ISLAM MENUNTUT MERAWAT PENYAKIT DAN MENJAGA KESIHATAN.
Kesihatan tubuh dan memelihara kesihatan adalah merupakan
perkara utama yang harus dimiliki dan dipertahankan oleh setiap orang.
Kesihatan merupakan nikmat besar dari ALLAH bagi hamba-NYA
setelah nikmat IMAN dan ISLAM.
Dari Abdurrahman bin Abi Laila, dari Abi Darda' ia berkata:
"Aku berkata: Ya Rasulullh. Sungguh aku diberi kesihatan lalu aku
bersyukur lebih aku sukai daripada aku diberi bala (cubaan) lalu aku
bersabar." Rasulullah s.a.w. menjawab: "Dan aku juga menyukai engkau
berada dalam kesihatan."
Beberapa cara untuk memelihara kesihatan, mencakupi
kesihatan jasmani dan rohani bagi kehidupan di dunia dan akhirat:-
PENJAGAAN KESIHATAN MELALUI:
1- Makan dan Minum,
2- Pakaian,
3- Tempat Tinggal,
4- Riadhah,
5- Tidur
6- Berjimak, dan
7- Bau-Bauan.
Makanan utama baginda Rasulullah terdiri dari bijirin,
buah-buahan dan sayur-sayuran. Dari segi nutrisi, bijirin ada karbohidrat yang
mana merupakan sumber tenaga, sementara buah dan sayur mengandungi vitamin dan
mineral yang diperlukan oleh tubuh. "Wahai manusia! makanlah dari apa yang
terdapat di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kalian mengikuti
langkah-langkah syaitan." (Surah al-Baqarah: 168)
Minuman yang biasa dimunim oleh Nabi Muhammad s.a.w. ialah
1- Madu, 2- Air sejuk, 3- Air manis; air +madu atau air + kurma, 4- Susu.
"Janganlah kamu minum dengan sekali nafas bagaikan minumnya unta, akan
tetapi minumlah dengan dua atau tiga kali tarikan nafas. Sebutlah nama Tuhan
(membaca basmalah) apabila kamu ingin mulai minum dan pujilah Tuhan (membaca
hamdalah) apabila kamu telah selesai minum." (Riwayat Tirmizi)
Imam Ahmad berkata: "Jika berkumpul 4 hal pada suatu
makanan, maka sesungguhnya itulah yang paling sempurna, iaitu: diawali dengan
bacaan basmalah, diakhiri dengan bacaan hamdalah, banyak tangan atasnya (banyak
orang yang memakannya dalam satu hidangan) dan makanan tersebut bersumberkan
yang halal."
No comments:
Post a Comment