang tergolong dalam kategori toksik. Jadi, ia hanya boleh digunakan di bawah pengawasan doktor ataupun ahli perubatan yang menguasai perubatan herba. Contoh makanan peringkat metabolisma keempat ialah kunyit putih, keladi tikus, kemunting cina, pegaga, ubi kayu dan benalu.

Perubatan nabi berdasarkan 3 falsafah:
1- Setiap penyakit ada ubatnya,
2- Orang yang sakit wajib mengubati penyakitnya, dan
3- Kewujudan pengamal perubatan sebagi fardu kifayah.

Pada masa yang sama, kita perlu memantapkan kefahaman mengenai asas-asas perubatan Islami. Keyakinan yang jitu bahawa diri kita tidak ada kuasa untuk menyembuhkan penyakit melainkan dengan izin Allah di samping memastikan kecukupan makanan dan keseimbangan komposisi nutriennya.

10 Kebaikan Sinergi Madu Asli dan Serbuk Kayu Manis

Kedua-dua herba tersebut termasuk di dalam kategori herba bersifat panas dan kering (Unsur API). Madu dalam kategori makanan peringkat metabolisma kedua sementara kayu manis tergolong dalam kategori makanan peringkat metabolisma ketiga. Ambil kayu manis jenis ceylon, yang terbaik berbanding kayu manis cassia yanag banyak dalam pasaran; dimasukkan ke dalam air suam (suhu lebih kurang 40 ke 45 darjah celsius) dan bancuh. Biarkan sejuk, baru ditambahkan dengan madu asli 1 sudu kecil. Boleh diambil 2 kali sehari, dan pastikan minum air kosong yang secukupnya; setiap 25kg berat badan perlu minum 1 liter air kosong atau air 'putih'. In shaa ALLAH ada kesembuhan dengan izin ALLAH. Jangan lupa DOA kepada ALLAH minta kesembuhan melalui Al-Fatihah dan SELAWAT.

Alhamdulillah. Allah berkata yang maksudnya,"Janganlah kamu berasa rendah diri dan jangan pula kamu berasa sedih. Sesungguhnya kedudukan kamu tinggi di depanKU apabila kamu menjadi mukmin." Ayat ini memberikan semangat kepada yang beriman. Seberat mana pun ujian yang menimpa, ia begitu kecil apabila dibandingakan dengan kedudukan tinggi yang ditawarkan Allah. Jiwa yang diresapi penghargaan menggerakkan semangat. Semangat pula mewujudkan keghairahan hidup dan menyihatkan badan.



Memahami apa yang berlaku dalam tubuh apabila kandungan gula (glukos) dalam darah berlebih ataupun berkurang

Hari ini, mari kita cuba memahami apa yang berlaku dalam tubuh apabila kandungan gula (glukos) dalam darah berlebih ataupun berkurang.
Hati

Dalam istilah perubatan moden, anterior dan posterior merupakan sinonim daripada ventral (permukaan depan) dan dorsal (permukaan belakang). Istilah-istilah ini hanya digunakan untuk orang dalam keadaan berdiri tegak atau ‘posisi anatomi’.
SIROSIS

SIROSIS (Cirrhosis) adalah keadaan di mana hati tidak berfungsi dengan baik kerana kerosakan jangka panjang. Kerosakan ini ditunjukkan dengan penggantian tisu hati normal oleh tisu parut. 

Biasanya, penyakit ini berkembang dengan perlahan selama berbulan-bulan atau tahun akibat pengumpulan racun. Pada awal, sering terdapat gejala. Apabila penyakit bertambah buruk, seseorang akan menjadi letih, lemah, gatal, bengkak di kaki bawah, mengembangkan kulit kuning, mudah lebam, mempunyai bendalir membina di dalam perut, atau mengembangkan saluran darah seperti laba-laba pada kulit. 

Pembentukan cecair di dalam perut boleh menjadi dijangkiti secara spontan. Komplikasi lain termasuk encephalopathy hepatic, pendarahan daripada urat dilipat di esophagus atau urat perut dilat, dan kanser hati. Encephalopathy hepatik mengakibatkan kekeliruan dan boleh menyebabkan ketidaksadaran.



MAHA SUCI ALLAH SWT yang telah menjadikan sesuatu tidak sia-sia.

Apabila glukos berlebihan, sel beta di dalam pankreas dirangsang untuk mengeluarkan insulin untuk menguruskan glukos yang berlebihan. Sebahagian glukos akan diserap oleh sel tubuh manakala bakinya akan disimpan di dalam hati sebagai glikogen.

Apabila paras glukos di dalam tubuh merosot atau berlaku kekurangan, sel alfa di dalam pankreas diransang untuk mengeluarkan 'glucagon' ke dalam saluran darah dan seterusnya menyebabkan hati akan melepaskan glikogen menjadi glukos untuk dimanfaatkan oleh sel-sel di dalam tubuh.

Sebenarnya semua kerosakan pada diri manusia dan persekitarannya disebabkan manusia cuba menyaingi kemampuan Tuhan. Ya memang Allah memberikan pelbagai kemampuan kepada manusia sesuai dengan peranan mereka sebagai wakilnya dibumi. Namun begitu, manusia menyalahgunakan kemampuan mereka hingga menimbulkan kerosakan di muka bumi. Salah satu kerosakan yang mereka alami sendiri adalah kerosakan badan kerana disebabkan mereka memasukkan makanan dan minuman yang bukan-bukan ke dalam tubuh. Ini dengan tujuan memuaskan kehendak (nafsu). Contohnya memakan banyak ubat kimia hingga mengganggu sistem tubuh dan kesihatan.

#SetiapPenyakitAdaUbatnya
#SihatSecaraHolistik
#TipSihat
#DeIeman


Thursday, March 1, 2018

Kenapa kita selalu merasa sakit di tulang belakang?

Bagaimana fungsi tulang belakang disambungkan ke saraf organ dalaman dan tanda-tanda sakit pada setiap tulang belakang

Ini kerana semua organ kita menerima mesej dari otak kita melalui saraf tunjang kita. Paru-paru tahu bernafas masuk dan keluar kerana mesej yang mereka terima dari otak. Jantung berdegup kerana mesej ini juga. Setiap organ di dalam badan kita disambungkan ke otak dan menyekat sambungan ini-walaupun sedikit-boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius.

Saraf tunjang ialah seberkas tisu saraf dan sel-sel sokongan yang panjang, tirus dan berbentuk tiub, yang bersambung dengan otak untuk membentuk sistem saraf pusat, serta memanjang hingga ke ruang di antara vertebra lumbar pertama dan kedua, dengan jumlah panjangnya sekitar 45 cm (18 inci) untuk lelaki dan sekitar 43 cm (17 inci) untuk perempuan. Saraf tunjang dilitupi oleh turus vertebra yang ertulang sebagai perlindungan. Saraf tunjang berfungsi terutamanya dalam pemancaran isyarat sarafantara otak dan seluruh badan, tetapi juga mengandungi litar saraf yang dengan sendirinya boleh mengawal berbilang-bilang refleks dan penjana corak pusat. WIKITPIDIA

Tanda-tanda awal sakit belakang berkaitan dengan tulang belakang dan saraf diantara tulang

1. Rasa sakit seperti menyusuk jarum pada point tertentu
2. Tidak selesa apabila duduk atau berdiri
3. Tidak selesa atau sakit dibahagian tertentu seperti dibelakang leher, di belikat atau di pinggang
4. Badan menjadi bongkok atau jalan tidak lurus sama ada bentuk badan menyeget
5. Tapak kasut sebelah kanan atau kiri haus dengan cepat
6. Hujung seluar sebelah kanan atau kiri cepat konyak dihujung seluar


Tanda-tanda sakit pada tulang belakang


Tanda sakit di tulang belakang dan organ dalaman yang berkaitan


Boleh lihat di setiap tulang belakang ada saraf yang disambung pada setiap organ dalaman dan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius

Perkara yang boleh menyebabkan terjadi perkara di atas dengan melihat sejarah pesakit

1. Eksiden sama ada dari jatuh basikal sehingga eksidan kemalangan
Setiap kesan dari eksiden boleh memberikan kesan kepada tulang belakang walaupun terjadi pada masa kecil.
2. Jatuh terduduk sama ada masa buat kerja berat atau mengangkat benda berat tanpa ada kekuda yang kuat. Selalu terjadi pada orang berumur 20-an keatas
3. Kedudakan badan masa duduk berkerja ofis kesan pada pinggang dan bahu
4. Memakai bag sling sebelah bahu sahaja kesan yang panjang pada bahu dan belikat
5. Bermain sukan tanpa ada warm up yang betul dan secukupnya. Warm up yang ideal dalam 10-15 minit sebelum sukan. MESTI mengikut step yang betul mengikut kiraan yang betul.
6. Simpan dompet dibelakang kesan pada tulang pinggang
7. Simpan buku dalam bag sekolah tanpa mengira berat yang sesuai dengan tubuh badan anak-anak. Banyak yang terjadi sakit belakang dalam umur 10-20. Ibubapa sila ambil berat tentang kesihatan anak.
8. Pemakanan yang tidak sihat seperti junk food dan gula putih diberikan pada anak-anak boleh menyebabkan tulang belakang tidak menerima nutrient yang cukup.

Berapa kali kena buat rawatan untuk saya sembuh?

Setiap orang berbeza kesan yang berlaku pada tulang belakang dan rawatan juga berbeza.
Ada sekali rawatan sembuh dengan izin Allah swt.
Ada 7 kali rawatan baru sembuh
Ada 14 kali rawatan baru sembuh
Yang penting ada semangat ingin sembuh

Rawatan yang bagus adalah dari pesakit itu sendiri

1. Exercise yang betul setiap hari
2. Pemakanan yang membantu tulang belakang menjadi kuat kembali contohnya ubi kayu kuning  direbus
3. Dapatkan terapi renggangan badan dari perawat setiap minggu sama ada daripada phisioterapi, chiropraktor, yumeiho, atau zamathera
4. Jangan berputus asa, ingat bahawa setiap penyakit ada ubat

Sebarang pertanyaan boleh wasap kami 01129066915







RUMAH BEKAM D' IEMAN

RUMAH BEKAM D' IEMAN
Pusat Latihan Herbalis & Rawatan Holistik (Kerohanian) Yang Unggul Di Dunia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails