WAKTU YANG TERBAIK UNTUK BERBEKAM
Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21 bulan hijriah maka itu adalah hari-hari yang menyembuhkan segala macam penyakit".
ISNIN 13 – 01 – 2020
17 JUMADIL AWAL 1441H
17 JUMADIL AWAL 1441H
RABU 15 – 01 – 2020
19 JUMADIL AWAL 1441H
19 JUMADIL AWAL 1441H
JUMAAT 17 – 01 – 2020
21 JUMADIL AWAL 1441H
21 JUMADIL AWAL 1441H
Imam Sayuti RH berpendapat bahawa berbekam pada tanggal-tanggal seperti di
atas memang baik bila badan dalam keadaan sihat, tetapi jika orang yang
berkaitan sedang sakit atau sangat memerlukan perawatan dengan cepat, kita
tidak harus mengikuti tanggal-tanggal tersebut.
Orang-orang
soleh dahulu seperti Imam Ahmad rahmatullah alaihi berbekam apabila darah
beliau sedang membengkak. Sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Musa Al Ansyari R.A
berbekam diwaktu malam hari.
Ibnu Sina di
dalam kitabnya "Al Qanun fii Thibb" menyebut mengenai waktu yang
terbaik untuk berbekam iaitu di antara jam 2 dan 3 petang kerana pada waktu
tersebut saluran darah sedang mengembang dan darah-darah yang mengandungi
toksid sangat sesuai untuk dikeluarkan.
HARI YANG SESUAI BERBEKAM
Dari Nafi’ dari
Ibnu Umar RA yang berkata, “Wahai Nafi’, berbekamlah dengan berkah dari ALLAH pada
hari Khamis, berupayalah menghindari berbekam pada hari Rabu, Jumaat dan Sabtu.
Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa, kerana itu merupakan hari di mana Ayyub
disembuhkan dari bala’ dan ALLAH menimpakan bala’ kepadanya pada hari Rabu,
kerana sesungguhnya penyakit kusta dan belang mulai muncul selalu pada hari
Rabu atau malam Rabu.”
Sebagai seorang
herbalis Muslim, kita harus menolong mereka yang memerlukan pertolongan tanpa
mengira masa, pangkat dan golongan dengan ilmu yang telah Allah SWT anugerahkan
kepada kita.
Berilah
sentuhan-sentuhan ilahiah serta memohon kepada-NYA, kerana berbekam seperti
juga meminum ubat hanyalah suatu cara pengubatan, sedangkan yang menyembuhkan
adalah Allah SWT yang bersifat Asy Syafi.
Disebabkan bekam
adalah sunnah Rasulullah S.A.W maka ianya mempunyai suatu rahsia dan hikmah
yang luar biasa dari segi pengamalannya dan bagi umat Islam yang yaqin
dengannya, pasti membawa kebaikkan yang banyak.
Sabda Rasulullah
S.A.W , “Barangsiapa
menghidupkan sunnahku sesungguhnya dia mencintai aku, barangsiapa mencintai aku
sesungguhnya dia bersama aku didalam syurga” [HR Abu Daud].
Untuk pertanyaan dan rawatan
De ieman - Sihat Secara Holistik
Mencegah lebih baik dari berubat
Mencegah lebih baik dari berubat
No comments:
Post a Comment