Tuesday, November 14, 2017

Apa Itu Bekam, Hijamah?

Mukaddimah 

Apa Itu Bekam?

Apabila seseorang sakit, dia tidak sepatutnya berasa kecewa; sebaliknya hendaklah bersyukur kepada Allah SWT kerana sakit adalah merupakan tanda kasih sayang Allah SWT kepada hamba-NYA. Pesakit hendaklah berusaha mendapatkan penawarnya dan mendapatkan rawatan yang sewajarnya kerana ia juga termasuk dalam ibadah.


Sabda baginda nabi Muhammad SAW, "Sesungguhnya Allah SWT telah menurunkan penyakit dan ubat, dan menjadikan untuk kamu bahawa setiap penyakit ada ubatnya. Oleh kerana itu berubatlah tetapi jangan dengan yang haram".


Semenjak dahulu lagi manusia telah berusaha mencari kesihatan yang berkualiti dan umur yang berpanjangan. Sebagai ummat Rasulullah SAW, kita sangat beruntung kerana mempunyai contoh ikutan yang terbaik pernah dilahirkan di atas muka bumi ini, iaitu Nabi Muhammad SAW. Sebagai rahmatul 'alamin, baginda Rasulullah SAW telah mengajar kepada ummatnya berbagai ilmu termasuklah ilmu perubatan yang selamat dan efektif.


Sabda baginda nabi Muhammad SAW, "Pada malam aku diisrakkan, aku tidak melewati sekumpulan malaikat melainkan mereka berkata, "Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan hijamah".(Sunan Ibnu Majah & Sunan Abi Daud)

Bekam (Al Hijamah)


Tujuan bekam adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksid (racun) yang merbahaya dari badan melalui permukaan kulit. Inilah satu cara detoksifikasi yang sesuai dan selamat bagi ummat Islam.



Sabda Rasulullah SAW ;"Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Muslim)

Di dalam Shahih Bukhari, dari Sa'id bin Jubair RA, dari Ibnu 'Abbas RA, dari Nabi SAW, baginda bersabda; "Kesembuhan ada tiga perkara; minum madu, berbekam dan bakaran api (Al- Khayy). Tetapi aku melarang umatku melakukan pembakaran dengan api".

Bekam dapat mencegah dan merawat penyakit dan amat berkesan untuk melegakan atau menghilangkan kesakitan, memulihkan daya tahan tubuh (imuniti), mengembalikan fungsi fizikal biasa serta memberi harapan baru kepada pesakit.

Tubuh yang sihat, fikiran yang sihat dan hati yang bersih adalah faktor penting di dalam hidup seorang individu muslim demi melaksanakan tanggung jawab kehidupan mereka sebagai hamba Allah SWT dan khalifah di atas muka bumi.

Longgokan toksid yang banyak dalam badan akan menyebabkan penyumbatan dalam saluran darah; dan akhirnya darah tidak dapat berjalan dengan lancar. Keadaan ini akan menggangu kesihatan. Seseorang itu akan merasa malas, murung, selalu merasa kurang sihat, cepat bosan dan cepat naik darah. Ditambah lagi dengan angin yang susah dikeluarkan, maka kita akan berjumpa penderita yang terganggu emosinya sehingga sampai ke tahap harus bertemu dengan pakar psikologi atau dotor rohani (ulama sufi).

Darah yang tersumbat harus dikeluarkan melalui berbagai macam cara, tetapi malangnya ubat-ubatan alopati tidak mampu bertindak demikian. Jadi kita harus mencari perawatan alternatif yang dapat mengeluarkan toksid tersebut dengan cepat dan selamat agar sistem imuniti tidak lemah dan tubuh tidak diserang penyakit.

Bekam adalah satu cara yang amat berkesan untuk mengatasi masalah ini, malah proses penyembuhan penyakit dapat dipercepatkan jika disinergikan dengan herba-herba yang bersifat alami.

Berbekam dalam keadaan perut kosong adalah ubat, tetapi menjadi penyakit jika dilakukan dalam keadaan perut penuh. Allah SWT mewajibkan kita umat Islam untuk berpuasa dalam setahun selama sebulan dalam bulan ramadhan untuk menyucikan rohani, maka wajarlah umat ini untuk kembali mengamalkan sunnah berbekam sebulan sekali bagi membersihkan jasmani.

Waktu Berbekam


Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda,"Barangsiapa berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21 bulan hijriah maka itu adalah hari-hari yang menyembuhkan segala macam penyakit".

Imam Sayuti RH berpendapat bahawa berbekam pada tanggal-tanggal seperti di atas memang baik bila badan dalam keadaan sihat, tetapi jika orang yang berkaitan sedang sakit atau sangat memerlukan perawatan dengan cepat, kita tidak harus mengikuti tanggal-tanggal tersebut.

Ibnu Sina di dalam kitabnya "Al Qanun fii Thibb" menyebut mengenai waktu yang terbaik untuk berbekam iaitu di antara jam 2 dan 3 petang kerana pada waktu tersebut saluran darah sedang mengembang dan darah-darah yang mengandungi toksid sangat sesuai untuk dikeluarkan.

Sebaik-baiknya sebelum berbekam, pesakit bertangas selama 1/2 jam kemudian direhatkan selama 15 minit dan diikuti dengan bekam.

Sebagai seorang herbalis Muslim, kita harus menolong mereka yang memerlukan pertolongan tanpa mengira masa, pangkat dan golongan dengan ilmu yang telah Allah SWT anugerahkan kepada kita. Berilah sentuhan-sentuhan ilahiah serta memohon kepada-NYA, kerana berbekam seperti juga meminum ubat hanyalah suatu cara pengubatan, sedangkan yang menyembuhkan adalah Allah SWT yang bersifat Asy Syafi.

Jenis-Jenis Bekam


Ada 4 jenis bekam:

  • Bekam Angin
  • Bekam kering bermanafaat untuk membuang angin serta melegakan sakit secara kecemasan tanpa melukai kulit. Cara ini amat baik bagi penderita yang tidak tahan sakit terkena jarum dan tidak kuat melihat darah. Kulit akan kelihatan lebam selama 1 ~ 2 minggu. Di sini sedutannya hanya sekali dan dibiarkan selama 15 ~ 20 minit. Di sini, sekali lagi Minyak But-But memainkan peranan penting untuk menghilangkan kesan bekas-bekas lebam tadi.

  • Bekam Luncur
  • Bekam luncur umpama mengurut bahagian yang sakit seperti bahagian belakang tubuh. Tempat yang sakit dilumuri dulu dengan Minyak But-But lalu dipam (sekali sahaja), kemudian digerakkan mangkuk bekam tersebut arah satu hala di tempat yang terasa sakit, ada angin dan berat, terutama di bahagian scapula.

  • Bekam Tarik
  • Jenis ini berbeza dengan bekam angin kerana sedutannya dilakukan dengan cepat; baik dilakukan di bahagian kepala terutama dahi. Caranya adalah lumuri dulu dahi dengan Minyak But-But, lalu sedut dan tarik-lepas, sedut lagi lalu tarik-lepas, begitu seterusnya hingga kepala terasa ringan.

  • Jenis Basah atau Bekam Darah:
  • Cara ini dimulakan dengan bekam kering terlebih dahulu pada bahagian yang hendak dibekam. Kemudian dilukakan pada kulit yang berkenaan dengan menggunakan lancet (jarum tajam)kemudian disedut kembali untuk mengeluarkan darah kotor dari bawah kulit. Setiap sedutan dibiarkan selama 2 ~ 3 minit kemudian dibuang kotorannya. Darah kotor yang mengandungi toksid kelihatan hitam pekat seperti jeli serta berbuih. Jarak waktu untuk mengulangi bekam pada tempat yang sama adalah 4 minggu. Bekas luka akan hilang segera selepas dibekam jika diurut dengan Minyak But-But.

Kaedah Bekam

Kaedah yang digunakan amatlah bersih dan alatan yang digunakan sesuai dengan peredaran zaman dimana jarum disteril dan dibuang selepas dipakai. Segala langkah keselamatan mestilah diambil untuk mengelakkan jangkitan samada kepada pembekam atau pun pesakit.

Tempat dimana pembekaman hendaklah dilakukan mestilah bersih, cukup terang dan cukup udara. Pembekam mestilah menjaga diri mereka dengan penggunaan sarung tangan pakaibuang.

Permukaan kulit yang hendak dibekam mesti dibersihkan dahulu dengan antiseptik sebelum dan selepas dibekam. Losyen keradangan dan herba mesti disapukan ke atas kulit yang telah dibekam untuk mencegah keradangan dan jangkitan.

Segala peralatan yang digunakan terutama yang terkena darah mesti dibasuh dengan ubat pembunuh kuman untuk beberapa ketika bergantung kepada kekuatan ubat dan kemudian direndam di dalam air panas dan sabun selama 1 jam dan seterusnya dibilas dengan air.

Tempat Yang Tidak Boleh Dibekam

  • Ke atas abdomen perempuan mengandung.
  • Ke atas orang yang teramat lemah dan sedang menunggu kematian.
  • Ke atas kulit yang luka dan berpenyakit.
  • Ke atas perut orang yang terlalu kenyang.
  • ke atas tempat yang sama melebihi 8 kali.

Peralatan Untuk Berbekam

  • Alat pencucuk dan jarum.
  • Cawan dan pam penyedut.
  • Sarung tangan dan penutup mulut pakaibuang.
  • Cecair pembersih (surgical spirit)
  • Kapas dan kertas tisu yang disteril.
  • Bekas untuk meletak cawan bekam.
  • Losyen antiseptik dan anti-radang.

INGIN TAHU KEBAIKAN BERBEKAM? SILA KLIK DIBAWAH


Untuk Keterangan Lanjut Sila hubungi:

TUAN RAMLY AHMAD (013 - 371 3500) ATAU
PN. LAINI MD ARIF (013 - 221 9722)

No comments:

Post a Comment

RUMAH BEKAM D' IEMAN

RUMAH BEKAM D' IEMAN
Pusat Latihan Herbalis & Rawatan Holistik (Kerohanian) Yang Unggul Di Dunia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails