Wednesday, January 19, 2011

LEMAK, MINYAK DAN KOLESTROL (LIPID)

MUQADDIMAH
Lemak, minyak dan kolestrol merupakan komponen yang membentuk bahan yang dikenali sebagai lipid. Lemak dan minyak asalnya daripada tumbuhan dan haiwan; manakala kolestrol pula sumbernya adalah daripada haiwan sahaja. Pada keadaan suhu bilik, lipid yang berbentuk pepejal dipanggil lemak dan lipid berbentuk cecair dinamakan minyak.


1.1-LEMAK

Ramai orang berpandangan mempunyai berat badan berlebihan disebabkan oleh mempunyai lemak yang banyak. Apa pula pendapat anda?

Lemak merupakan nutrisi yang diperlukan oleh badan. Makan makanan berlemak tidak semestinya membuatkan seseorang itu gemuk. Ini adalah kerana bukanlah semua jenis lemak memberikan kesan buruk kepada kita. Diantara manfaat lemak kepada manusia:-

1- memberikan tenaga kepada badan untuk berfungsi dengan baik,
2- mengekalkan kesihatan kulit dan rambut;
3- membantu badan menyerap vitamin A, D, E dan K (vitamin larut lemak).
4- memenuhi sel-sel lemak di bawah kulit bagi membantu memanaskan badan.
5- berperanan penting untuk perkembangan otak, mengawal peradangan dan pembekuan darah.

Lemak boleh dibahagikan kepada 2 kategori, iaitu :-
a) lemak tidak tepu, dan
b) lemak tepu

Klasifikasi ini dilakukan berdasarkan jumlah kandungan asid lemak tepu dan asid lemak tidak tepu (ketepuan atom hidrogen dalam rangkaian asid lemak). Semua minyak, tidak kira semahal mana pun ia, tetap mengandungiasid lemak tepu tetapi dalam jumlah berbeza.

1.1.1-LEMAK TIDAK TEPU

Lemak tidak tepu merupakan sejenis lemak yang baik buat tubuh kita. Ini adalah kerana pengambilan lemak tidak tepu dapat membantu mengurangkan kadar LDL kolesterol (kolesterol tidak baik) dalam badan kita. Ini seterusnya dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

Lemak jenis ini boleh diperoleh daripada sumber haiwan dan tumbuhan. Pada suhu bilik, ia berada dalam keadaan cecair (minyak).

Ia boleh dibahagikan kepada tiga iaitu lemak poli tak tepu, lemak mono tak tepu dan asid lemak trans.

Lemak poli tak tepu:-
Sumber lemak jenis ini ialah bijian, kekacang dan ikan laut dalam. Contohnya minyak bunga matahari, jagung, soya, safflower, bijan, biji benih flaks dan kacang. Ikan laut dalam pula seperti salmon, tuna, sardin, makerel dan trout yang membekalkan asid lemak perlu Omega-3 manakala minyak jagung, soya dan safflower pula mengandungi asid lemak perlu Omega-6. Omega 3 misalnya dapat mengurangkan risiko strok, mengelakkan saluran darah tersumbat dan membantu mengurangkan trigliserida (sejenis lemak dalam darah yang berkaitan dengan penyakit jantung).

Lemak mono tak tepu:-
Sumbernya ialah bijian dan kekacang seperti minyak kanola, kacang tanah, zaitun dan bran beras. Ia juga dianggap lemak baik kerana boleh mengurangkan jumlah kolesterol keseluruhan dan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL).

Lemak trans:-
Lemak trans dihasilkan apabila minyak dalam bentuk cecair ditukar ke bentuk pepejal seperti margerin, pepejal susu atau lemak (lemak yang digunakan dalam pastri) dan gi sayuran (vegetable ghee). Proses penukaran ini dipanggil hidrogenasi.

Lemak trans biasanya terdapat dalam makanan segera atau makanan yang telah diproses. Lemak trans digunakan untuk memperbaiki kualiti produk makanan, mengekalkan kesegarannya dan menaikkan rasa makanan supaya ia boleh berada di pasaran bagi tempoh lama.

Sungguhpun lemak tepu dan lemak trans boleh mengakibatkan peningkatan paras kolesterol LDL, lemak trans adalah lebih berbahaya kerana lemak jenis ini mampu mengurangkan paras kolesterol HDL dalam darah; sekali gus meninggikan risiko untuk mendapat penyakit jantung, strok, kencing manis dan lain-lain penyakit kronik. Kerana itu ia dikategorikan sebagai lemak yang sangat buruk (dua hingga lima kali lebih teruk daripada lemak tepu).

1.1.2-LEMAK TEPU

Ia adalah lemak yang diperoleh daripada haiwan dan ia beku pada suhu bilik; contohnya mentega, keju, minyak sapi dan lemak pada daging. Bagaimanapun sesetengah minyak tumbuh- tumbuhan juga dikelaskan sebagai lemak tepu seperti minyak kelapa, santan kelapa dan isi rong kelapa sawit.

Minyak sawit juga dikategorikan sebagai minyak tepu kerana kandungan lemak tepu dan tidak tepu adalah sama. Kesannya, ia akan meninggikan paras kolesterol buruk dan tahap kolesterol keseluruhan jika diambil berlebihan.

Walaupun lemak memberi kita tenaga, ia adalah sumber tenaga akhir yang akan dikeluarkan apabila kita bersenam atau melakukan aktiviti cergas. Dalam masa 20 minit pertama kita bersenam, tenaga yang digunakan datang daripada karbohidrat. Hanya lepas 20 minit bersenam baru badan akan membakar lemak sebagai sumber tenaga.

Ini sebabnya kita disaran bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari, lima kali seminggu untuk membakar lemak dalam badan yang boleh mendekatkan kita dengan pelbagai penyakit, terutama sakit jantung, strok, kencing manis dan masalah kolesterol tinggi.


1.2-MINYAK

Satu perkara penting yang perlu kita tahu ialah semua minyak mengandungi asid lemak tepu. Tidak kira sebaik manapun ia, penggunaan minyak secara keseluruhannya perlu dikurangkan kerana 1 gram lemak mengandungi 9 kalori berbanding hanya 4 kalori daripada setiap gram karbohidrat atau protein. Ini sebabnya makanan mengandungi minyak atau banyak lemak dipanggil ‘menggemukkan’.

Bukan semua minyak sesuai digunakan dalam semua kaedah memasak. Kegunaan setiap minyak itu berbeza dan ia memberi ‘prestasi’ terbaik dalam lingkungan suhu tertentu. Sesetengah minyak memang boleh digunakan untuk menggoreng dan sesetengahnya lagi hanya untuk kaedah memasak yang tidak membabitkan suhu terlalu tinggi. Ada pula yang lebih enak jika dipercikkan sahaja pada makanan.

Untuk menggoreng, gunakan minyak sawit kerana ia mempunyai titik asap yang tinggi. Manakala minyak lain dalam kategori lemak tidak tepu sesuai digunakan untuk menumis kerana titik asapnya yang lebih rendah,

Malangnya ada orang salah anggap mengenai penggunaan minyak. Ada yang percaya mereka perlu menghindari minyak sawit sepenuhnya dan menggunakan minyak dalam kumpulan lemak tidak tepu untuk semua masakan.

Ramai orang percaya jika menggunakan minyak tidak tepu, mereka akan jadi lebih sihat. Anggapan ini kurang tepat kerana ia mempunyai titik asap lebih rendah. Jadi apabila digunakan untuk menggoreng, akan berlaku perubahan pada rantaian kimia minyak tadi dan boleh mengakibatkan paras kolesterol dalam darah mereka semakin meningkat.

Walaupun minyak sawit sesuai digunakan untuk menggoreng, penggunaan minyak menggoreng ini terhad kepada dua kali saja. Kali kedua anda memanaskan minyak, titik asapnya akan menjadi lebih rendah daripada kali pertama minyak berkenaan digunakan.

Namun kini dengan teknologi penapisan yang semakin canggih, kebanyakan minyak sawit di pasaran boleh digunakan sehingga tiga kali seperti didakwa pengeluar. Cara mudah untuk mengenali minyak yang sudah digunakan ialah melihat warnanya. Elak membeli makanan yang digoreng dengan minyak berwarna gelap.

Antara 25 hingga 30 peratus tenaga kita sepatutnya datang daripada lemak. Ringkasnya, kita harus mengehadkan pengambilan lemak kepada enam hingga tujuh camca teh saja dalam pemakanan seharian. Bagaimanapun, jumlah ini sukar dicapai kerana kebanyakan makanan kita tinggi kandungan lemaknya, baik dalam masakan sayur-sayuran, lauk-pauk mahupun kuih-muih. Masalah pemakanan bertambah teruk kerana ramai orang tidak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan secukupnya setiap hari.

1.3-KOLESTROL

Semua lemak atau minyak yang dihasilkan daripada sumber tumbuh-tumbuhan tidak mengandungi kolesterol. Kolesterol hanya ada dalam lemak yang berasaskan sumber haiwan. Maknanya makanan dari sumber haiwan yang dimasak sama ada menggunakan sedikit atau banyak minyak mengandungi kolesterol.

Kolesterol ialah bahan lembut dan berminyak yang boleh berkumpul dan melekat pada dinding salur darah. Pengumpulan kolesterol ini lama kelamaan membuatkan salur darah tersumbat yang boleh menyebabkan serangan jantung atau otak.

Tahukah anda, kebanyakan kolesterol dalam badan sebenarnya dihasilkan oleh hati daripada lemak tepu? Hanya tiga peratus kolesterol dalam darah datang terus daripada makanan. Hati adalah organ yang bertanggungjawab menghasilkan kolesterol baik dan buruk.

Jika begitu, bagaimana boleh timbul masalah kolesterol tinggi dalam darah? Apabila kita makan makanan mengandungi lemak tepu, hati akan memprosesnya dan menghasilkan kolesterol. Lebih banyak kandungan lemak tepu, hati akan menghasilkan lebih banyak kolesterol untuk dilepaskan ke dalam darah.

Jadi walaupun makanan kita umumnya tidak mengandungi kolesterol, misalnya pisang goreng, ia dimasak menggunakan lemak tepu. Apabila banyak lemak tepu masuk ke dalam badan, banyaklah juga kolesterol yang akan dihasilkan hati.

Kolesterol mempunyai peranannya tersendiri; ia menjadi komponen pada dinding sel dan penting untuk otak dan saraf berfungsi dengan baik. Ia juga membantu penghasilan hormon yang diperlukan untuk pertumbuhan dan peranakan. Ia menjadi pelopor untuk hormon estrogen, progesteron dan testosteron.

Malah banyak hormon lain turut bergantung kepada kolesterol untuk berfungsi, namun terlalu banyak kolesterol jahat (LDL) boleh memudaratkan kesihatan. Paras kolesterol LDL yang tinggi ini boleh menyebabkan pembentukan plak yang akan menyempitkan arteri, seterusnya membuatkan ia tersumbat. Seperti yang kita sedia maklum, arteri yang sempit dan tersumbat memberikan risiko penyakit jantung.

Selain makanan, peningkatan kolesterol buruk juga disumbangkan oleh beberapa faktor seperti genetik, kurang bersenam, tekanan, umur, pengambilan terlalu banyak alkohol dan kurang makan sayur-sayuran serta buah-buahan.


BEBERAPA TIP PENTING BERKAITAN LIPID

  • Gunakan kuantiti kecil dalam penyediaan makanan.
  • Guna kuali tidak melekat untuk memasak bagi mengurangkan minyak. Menggoreng ikan di kuali leper akan menggunakan kurang minyak berbanding kuali melengkung.
  • Hadkan makanan bergoreng kepada dua kali seminggu.
  • Gunakan tuala kertas untuk melapik pinggan, ia akan menyerap lebihan minyak daripada makanan
  • Pilih kaedah memasak yang lebih sihat seperti kukus, rebus, celur atau bakar.
  • Gantikan santan kelapa dengan susu atau dadih rendah lemak.
  • Buang lapisan minyak yang timbul apabila makanan sudah sejuk dan panaskan semula sebelum dihidang.
  • Buang lemak pada daging dan ayam (terutama kulit ayam).
  • Hadkan pengambilan marjerin, mentega, mentega kacang, makanan mengandungi banyak lemak dan snek.
  • Apabila anda membeli produk makanan, lihat senarai bahan-bahannya. Hadkan membeli produk mengandungi pepejal susu atau lemak seperti biskut, kerepek, aneka kek dan pastri serta makanan bergoreng yang mungkin tinggi kandungan asid lemak trans.
  • Baca label makanan dan pilih produk mengandungi paling rendah jumlah lemak keseluruhan, lemak tepu dan asid lemak trans.

Thursday, January 6, 2011

TIBBUN NABAWI


PENGENALAN

Nabi berkata, "Allah tidak menimpakan musibah ke atas orang mukmin melainkan kerana salah satu daripada dua perkata: mungkin dia mempunyai dosa yang tidak dapat diampunkan kecuali dengan cubaan itu. Kedua, dengan ujian itu darjatnya di sisi Allah dinaikkan." Dosa orang yang ikhlas menerima penyakit yang ditimpakan ke atasnya pula digugurkan, selain sikap sabar itu juga mempunyai nilai pahala yang besar.

Dunia Islam dan dunia barat mempunyai pandangan yang berbeza mengenai penyakit. Bagi Islam, penyakit adalah kurniaan yang diberikan Allah kepada hamba yang dicintainya.

Menurut perubatan barat, penyakit disebabkan oleh interaksi antara bahagian di dalam tubuh dan elemen luaran. Jadi, biasanya ia hanya dapat diubati menggunakan cara luaran juga. Misalnya ubat berasaskan kimia yang diberikan kepada pesakit yang berfungsi menghambat respon badan kepada gangguan keseimbangannya. Apabila ini dilakukan secara berterusan, tubuh kita kehilangan kemampuan semula jadinya bagi membetulkan gangguan keseimbangan.

Terdapat beberapa perbezaan antara pola pemikiran berasaskan perubatan nabi dan pola pemikiran berasaskan perubatan barat. As-Suyuthi menyatakan penyakit dapat disebabkan oleh beberapa perkara iaitu gangguan udara, salah makan ataupun minum, kekeliruan gerak, rehat yang sedikit ataupun berlebihan, respon emosi yang berlebihan, istirehat emosi yang berlebihan, tidur dan berjaga yang tidak seimbang, adanya cecair yang berlebihan serta gangguan pengeluaran cecair tubuh.

Rehat yang berlebihan dapat melemahkan jasmani dan jiwa dan menyebabkan terkumpulnya tenaga atau 'chi' di dalam tubuh. Akibatnya, nutrien makanan tidak dapat diserap dengan baik. Peredaran darah juga menjadi perlahan hingga menyebabkan gangguan pada jantung dan otak.

PENYAKIT HATI

Berwaspada dengan kesan penyakit hati kepada kesihatan. Al-Ghazali menyatakan dendam menyebabkan barah. Sifat dengki pula merosakkan beberapa organ utama dan menyebabkan gangguan hormon. Ini seterusnya menyebabkan timbulnya penyakit seperti kencing manis. Begitu juga sifat dengki, sombong, suka memfitnah dan pendendam meningkatkan risiko dijangkiti barah dan hepatitis.

Di dalam sahih bukhari, nabi berkata, "Sifat iri hati itu memakan kebaikan seperti api memakan sekam." Kebaikan di sini termasuklah kesihatan.

Orang yang iri hati akan menyebabkan tubuhnya menghasilkan hormon 'kortisol' dan 'adrenalin'. Kedua-dua hormon ini menyebabkan "glukoneogenesis" (pembentukan gula di dalam darah meningkat) dan mengganggu degupan jantung. Malah mereka juga mudah diserang penyakit kencing manis, penyakit jantung, hyperthyroid, penyakit hati, sakit ginjal dan ulser kronik.

RAWATAN HOLISTIK

Rawatan holistik adalah rawatan yang merangkumi rawatan rohani dan jasmani. Qalbu itu umpama raja, raja yang baik akan memimpin rakyatnya kepada kebaikan. Hati itu umpama istana. Tiada seorang raja yang baik pun akan bersemayam di dalam istana yang kotor.

Untuk menjadikan qalbu yang baik, rawatan yang mujarab sudah tentulah dengan membanyakkan zikirullah. Bagi mereka yang memiliki qalbu yang berpenyakit, zikirullah merupakan suatu amalan yang pahit baginya.

Begitu juga halnya dengan hati, ia memerlukan herba yang bersifat pahit untuk merawatnya, herba yang boleh melakukan detok atau pencucian kepadanya. Untuk proses detoksifikasi yang lebih berkesan, herba pahit seperti pegaga disinergikan dengan ikan. Potensi keberkesan rawatannya menjadi 13 kali ganda.

TANDA-TANDA KELEMAHAN HATI

Mata puteh yang berwarna merah atau kuning, menandakan hati sedang bermasalah. Merah menggambarkan panas, kuning menunjukkan berlaku infeksi pada hati. Hati yang panas perlu disejukkan.

Herba untuk rawatan hati dalam HPA ada 2 ; teja lawang dan pegaga. Teja lawang ada dalam produk HERBA TUJU ANGIN, sementara pegaga dalam TEH HERBA dan KORDIAL PEGAGA. Teja lawang bersifat KARMINATIF, sementara pegaga termasuk dalam kategori herba pahit.

TEH HERBA mengandungi 100% herba pegaga, sangat baik untuk merawat masalah hati bia dicampurkan dengan gula batu. Jika penyakit pada peringkat akut, cukup dengan menggunakan 1 uncang

Herba pahit bukan sahaja bersifat depuratif, malah airnya bersifat alkali. Pada peringkat awal; mata puteh warna merah, amalkan 1 uncang Teh Herba dicampurkan dengan gula batu untuk diminum 3 kali. Bila mata puteh jadi kuning, ambil 3 uncang untuk 3 cawan; Lebih pekat.

Sekiranya anda ingin menggunakan Kordial Pegaga untuk merawat masalah hati, gunakan 2 sudu besar dan dicampurkan dengan air 1 gelas, amalkan 3 x sehari.

Hati yang rosak boleh menyebab terjadinya penyakit busung. Jadikan air TEH HERBA sebagai mandian; iaitu rawatan herba ikut liang2 kulit.

Dos HERBA TUJU ANGIN pada peringakat awal adalah 2 biji x 3. Jika serius; amalkan 3biji 3X sehari. Untuk lebih efektif, buka kapsul + air panas, kacau dan minum. Untuk merawat hepatitis B , + omega3 sofgel, insyallah selepas 6 bulan virus hepatitis tersebut tidak dapat dikesan lagi.

Thursday, July 1, 2010

PETIKAN NOTA HERBALOGI HHC JAN 2004


PENGENALAN
Perubatan herba merupakan di antara kaedah perubatan tertua di dunia serta melibatkan penggunaan oleh sebanyak 80% komuniti dunia. Pengetahuan tentang tumbuh-tumbuhan sebagai ubatan telah diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi.

Hari ini para herbalis telah menggabungkan di antara pendidikan klinikal dan pengetahuan lampau dengan kajian-kajian terbaru bagi menghadapi dunia moden serta komtemporari. Ia juga turut diperlengkapkan lagi dengan kebolehan melakukan diagnosa samada oleh herbalis ataupun dengan bantuan alatan tertentu.

Herbalogi membawa pendekatan holistik di mana tidak berfungsinya satu bahagian tubuh menyebabkan ketidakseimbangan di bahagian lain. Jika tubuh tidak upaya melakukan kesimbangan semula maka timbullah penyakit. Di dalam diri manusia terdapat kekuatan penyembuhan yang datang daripada faktor spiritual, mental, emosi dan fizikal.

Herbalis melihat pesakit secara unik, tidak ada penyakit yang sama untuk semua orang. Dengan kaedah diagnosa dan sejumlah pertanyaan; seorang herbalis mencari petunjuk yang menyebabkan keluhan pesakit. Ini bererti sesuatu yang baik untuk seseorang pesakit mungkin tidak berapa sesuai untuk pesakit lain.

Tujuan pengambilan herba ialah untuk membantu penyembuhan fitrah dan mengembalikan keseimbangan tubuh, bukan hanya untuk menghilangkan gejala atau simtom penyakit. Ubat atau penawar yang diberikan berbeza bergantung kepada apa yang diperlukan untuk mendorong tubuh menjadi normal. Herbalis perlu berkeyakinan bahawa setiap penyakit pasti ada ubatnya sepertimana yng telah diberitahu oleh Rasulullah SAW sejak dahulu lagi.


HERBALISMA: BIARKAN MAKANAN MENJADI UBAT
Disamping memberikan ubatan herba; seseorang herbalis perlu mencari dan memperbaiki berbagai faktor yang mempengaruhi kesihatan pesakit. Makanan yang tertentu banyak mempengaruhi tahap kesihatan seseorang. Herbalis membantu pesakit mendapatkan makanan yang berzat, vitamin, mineral dan unsur-unsur yang lain. Sebahagian orang mempunyai tindak balas elergi (alahan) ataupun sensitif dalam makanan tertentu. Tujuan daripada pengubatan herba adalah untuk mengatasi kekurangan tersebut dan secara umum meningkatkan daya hidupnya (vitality).

Stress atau tekanan adalah faktor yang akan memperkembangkan penyakit, dengan ini herbalis akan mengajar teknik pernafasan dan menggunakan beberapa kaedah seperti aromaterapi, sauna, hipnotis dan riadah alami. Terdapat beberapa jenis herba yang menolong memberikan kesan sedatif ringan dan membolehkan pesakit mendapat tidur yang berkualiti. Herba tersebut adalah seperti mengkudu dan akar lalang.


HERBA UBATAN
Prinsip utama herbalogi ialah menggunakan semurni mungkin bahan-bahan daripada herba. Keseragaman kimia menghasilkan aktiviti yang luas di dalam tubuh. Dengan kaedah mengambil bahan-bahan aktif tertentu sahaja akan mengakibatkan berlakunya kesan-kesan sampingan dan tidak efektif disebabkan ketidakseimbangan biokimia.


TUMBUHAN
Herbalogi tidak menggunakan bahan isolasi ataupun bahan kimia sintetik atau ubatan dadah. Keseimbangan dan kepelbagaian bahan kimia dalam tumbuh-tumbuhan (fitokimia) menghasilkan aktiviti yang luas di dalam tubuh; ini juga dapat mengelakkan berlakunya kesan sampingan.

Banyak contoh penelitian apabila bahan aktif yang tertentu sahaja (ekstrak tungal) yang digunakan ia menghasilkan bahan yang sangat beracun dan tidak efektif. Bahan kimia kompleks dalam tumbuh-tumbuhan lebih mudah dicerna dan lebih sedikit kesan sampingannya. Oleh sebab itu apabila terdapt 40 jenis bahan aktif dalam sesuatau herba lebih baik pengambilannya dalam bentuk gabungan alami. Selain daripada itu herba sering disinergikan bagi menguatkan potensi ramuan tersebut. Herba memberikan pengubatan yang lembut dalam membantu penyembuhan.


SIFAT PENYAKIT
Sakit adalah hasil kerja tubuh dalam usahanya untuk memulih keseimbangan dan keselarasan; oleh sebab itu pengubatan ditujukan untuk mendokong mekanisma penyembuhan diri tubuh (self healing mechanism), bukan menekannya. Sakit sebenarnya adalah perlawanan tubuh terhadap penyakit; oleh itu dengan menghilangkan tanda penyakit tidak bererti menghilangkan penyakit; mungkin hanya tandanya sahaja yang dihilangkan (rawatan simtom).

Herbalisma berupaya mempertahankan fungsi normal tubuh sesihatnya. Tubuh mengeluarkan zat racun melalui organ penyingkiran, oleh sebab itu perlu dijaga organ-organ ini seperti usus besar dan ginjal. Sistem peredaran darah juga penting dan banyak herba yang digunakan untuk melancarkan peredaran darah keseluruh tubuh.

Herba yang diberikan bersifat perangsang atau meredakan tekanan pada saraf. Boleh juga diberikan ubat yang akan mengembalikan fungsi normal saraf setelah ia mengalami stress. Memulihkan keseimbangan atau homeostasis adalah tujuan herbalis dalam merawati penyakit. Istilah yang tepat untuk mengamalkan hal ini ialah adaptogenis. herba-herba digunakan terutama untuk mendokong fungsi kelenjar adrenal. Menurut herbalisma; mengenal penyakit bererti mengenal seluruh tubuh peribadi pesakit, reaksinya terhadap penyakit, potensi semua fungsi tubuh untuk mengembalikan kesihatan. Fungsi tubuh ini bergantung kepada kesediaan makanan, peredaran darah, penyingkiran bahan beracun, kerja sistem saraf yang baik dan kesimbangan hormon.


PENGAJARAN DAN PENGHARAPAN
Seorang herbalis yang terlatih perlu mempunyai pengalaman yang luas bagi memastikan herba dan penentuan penyakit tepat dengan melakukan diagnosa. Ilmu pengubatan herba bukan sekadar perbincangan ilmiah yang bersifat teori dan retorik semata-mata; lantas meninggalkan medan amali.

Gabungan dripada pelbagai kemahiran inilah yang akan mengangkat martabat seseorang herbalis itu diterima oleh masyarakat tanpa keraguan. Sekiranya dunia yang membangun bersama slogan "Kembali Kepada Alamiah" tidak ditanggapi oleh herbalis tempatan nanti segala hasil bumi yang diwariskan kepada hamba-hamba-NYA akan diambil orang.


(Dipetik drpd Buku “Pengubatan Holistik (JAWI) HHC kali pertama pada 24 Jan 2004)

RUMAH BEKAM D' IEMAN

RUMAH BEKAM D' IEMAN
Pusat Latihan Herbalis & Rawatan Holistik (Kerohanian) Yang Unggul Di Dunia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails