Monday, March 5, 2018

10 Kebaikan Sinergi Madu Asli dan Serbuk Kayu Manis

Dalam al-Qannun fi at-Tibb, Ibnu Sina membahagikan metabolisma makanan 'panas' atau 'sejuk' kepada 4 peringkat. Makanan yang dikategorikan peringkat pertama adalah makanan yang mempengaruhi jasmani tetapi tidak jelas ataupun kesannya langsung tidak dirasai.

Makanan peringkat metabolisma kedua menyebabkan perubahan metabolisma tubuh tetapi akhirnya dapat dikuasai tubuh. Semua nutrien termasuk dalam kategori ini. Daripada segi jasmani, selepas makanan peringkat kedua ini dimakan, kesannya memang terasa. Contohnya, badan terasa panas. Nutrien tidak digunakan sebagai ubat tetapi sebagai cara awal menangani masalah kesihatan. Contoh makanan peringkat kedua adalah kurma, kacang walnut dan bijan.

Makanan peringkat metabolisma ketiga memiliki ciri tidak dipengaruhi tubuh, malah ia pula yang mempengaruhi tubuh. Semua ubat termasuk dalam kategori ini. Jadi kita perlu berhati-hati apabila memakan makanan kategori ini. Memakan makanan dalam kategori ini secara berterusan boleh menyebabkan tekanan kepada fungsi-fungsi di dalam tubuh. Oleh itu ubat tradisional sekalipun mempunyai dos dan tempoh penggunaan yang tetap. Contoh makanan dalam kategori ini ialah jintan hitam, kayu manis, kunyit, hempedu bumi dan bawang putih.

Makanan peringkat metabolisma keempt adalah makanan yang dapat menghentikan fungsi tubuh. Makanan yang termasuk dalam kategori ini adalah toksik dan sebahagian ubat berasaskan kimia. Ubat berasaskan kimia adalah bahan yang dapt memberikan tekanan kepada fungsi-fungsi di dalam tubuh. Terdapat beberapa jenis herba yang tergolong dalam kategori toksik. Jadi, ia hanya boleh digunakan di bawah pengawasan doktor ataupun ahli perubatan yang menguasai perubatan herba. Contoh makanan peringkat metabolisma keempat ialah kunyit putih, keladi tikus, kemunting cina, pegaga, ubi kayu dan benalu.

Perubatan nabi berdasarkan 3 falsafah:
1- Setiap penyakit ada ubatnya,
2- Orang yang sakit wajib mengubati penyakitnya, dan
3- Kewujudan pengamal perubatan sebagi fardu kifayah.

Pada masa yang sama, kita perlu memantapkan kefahaman mengenai asas-asas perubatan Islami. Keyakinan yang jitu bahawa diri kita tidak ada kuasa untuk menyembuhkan penyakit melainkan dengan izin Allah di samping memastikan kecukupan makanan dan keseimbangan komposisi nutriennya.

10 Kebaikan Sinergi Madu Asli dan Serbuk Kayu Manis

Kedua-dua herba tersebut termasuk di dalam kategori herba bersifat panas dan kering (Unsur API). Madu dalam kategori makanan peringkat metabolisma kedua sementara kayu manis tergolong dalam kategori makanan peringkat metabolisma ketiga. Ambil kayu manis jenis ceylon, yang terbaik berbanding kayu manis cassia yanag banyak dalam pasaran; dimasukkan ke dalam air suam (suhu lebih kurang 40 ke 45 darjah celsius) dan bancuh. Biarkan sejuk, baru ditambahkan dengan madu asli 1 sudu kecil. Boleh diambil 2 kali sehari, dan pastikan minum air kosong yang secukupnya; setiap 25kg berat badan perlu minum 1 liter air kosong atau air 'putih'. In shaa ALLAH ada kesembuhan dengan izin ALLAH. Jangan lupa DOA kepada ALLAH minta kesembuhan melalui Al-Fatihah dan SELAWAT.

Alhamdulillah. Allah berkata yang maksudnya,"Janganlah kamu berasa rendah diri dan jangan pula kamu berasa sedih. Sesungguhnya kedudukan kamu tinggi di depanKU apabila kamu menjadi mukmin." Ayat ini memberikan semangat kepada yang beriman. Seberat mana pun ujian yang menimpa, ia begitu kecil apabila dibandingakan dengan kedudukan tinggi yang ditawarkan Allah. Jiwa yang diresapi penghargaan menggerakkan semangat. Semangat pula mewujudkan keghairahan hidup dan menyihatkan badan.



Memahami apa yang berlaku dalam tubuh apabila kandungan gula (glukos) dalam darah berlebih ataupun berkurang

Hari ini, mari kita cuba memahami apa yang berlaku dalam tubuh apabila kandungan gula (glukos) dalam darah berlebih ataupun berkurang.
Hati

Dalam istilah perubatan moden, anterior dan posterior merupakan sinonim daripada ventral (permukaan depan) dan dorsal (permukaan belakang). Istilah-istilah ini hanya digunakan untuk orang dalam keadaan berdiri tegak atau ‘posisi anatomi’.
SIROSIS

SIROSIS (Cirrhosis) adalah keadaan di mana hati tidak berfungsi dengan baik kerana kerosakan jangka panjang. Kerosakan ini ditunjukkan dengan penggantian tisu hati normal oleh tisu parut. 

Biasanya, penyakit ini berkembang dengan perlahan selama berbulan-bulan atau tahun akibat pengumpulan racun. Pada awal, sering terdapat gejala. Apabila penyakit bertambah buruk, seseorang akan menjadi letih, lemah, gatal, bengkak di kaki bawah, mengembangkan kulit kuning, mudah lebam, mempunyai bendalir membina di dalam perut, atau mengembangkan saluran darah seperti laba-laba pada kulit. 

Pembentukan cecair di dalam perut boleh menjadi dijangkiti secara spontan. Komplikasi lain termasuk encephalopathy hepatic, pendarahan daripada urat dilipat di esophagus atau urat perut dilat, dan kanser hati. Encephalopathy hepatik mengakibatkan kekeliruan dan boleh menyebabkan ketidaksadaran.



MAHA SUCI ALLAH SWT yang telah menjadikan sesuatu tidak sia-sia.

Apabila glukos berlebihan, sel beta di dalam pankreas dirangsang untuk mengeluarkan insulin untuk menguruskan glukos yang berlebihan. Sebahagian glukos akan diserap oleh sel tubuh manakala bakinya akan disimpan di dalam hati sebagai glikogen.

Apabila paras glukos di dalam tubuh merosot atau berlaku kekurangan, sel alfa di dalam pankreas diransang untuk mengeluarkan 'glucagon' ke dalam saluran darah dan seterusnya menyebabkan hati akan melepaskan glikogen menjadi glukos untuk dimanfaatkan oleh sel-sel di dalam tubuh.

Sebenarnya semua kerosakan pada diri manusia dan persekitarannya disebabkan manusia cuba menyaingi kemampuan Tuhan. Ya memang Allah memberikan pelbagai kemampuan kepada manusia sesuai dengan peranan mereka sebagai wakilnya dibumi. Namun begitu, manusia menyalahgunakan kemampuan mereka hingga menimbulkan kerosakan di muka bumi. Salah satu kerosakan yang mereka alami sendiri adalah kerosakan badan kerana disebabkan mereka memasukkan makanan dan minuman yang bukan-bukan ke dalam tubuh. Ini dengan tujuan memuaskan kehendak (nafsu). Contohnya memakan banyak ubat kimia hingga mengganggu sistem tubuh dan kesihatan.

#SetiapPenyakitAdaUbatnya
#SihatSecaraHolistik
#TipSihat
#DeIeman


Thursday, March 1, 2018

Kenapa kita selalu merasa sakit di tulang belakang?

Bagaimana fungsi tulang belakang disambungkan ke saraf organ dalaman dan tanda-tanda sakit pada setiap tulang belakang

Ini kerana semua organ kita menerima mesej dari otak kita melalui saraf tunjang kita. Paru-paru tahu bernafas masuk dan keluar kerana mesej yang mereka terima dari otak. Jantung berdegup kerana mesej ini juga. Setiap organ di dalam badan kita disambungkan ke otak dan menyekat sambungan ini-walaupun sedikit-boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius.

