Thursday, September 25, 2008

KONSEP PERUBATAN JAWI



PENGENALAN

Di dalam ketamadunan Islam dan sejarah perkembangannya, bidang teknologi perubatan telah lama dipraktik dan diamalkan oleh masyarakat terdahulu. Seorang tokoh perubatan Islam terkenal, Abu Ali Al Hussain Ibnu Abdullah (Ibnu Sina) menyatakan bahawa “Tujuan perubatan ialah untuk memelihara kesihatan yang sedia ada dan juga untuk mengembalikan kesihatan ketika hilang”

Perubatan merangkumi 2 perspektif utama iaitu:
  1. Perubatan Kawal-Cegah.
  2. Perubatan Rawatan.
Sebagaimana Islam memberi keutamaan kepada aqidah, ia juga memberikan perhatian kepada bidang perubatan samada Perubatan Rawatan atau Perubatan Kawal-Cegah, sekali pun perhatiannya terhadap Kawal-Cegah itu lebih banyak. Sesungguhnya satu dirham untuk kawalan pencegahan dan berpantang itu lebih baik daripada wang yang bertimbun-timbun untuk berubat.

Islam mewajibkan setiap manusia memberikan hak yang sewajarnya kepada tubuh badannya. Diantaranya ialah merawatinya ketika ia sakit. Baginda Nabi Muhammad s.a.w. dalam beberapa hadisnya memerintahkan supaya orang yang sakit mendapatkan rawatan dengan berubat untuk menyembuhkan penyakitnya. Sabda Baginda Nabi Muhammad s.a.w. “ Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menurunkan penyakit dan ubat, dan menjadikan untuk kamu bahawa setiap penyakit ada ubatnya. Oleh kerana itu, berubatlah tetapi jangan berubat dengan yang haram” .

Nabi s.a.w. sendiri berubat untuk dirinya dan menyuruh keluarga dan sahabatnya yang dihinggapi penyakit supaya berubat.

KAEDAH PERAWATAN ISLAM

Dalam kaedah perawatan Islam, unsur yang dapat menyembuhkan bukanlah ramuan ubat semata-mata tetapi juga unsur harapan kepada Allah s.w.t. yang tidak akan mensia-siakan orang yang bergantung kepadaNya. Setiap kali putusnya harapan dan cita-cita, maka sulit lagilah pesakit itu akan sembuh. Sesungguhnya rawatan yang hakiki mestilah merangkumi jasmani dan rohani sekali gus. Dengan pendekatan ini ramai para tabib atau doktor telah membuktikan mereka mampu merawat pesakit mereka dengan lebih sempurna dan sewajarnya. Akhirnya mereka telah menghasilkan keputusan yang cemerlang.

Maka selepas beberapa penyiasatan dan renungan yang mendalam, mereka telah membina satu falsafah baru mengenai rawatan ini diatas asas berikut:

  1. Pengetahuan dalam bidang ilmu perubatan.
  2. Pegangan dan kepercayaan kepada Allah s.w.t.
Manakala rawatan secara fizikal adalah menggunakan ubat-ubatan dan memanafaatkan pengetahuan dalam bidang ilmu perubatan. Rawatan jenis ini adalah diakui oleh Islam bahkan ada diantaranya disebut dalam Al Quran dan Hadis Nabi s.a.w.. Kesimpulannya, mendapatkan rawatan adalah dituntut oleh Islam sebagai satu langkah untuk memelihara dan menjaga nikmat kesihatan dan keselamatan tubuh badan.

Dalam hal ini, Islam mengajar melalui petunjuk Rasulullah s.a.w.; bukan sekadar memberi galakan kepada orang sakit supaya mendapat rawatan, tetapi juga telah mengemukakan satu pendekatan terbaik untuk merawat penyakit iaitu pendekatan bersepadu yang menggabungkan usaha secara jasmani dan rohani. Islam juga terlalu menitik beratkan akan menjaga kebersihan kerana ia adalah tabiat pencegahan terbaik dalam menjaga kedua-duanya.

Perubatan Nabawi lebih bersifat "Pencegahan", mengatur manusia kepada disiplin-disiplin tertentu supaya mereka tidak ditimpa penyakit. Islam tidak hanya melihat penyakit dalam bentuk zahiriah sahaja, malah lebih bahaya dari itu ialah penyakit-penyakit rohaniah.Rasulullah S.A.W. bersabda, "Kami satu kaum yang makan bila lapar dan kami makan tidaklah sampai kenyang."

Didalam kontek penyebaran dakwah Islam juga ditegaskan dengan satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim iaitu “Seorang mukmin yang kuat itu lebih baik daripada mukmin yang lemah, tetapi kedua-duanya adalah baik”.

PRINSIP PERUBATAN ISLAM

  1. Prinsip Keyakinan: Hakikat penyembuhan itu dari Allah S.W.T. yang bersifat Asy-Syafi (Maha Penyembuh)
  2. Prinsip Pengubatan: Merawat pesakit secara ihsan mengikut syariah Islam dan tidak berbau tahayul, kurafat dan bidaah.
  3. Menggunakan bahan yang diyakini suci dan halal dan tidak sekali-kali menggunakan bahan yang nyata haramnya dan yang subhat.
  4. Menggunakan bahan yang tidak membawa mudharat (bahaya) dan boleh mencacatkan tubuh.
  5. Prinsip mencari yang lebih baik berdasarkan kaedah Islam dan ilmu perubatan.
  6. Mengambil sebab melalui ikhtiar (berusha) serta tawakkal (berserah diri).
KONSEP PERUBATAN JAWI

1- Pastikan semua organ penyingkiran (usus, ginjal, paru-paru, kulit dan hati) berfungsi dengan baik dan proses pembuangan bahan kotoran seperti pembuangan air besar, pembuangan air kecil, perpeluhan dan kitaran haid untuk wanita tidak tersumbat.

2- Mengawal kemasukan sesuatu ke dalam badan samada dengan cara mengurangkan pengambilannya atau dengan berpantang terutama bila telah disahkan terdapat penyakit.

3- Memastikan peredaran darah dan cecair limfatik di dalam badan berjalan lancar.

SEMUGA CATATAN YANG RINGKAS INI MENJADI PEMBUKA MINDA KEPADA MEREKA YANG INGIN MENDALAMI ILMU PERUBATAN ISLAM BERASASKAN HERBA.

No comments:

Post a Comment

RUMAH BEKAM D' IEMAN

RUMAH BEKAM D' IEMAN
Pusat Latihan Herbalis & Rawatan Holistik (Kerohanian) Yang Unggul Di Dunia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails