
PENGENALAN
Hari ini para herbalis telah menggabungkan di antara pendidikan klinikal dan pengetahuan lampau dengan kajian-kajian terbaru bagi menghadapi dunia moden serta komtemporari. Ia juga turut diperlengkapkan lagi dengan kebolehan melakukan diagnosa samada oleh herbalis ataupun dengan bantuan alatan tertentu.
Herbalogi membawa pendekatan holistik di mana tidak berfungsinya satu bahagian tubuh menyebabkan ketidakseimbangan di bahagian lain. Jika tubuh tidak upaya melakukan kesimbangan semula maka timbullah penyakit. Di dalam diri manusia terdapat kekuatan penyembuhan yang datang daripada faktor spiritual, mental, emosi dan fizikal.
Herbalis melihat pesakit secara unik, tidak ada penyakit yang sama untuk semua orang. Dengan kaedah diagnosa dan sejumlah pertanyaan; seorang herbalis mencari petunjuk yang menyebabkan keluhan pesakit. Ini bererti sesuatu yang baik untuk seseorang pesakit mungkin tidak berapa sesuai untuk pesakit lain.
Tujuan pengambilan herba ialah untuk membantu penyembuhan fitrah dan mengembalikan keseimbangan tubuh, bukan hanya untuk menghilangkan gejala atau simtom penyakit. Ubat atau penawar yang diberikan berbeza bergantung kepada apa yang diperlukan untuk mendorong tubuh menjadi normal. Herbalis perlu berkeyakinan bahawa setiap penyakit pasti ada ubatnya sepertimana yng telah diberitahu oleh Rasulullah SAW sejak dahulu lagi.
HERBALISMA: BIARKAN MAKANAN MENJADI UBAT
Stress atau tekanan adalah faktor yang akan memperkembangkan penyakit, dengan ini herbalis akan mengajar teknik pernafasan dan menggunakan beberapa kaedah seperti aromaterapi, sauna, hipnotis dan riadah alami. Terdapat beberapa jenis herba yang menolong memberikan kesan sedatif ringan dan membolehkan pesakit mendapat tidur yang berkualiti. Herba tersebut adalah seperti mengkudu dan akar lalang.
HERBA UBATAN
TUMBUHAN
Banyak contoh penelitian apabila bahan aktif yang tertentu sahaja (ekstrak tungal) yang digunakan ia menghasilkan bahan yang sangat beracun dan tidak efektif. Bahan kimia kompleks dalam tumbuh-tumbuhan lebih mudah dicerna dan lebih sedikit kesan sampingannya. Oleh sebab itu apabila terdapt 40 jenis bahan aktif dalam sesuatau herba lebih baik pengambilannya dalam bentuk gabungan alami. Selain daripada itu herba sering disinergikan bagi menguatkan potensi ramuan tersebut. Herba memberikan pengubatan yang lembut dalam membantu penyembuhan.
SIFAT PENYAKIT
Herbalisma berupaya mempertahankan fungsi normal tubuh sesihatnya. Tubuh mengeluarkan zat racun melalui organ penyingkiran, oleh sebab itu perlu dijaga organ-organ ini seperti usus besar dan ginjal. Sistem peredaran darah juga penting dan banyak herba yang digunakan untuk melancarkan peredaran darah keseluruh tubuh.
Herba yang diberikan bersifat perangsang atau meredakan tekanan pada saraf. Boleh juga diberikan ubat yang akan mengembalikan fungsi normal saraf setelah ia mengalami stress. Memulihkan keseimbangan atau homeostasis adalah tujuan herbalis dalam merawati penyakit. Istilah yang tepat untuk mengamalkan hal ini ialah adaptogenis. herba-herba digunakan terutama untuk mendokong fungsi kelenjar adrenal. Menurut herbalisma; mengenal penyakit bererti mengenal seluruh tubuh peribadi pesakit, reaksinya terhadap penyakit, potensi semua fungsi tubuh untuk mengembalikan kesihatan. Fungsi tubuh ini bergantung kepada kesediaan makanan, peredaran darah, penyingkiran bahan beracun, kerja sistem saraf yang baik dan kesimbangan hormon.
PENGAJARAN DAN PENGHARAPAN
Gabungan dripada pelbagai kemahiran inilah yang akan mengangkat martabat seseorang herbalis itu diterima oleh masyarakat tanpa keraguan. Sekiranya dunia yang membangun bersama slogan "Kembali Kepada Alamiah" tidak ditanggapi oleh herbalis tempatan nanti segala hasil bumi yang diwariskan kepada hamba-hamba-NYA akan diambil orang.
(Dipetik drpd Buku “Pengubatan Holistik (JAWI) HHC kali pertama pada 24 Jan 2004)