Saraf tunjang ialah seberkas tisu saraf dan sel-sel sokongan yang panjang, tirus dan berbentuk tiub, yang bersambung dengan otak untuk membentuk sistem saraf pusat, serta memanjang hingga ke ruang di antara vertebra lumbar pertama dan kedua, dengan jumlah panjangnya sekitar 45 cm (18 inci) untuk lelaki dan sekitar 43 cm (17 inci) untuk perempuan. Saraf tunjang dilitupi oleh turus vertebra yang ertulang sebagai perlindungan. Saraf tunjang berfungsi terutamanya dalam pemancaran isyarat sarafantara otak dan seluruh badan, tetapi juga mengandungi litar saraf yang dengan sendirinya boleh mengawal berbilang-bilang refleks dan penjana corak pusat. WIKITPIDIA

Tanda-tanda awal sakit belakang berkaitan dengan tulang belakang dan saraf diantara tulang

1. Rasa sakit seperti menyusuk jarum pada point tertentu
2. Tidak selesa apabila duduk atau berdiri
3. Tidak selesa atau sakit dibahagian tertentu seperti dibelakang leher, di belikat atau di pinggang
4. Badan menjadi bongkok atau jalan tidak lurus sama ada bentuk badan menyeget
5. Tapak kasut sebelah kanan atau kiri haus dengan cepat
6. Hujung seluar sebelah kanan atau kiri cepat konyak dihujung seluar


Tanda-tanda sakit pada tulang belakang


Tanda sakit di tulang belakang dan organ dalaman yang berkaitan


Boleh lihat di setiap tulang belakang ada saraf yang disambung pada setiap organ dalaman dan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius

Perkara yang boleh menyebabkan terjadi perkara di atas dengan melihat sejarah pesakit

1. Eksiden sama ada dari jatuh basikal sehingga eksidan kemalangan
Setiap kesan dari eksiden boleh memberikan kesan kepada tulang belakang walaupun terjadi pada masa kecil.
2. Jatuh terduduk sama ada masa buat kerja berat atau mengangkat benda berat tanpa ada kekuda yang kuat. Selalu terjadi pada orang berumur 20-an keatas
3. Kedudakan badan masa duduk berkerja ofis kesan pada pinggang dan bahu
4. Memakai bag sling sebelah bahu sahaja kesan yang panjang pada bahu dan belikat
5. Bermain sukan tanpa ada warm up yang betul dan secukupnya. Warm up yang ideal dalam 10-15 minit sebelum sukan. MESTI mengikut step yang betul mengikut kiraan yang betul.
6. Simpan dompet dibelakang kesan pada tulang pinggang
7. Simpan buku dalam bag sekolah tanpa mengira berat yang sesuai dengan tubuh badan anak-anak. Banyak yang terjadi sakit belakang dalam umur 10-20. Ibubapa sila ambil berat tentang kesihatan anak.
8. Pemakanan yang tidak sihat seperti junk food dan gula putih diberikan pada anak-anak boleh menyebabkan tulang belakang tidak menerima nutrient yang cukup.

Berapa kali kena buat rawatan untuk saya sembuh?

Setiap orang berbeza kesan yang berlaku pada tulang belakang dan rawatan juga berbeza.
Ada sekali rawatan sembuh dengan izin Allah swt.
Ada 7 kali rawatan baru sembuh
Ada 14 kali rawatan baru sembuh
Yang penting ada semangat ingin sembuh

Rawatan yang bagus adalah dari pesakit itu sendiri

1. Exercise yang betul setiap hari
2. Pemakanan yang membantu tulang belakang menjadi kuat kembali contohnya ubi kayu kuning  direbus
3. Dapatkan terapi renggangan badan dari perawat setiap minggu sama ada daripada phisioterapi, chiropraktor, yumeiho, atau zamathera
4. Jangan berputus asa, ingat bahawa setiap penyakit ada ubat

Sebarang pertanyaan boleh wasap kami 01129066915







RUMAH BEKAM D' IEMAN

RUMAH BEKAM D' IEMAN
Pusat Latihan Herbalis & Rawatan Holistik (Kerohanian) Yang Unggul Di Dunia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails