Ini kerana semua organ kita menerima mesej dari otak kita melalui saraf tunjang kita. Paru-paru tahu bernafas masuk dan keluar kerana mesej yang mereka terima dari otak. Jantung berdegup kerana mesej ini juga. Setiap organ di dalam badan kita disambungkan ke otak dan menyekat sambungan ini-walaupun sedikit-boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius.
Saraf tunjang ialah seberkas tisu saraf dan sel-sel sokongan yang panjang, tirus dan berbentuk tiub, yang bersambung dengan otak untuk membentuk sistem saraf pusat, serta memanjang hingga ke ruang di antara vertebra lumbar pertama dan kedua, dengan jumlah panjangnya sekitar 45 cm (18 inci) untuk lelaki dan sekitar 43 cm (17 inci) untuk perempuan. Saraf tunjang dilitupi oleh turus vertebra yang ertulang sebagai perlindungan. Saraf tunjang berfungsi terutamanya dalam pemancaran isyarat sarafantara otak dan seluruh badan, tetapi juga mengandungi litar saraf yang dengan sendirinya boleh mengawal berbilang-bilang refleks dan penjana corak pusat. WIKITPIDIA
Tanda-tanda awal sakit belakang berkaitan dengan tulang belakang dan saraf diantara tulang
1. Rasa sakit seperti menyusuk jarum pada point tertentu
2. Tidak selesa apabila duduk atau berdiri
3. Tidak selesa atau sakit dibahagian tertentu seperti dibelakang leher, di belikat atau di pinggang
4. Badan menjadi bongkok atau jalan tidak lurus sama ada bentuk badan menyeget
5. Tapak kasut sebelah kanan atau kiri haus dengan cepat
6. Hujung seluar sebelah kanan atau kiri cepat konyak dihujung seluar
Tanda-tanda sakit pada tulang belakang
Tanda sakit di tulang belakang dan organ dalaman yang berkaitan
Boleh lihat di setiap tulang belakang ada saraf yang disambung pada setiap organ dalaman dan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius
Perkara yang boleh menyebabkan terjadi perkara di atas dengan melihat sejarah pesakit
1. Eksiden sama ada dari jatuh basikal sehingga eksidan kemalangan
Setiap kesan dari eksiden boleh memberikan kesan kepada tulang belakang walaupun terjadi pada masa kecil.
2. Jatuh terduduk sama ada masa buat kerja berat atau mengangkat benda berat tanpa ada kekuda yang kuat. Selalu terjadi pada orang berumur 20-an keatas
3. Kedudakan badan masa duduk berkerja ofis kesan pada pinggang dan bahu
4. Memakai bag sling sebelah bahu sahaja kesan yang panjang pada bahu dan belikat
5. Bermain sukan tanpa ada warm up yang betul dan secukupnya. Warm up yang ideal dalam 10-15 minit sebelum sukan. MESTI mengikut step yang betul mengikut kiraan yang betul.
6. Simpan dompet dibelakang kesan pada tulang pinggang
7. Simpan buku dalam bag sekolah tanpa mengira berat yang sesuai dengan tubuh badan anak-anak. Banyak yang terjadi sakit belakang dalam umur 10-20. Ibubapa sila ambil berat tentang kesihatan anak.
8. Pemakanan yang tidak sihat seperti junk food dan gula putih diberikan pada anak-anak boleh menyebabkan tulang belakang tidak menerima nutrient yang cukup.
Berapa kali kena buat rawatan untuk saya sembuh?
Setiap orang berbeza kesan yang berlaku pada tulang belakang dan rawatan juga berbeza.
Ada sekali rawatan sembuh dengan izin Allah swt.
Ada 7 kali rawatan baru sembuh
Ada 14 kali rawatan baru sembuh
Yang penting ada semangat ingin sembuh
Rawatan yang bagus adalah dari pesakit itu sendiri
1. Exercise yang betul setiap hari
2. Pemakanan yang membantu tulang belakang menjadi kuat kembali contohnya ubi kayu kuning direbus
3. Dapatkan terapi renggangan badan dari perawat setiap minggu sama ada daripada phisioterapi, chiropraktor, yumeiho, atau zamathera
4. Jangan berputus asa, ingat bahawa setiap penyakit ada ubat
Sebarang pertanyaan boleh wasap kami 01129066915
No comments:
Post a Comment