ANGIN dalam badan dapat dikesan melalui saraf tapak tangan dalam bentuk tompok-tompok berwarna putih samada kecil atau kasar. Di antara puncanya adalah disebabkan amalan makan diselang seli dengan minum, mengunyah makanan di dalam mulut tidak mencukupi 30 kali seperti kajian yang dibuat oleh ahli sains pemakanan.
Kajian sains mendapati 'angin' ini adalah lebihan gas dalam badan yang terdiri daripada gas yang tidak berbau seperti nitrogen, hidrogen, karbon dioksida, gas metana dan oksigen. Kebanyakan orang akan melepaskan gas berlebihan ini sebanyak 14 kali sehari, samada berbentuk sendawa atau kentut.
Kentut tidak membahayakan nyawa, mungkin akan membuat anda malu jika 'terlepaskannya' di khalayak ramai dengan bunyi yang kuat dan berbau busuk. Bau busuk kentut di sebabkan unsur sulfur yang dihasilkan bakteria tertentu dalam kolon. Dianggarkan antara 30 ke 150 gram makanan tidak dicerna dengan sempurna di perut sampai ke kolon dalam bentuk karbohidrat setiap hari. Tubuh tidak mencerna atau menyerap sesetangah jenis karbohidrat seperti gula atau serat dalam usus kecil kerana kekurangan enzim di kawasan itu.
Makanan yang tidak dicerna di perut akan diurai oleh bakteria baik di usus kecil seperti laktobasilus dan menghasilkan hidrogen, karbon dioksida dan di kalangan sesetengah orang, metana. Semua gas ini keluar melalui rektum menjadi kentut. Gas kentut kebiasaannya terdiri daripada 60% nitrogen, 30% karbon dioksida dan 10% campuran gas metana dan hidrogen. Sementara gas berlebihan di dalam perut akan keluar menyebabkan seseorang itu sendawa.
Tabiat mengunyah gula-gula getah yang kebanyakkanya dibuat daripada bahan yang meragukan atau merokok adalah diantara punca pengumpulan gas
berlebihan di dalam badan. Bagaimanapun, komposisi gas yang keluar dari badan bergantung kepada beberapa faktor seperti makanan, udara yang disedut, jenis bakteria dalam usus dan tempoh masa anda menahan kentut.
berlebihan di dalam badan. Bagaimanapun, komposisi gas yang keluar dari badan bergantung kepada beberapa faktor seperti makanan, udara yang disedut, jenis bakteria dalam usus dan tempoh masa anda menahan kentut.
Makanan yang menghasilkan gas tidak sama bagi setiap orang. Sementara bakteria umum yang ditemui dalam kolon boleh memusnahkan hidrogen yang dihasilkan oleh bakteria lain. Keseimbangan 2 jenis bakteria ini menjelaskan kenapa sesetengah makanan menjadi 'berangin' kepada sesetengah orang.
Kebanyakan makanan yang mengandungi karbohidrat menyebabkan gas. Makanan lemak dan protein menghasilkan sedikit gas. Selain itu, kekurangan laktosa juga boleh menyebabkan seseorang itu kerap kentut.
No comments:
Post a Comment