Tuesday, March 2, 2010

KAEDAH RAWATAN BERKESAN

Salam sejahtera pengunjung yang masih setia


Selamat bertemu kembali di alam maya!


Sudah lama saya tidak 'post' apa-apa berita dalam web saya ini; bukan kerana tidak online tapi tengah buat satu thesis persendirian berkenaan dengan Mafia Wars oleh zynga. Kalau orang tak faham dia akan kata saya buang masa; sibuk dengan game yang melalaikan @ macam2 lagi la .....


Ada beberapa pengajaran yang ingin dikongsikan bersama mereka yang mau dengar:

1- hidup dalam dunia ni kene banyak kawan, ada yang bole harap ada yang setakat kenalan sahaja.


2- nak maju dalam bisnes kene kawan baik dengan orang atas-atas (pangkat dan pengaruh lebih daripada kita),

3- buat bisnes mesti jujur; kalau ada orang cuba ganggu kawan yang di atas tu sedia membantu.

4- walaupun pada mulanya saya susah diterima oleh mafia2 tu (sbb sy tertunjuk gmbr OSAMA); tapi bila kita bole buktikan yang orang ISLAM bukan seperti yang mereka sangka dan kita tunjukkan satu PERFORMANCE yang dia orang tak bole nak nafikan; akhirnya ramai yang nak jadi kawan kita.Cukup sekadar tu tentang cerita Mafia2 tu ....








Alhamdulillah sekarang ini di pusat rawatan saya d bt9 ceras kerap menerima kunjungan daripada pesakit daripada berbagai tempat. Bila d tanya "Mane tau ada rawatan bekam disini?" Selalunya mereka jawab, "Kawan saya yang pernah datang buat rawatan disini bagitau."


Persoalannya kenapa berlaku begini. Jawapannya mudah sahaja kerana kaedah rawatan yang kami lakukan bersesuaian dengan kaedah rawatan ISLAM yang saya fahami, itupun dengan keberkatan GURU yang sentiasa mendoakan kesejahteraan UMMAH ini.

Tentang kaedah perawatan yang saya sebutkan tadi, semuanya kita berpandu kepada hadis-hadis yang RASULULLAH S.A.W telah jelaskan 1,400 tahun yang lalu. Diantaranya "Perut itu rumah penyakit". Maka apa yang perlu kita lakukan ialah dengan memastikan yang BUANG AIR BESAR sentiasa lawas. Mengikut kajian, hampas daripada makanan yang kita makan mestilah disingkirkan dalam masa 14 jam.


Cuba kita bayangkan tong sampah di belakang rumah kita yang tak dikosong dan di bersihkan selama 1 minggu atau pun lebih. Dah tentulah ia akan mengundang lalat, langau, ulat, kucing dll dan dengan bau busuknya yang menusuk hidung yang tak bole lagi mencium bau kerana resdung. Bila kotoran (toksid) yang telah kita timbunkan semenjak bercerai susu ibu tidak dilupuskan dengan betul, sudah tentulah ia akan mengganggu sistem-sistem dalam badan dan menyebabkan masalah kesihatan seperti angin, sakit kepala atau migrin.


GAMBAR PESAKIT KENCING MANIS KRONIK






Dari pengalaman saya yang baru dalam dunia perawatan ini,saya dapati darah memainkan peranan penting dalam menentukan kesihatan seseorang itu. Kalau darah seseorang itu kotor dengan longgokan toksid, sudah tentulah ia akan menjadi pekat, bertali, berjeli dan macam-macam bentuk lagi yang mengakibatkan manusia tersebut menjadi mudah mengantuk, cepat letih dan tidak bermaya.


Jadi rawatan bukan setakat urut atau makan herba sahaja tetapi merangkumi gabungan berbekam, makan herba, urutan refleksologi, sauna dan lain-lain lagi. Ia bukan semudah yang kita sangkakan. Ia perlu kepada penghalusan dalam kaedah rawatan. Itu yang dinamakan 'kesufian' dalam rawatan.


Saya bercadang untuk melebarkan empayar pusat rawatan dengan kaedah ini ke segenap pelusuk Malaysia khasnya dan memerlukan pembantu yang sedia berganding bahu dalam keadaan susah dan senang agar kesihatan UMMAH ini dapat dipulihkan kepada perubatan yang mesra alam dan selamat; bebas dari kesan sampingan.

Wednesday, November 11, 2009

Botak, Punca dan Rawatan' Ala Ro'si

Botak (Alopecia) adalah keadaan seseorang yang tidak memiliki rambut lagi di kepalanya. Seringkali "botak" dibezakan dengan kata "gundul". Seseorang yang gundul, rambutnya biasanya dipangkas secara sengaja, sedangkan yang rambutnya botak tidak.





Secara semula jadi, manusia akan mengalami 20 hingga 25 kitaran penghasilan liang folikel rambut baru seumur hidup. Kulit kepala yang tidak bermasalah mempunyai 100,000 hingga 120,000 folikel pada setiap peringkat. Folikel sihat pula akan menghasilkan sekurang-kurangnya dua hingga lima helai rambut.





Keguguran rambut yang berlaku antara 50 hingga 100 helai sehari dikategorikan sebagai normal. Namun begitu, anda perlu mengambil perhatian serius apabila rambut gugur secara berlebihan dengan mendapatkan rawatan segera. Ini kerana proses kebotakan akan melalui beberapa fasa iaitu bermula daripada rambut mulai jarang sehinggalah kepada ketiadaan rambut langsung.

Ini kerana keguguran rambut yang tidak dirawat akan menjadi serius sehingga menyebabkan kepala menjadi botak selama-lamanya. Masalah paling biasa berlaku apabila akar rambut (papila) mula menyusut (atrofi) menyebabkan proses pertumbuhan rambut terbantut dan menjadi lemah yang akhirnya rambut akan gugur sendiri.


Masalah kebotakan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis:


Androgenetic alopecia (botak disebabkan faktor keturunan)

Botak boleh berpunca melalui genetik. Masalah keguguran rambut boleh diwarisi sama ada daripada bapa, ibu atau kedua-duanya.

Alopecia areata (serangan sistem imun terhadap sel folikel dan menyebabkan botak bertompok-tompok)

Selain itu pertumbuhan dan keguguran rambut juga dipengaruhi tindak balas hormon di dalam badan. Hormon utama yang mempengaruhi proses ini ialah dihidroksitestosteron (DHT) iaitu hormon dalam kelas androgen yang mengganggu sistem endokrin.

Kulit kepala yang terdedah kepada pelbagai kotoran dan habuk akan menutup liang pada kulit kepala yang menyebabkan gangguan pengeluaran minyak semula jadi oleh kilang minyak pada setiap folikel rambut. Ini merencatkan penghantaran nutrien sekali gus menyebabkan rambut gugur.

Antara faktor lain yang membawa kepada masalah keguguran rambut seperti kecederaan kulit kepala, pengambilan ubat-ubatan, amalan makanan tidak seimbang, merokok, mengambil minuman keras, rauma, pencemaran bahan kimia yang terkandung dalam produk dandanan rambut, jangkitan virus atau bakteria, kehamilan dan alahan pada bahan kimia.

Telogen effluvium (faktor tekanan emosi dan fisiologi)

Kebanyakan individu yang terlalu kuat bekerja sehingga mengalami banyak tekanan kerja terutamanya jika tidak ditangani dengan baik menjadi permulaan kepada masalah kehilangan rambut.

Anagen effluvium [toxic alopecia] (berpunca daripada tindak balas bahan kimia yang menyebabkan peringkat pembesaran rambut terganggu)


Penjagaan dan kebersihan kulit kepala juga perlu diberi perhatian selepas seseorang mencecah usia akil baligh kerana kilang minyak yang terdapat pada setiap folikel rambut mula aktif. Oleh itu, golongan lelaki perlu membasuh rambut lebih kerap sekurang-kurangnya dua kali sehari.


Cara yang betul bagi mengelakkan rambut gugur ialah dengan membilas rambut dengan bersih setiap kali bersyampu dengan menggunakan syampu yang sesuai dengan kulit kepala. Elakkan menggaru kulit kepala dan digalakkan mengurut lembut kulit kepala bagi melancarkan perjalanan darah.


Minyak Tea Tree & Tonik Pandan

Pilih gaya rambut yang mudah dijaga dan cepat kering. Kendalikan rambut dengan lembut dan gunakan sikat yang sesuai untuk menguruskan rambut. Elakkan menggunakan terlalu banyak produk dandanan rambut dan penting untuk anda melindungi kepala dari sinaran ultra lembayung.

Traction alopecia (akibat sentiasa mendandan rambut dalam satu cara dan kekerapan menarik rambut)

Rawatan Bekam 'Ala Ro'si


Untuk mengelakkan botak, pengamalan pemakanan seimbang adalah sangat digalakkan. Hampir 90% komponen penting rambut adalah protein khususnya asid amino. Garam galian yang minima untuk
keperluan harian adalah seperti:
  • zat besi,

  • zink,

  • kalsium,

  • magnesium dan

  • kromium.

Rambut juga memerlukan vitamin A, B kompleks, C dan D untuk kekal sihat.

SILA HUBUNGI KAMI UNTUK DAPATKAN KAUNSELING DAN RAWATAN SEGERA:

Herbalis Ramly Ahmad & Puan Laini Md Arif

03 - 9021 3184

Thursday, October 1, 2009

DARAH TINGGI & RAWATAN HERBA

PENGENALAN

Darah tinggi dikenali sebagai “Pembunuh Senyap” yang biasa berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Tekanan darah tiba-tiba menjadi tinggi, menyebabkan seseorang itu jatuh dan tidak sedarkan diri. Hasil pemeriksaan menunjukkan berlakunya pendarahan di dalam otak yang dikenali sebagai cerebro vascular accident (CVO) akibat dari tekanan yang kuat dan terjadinya kematian serta merta.

Statistik masa kini menunjukkan, dalam masa 1 jam berlaku serangan darah tinggi kepada 1 dalam setiap 6 orang. Selepas 1 jam berlakunya serangan, 90% meninggal dunia manakala 10% lagi hidup dalam keadaan terlantar.

DARAH TINGGI

Darah tinggi ialah tekanan yang dikenakan pada pembuluh arteri semasa darah mengalir keseluruh tubuh. Kadar tekanan darah yang optimum/normal adalah 120/80 mm Hg (sistolik/diastolik), dan apabila tekanan tersebut melebihi tekanan darah optimum ia boleh mengakibatkan ‘stroke’, sakit jantung, masalah di buah pinggang dan ada hubungan dengan penyakit kencing manis.


Tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah keadaan tekanan darah yang menunjukkan di atas 140/90 mmHg (milimeter raksa). Cenderung diturunkan dalam keluarga dan lebih banyak terjadi pada orang tua. Keadaan ini tidak boleh disembuhkan mengikut perubatan moden tetapi boleh disembuhkan dengan perubatan herba.



PUNCA BERLAKU

Punca berlakunya tekanan darah tinggi; mengikut kaedah perubatan alopati masih dalam kajian dan 90% penyebabnya tidak diketahui tetapi kematian terus berlaku. Adalah sesuatu yang pelik dengan kecanggihan alatan perubatan dan ilmu perubatan yang semakin berkembang; mereka boleh mengatakan "tidak tahu puncanya penyakit tekanan darah tinggi".

Tanda-tanda teruk
  • Stroke
  • Kegagalan jantung
  • Kerosakan ginjal

UBATAN KIMIA

Berbagai ubatan kimia yang telah berada di pasaran merupakan pilihan utama dalam perawatan alopati. Kesan sampingan daripada pengubatan kimia juga tidak boleh dielakkan akibat daripada penggunaan bahan kimia secara berterusan.

Salah satu jenis ubatan untuk darah tinggi ialah dari jenis beta-blokers. Ubatan ini memberikan kesan sampingan seperti ‘dizziness’, penurunan rangsangan seks, sukar tidur atau terlalu mengantuk, ‘fatigue’, sejuk kaki dan tangan, jantung menjadi terlalu perlahan, ‘edema’, masalah pernafasan dan kemurungan.

PERUBATAN JAWI

Di sini HPA menawarkan satu alternatif pengubatan herba selari dengan slogan ‘Back to nature’ yang telah menular di seluruh dunia. Alhamdulillah, HPA telah menerokai bidang perubatan herba ini sejak 20 tahun yang lalu dan dalam tempoh masa tersebut banyak pengalaman yang telah dipelajari secara praktikal.

KEMBALI KEPADA ALAMIAH

Negara memiliki kekayaan hutan hujan tropika yang dipenuhi dengan tumbuhan ubatan. Ubatan herba telah diamalkan sepenuhnya sebelum kedatangan ubatan moden di pasaran. Keupayaan ubatan herba juga tidak boleh diperkecilkan apabila kajian-kajian ke atas tongkat ali dan pegaga yang dibuat di universiti-universiti tempatan membuktikan tanggapan pengamal herba masa dahulu memang benar berlaku. Adalah tidak logik hanya dengan 2 jenis herba ini sahaja yang boleh dijadikan ubatan yang berkesan.

HERBA-HERBA TEMPATAN

Terdapat beberapa jenis herba yang digunakan oleh masyarakat hari ini sebagai ubatan darah tinggi iaitu:-
  • Hempedu bumi (Andrographis paniculata)
  • Tongkat ali (Eurycoma longifolia)
  • Mengkudu (Morinda citrifolia)
  • Misai kucing (Orthosiphon stamineus)
  • Dukung anak (Phyllanthus niruri)
  • Sireh (Piper betle L.)
  • Daun senduk (Plantago major)
  • Lidah buaya (Aloe vera linn.
Ada beberapa jenis herba yang boleh menyebabkan berlakunya penurunan tekanan darah tinggi yang cepat. Pengambilannya mestilah dalam kuantiti yang sangat sedikit dan perlu kepada sinergi yang tepat;
  • Daun atau akar cermai
  • Daun pokok melaka
Ada juga herba yang menyebabkan berlakunya peningkatan pada tekanan darah terutamnya pada mereka yang sudah mengalami darah tinggi seperti:
  • Daun cekor manis
  • Rebung
  • Ubi kayu
  • Buah sukun
  • Nangka
  • Buah kuinin
  • Tembikai,
  • Mangga
Dalam ubi kayu terdapat satu bahan bernama Sianida yang boleh mempengaruhi fungsi kelenjar ‘thyroid’. Hipotiroid dan Hipertiroid juga boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Orang yang ada masalah ‘thyroid’ dan darah tinggi akan menunjukkan peningkatan tekanan darah apabila mengambil ubi kayu atau daun ubi kayu. Rawatan untuk masalah ini dengan menggunakan ‘Aloe vera’ yang mana bahan yang terdapat di dalamnya dikenali sebagai polisakarida.


HERBA PAHIT

Dalam masyarakat Melayu, herba-herba pahit sering digunakan secara sinergi dengan pelbagai jenis herba lain bagi mengimbangi kekuatan sesuatu herba dan mengelakkan kesan sampingan.
Pengambilan herba pahit secara tunggal akan menyebabkan:
  • pengeringan cairan di sendi-sendi
  • lemah tenaga lelaki ‘impotensi’

HERBA DIURETIK

Herba-herba ‘monocot’ iaitu urat daun yang selari, akar berambut dan mempunyai ruas pada batang mempunyai kesan diuretik iaitu memperbanyakkan pengeluaran air kencing. Herba-herba diuretik juga bersifat anti-hipertensi (menurunkan tekanan darah tinggi) dan anti-piretik (menurunkan panas badan). Akar atau bulu jagung, daun pandan, air kelapa, akar buluh, lalang, barli dan air beras juga boleh digunakan bagi membantu penurunan darah tinggi.

MALAC adalah produk yang terdiri daripada beberapa herba yang memberikan kesan diuretik. Pengambilannya akan menyebabkan berlakunya pengeluaran urin yang banyak dan tekanan darah akan turut turun. Tindakan herba ini sangat berkesan pada masalah penyempitan saluran darah terutama di buah pinggang yang merupakan salah satu penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi.

MASALAH TIDUR

Kesukaran untuk mendapatkan tidur yang berkualiti (deep sleeping) juga boleh menyebabkan berlakunya tekanan darah tinggi. Hormon yang mempengaruhi tidur (hormon melatonin), ia dirembeskan pada awal malam oleh kelenjar ‘pineal gland’. Pada 2/3 malam yang akhir, hormon ini mula berkurangan dan jika seseorang membiasakan tidur lewat ia mungkin mudah terkena serangan darah tinggi.

Elakkan daripada mengambil minuman yang menyebabkan sukar tidur pada waktu malam seperti kopi biasa, alkohol. Kesukaran tidur menandakan keadaan suhu badan yang tinggi dan akan menyebabkan berlakunya ‘imbalance hormone’ di dalam tubuh. Penyumbang utamanya ialah akibat pengamalan sesuatu jenis ubatan kimia.

Keadaan tidur yang sering terganggu dikenali dengan ‘sleep apnea’ di mana nafas terhenti sepuluh detik diikuti dengan terkejut dan batuk. Sleep Apnea mungkin berpunca daripada tekanan emosi, kelebihan tidur dan kemurungan.

MASALAH SEMBELIT

Pastikan pesakit darah tinggi tidak menghadapi masalah sembelit kerana kesumbatan usus besar akan menambahkan tekanan pada jantung yang mengakibatkan berlakunya tekanan darah tinggi berterusan. Pelbagai herba ‘laxative’ atau pelawas boleh digunakan tetapi yang terbaik diambil adalah dari jenis buah.

BUAH MENGKUDU

Dalam doktrin herba, buah digunakan paling baik untuk bahagian kepala iaitu sistem hormon dalam tubuh dan sistem pencernaan. Buah mengkudu mempunyai keupayaan untuk merangsang pengeluaran hormon melatonin yang dapat memperbaiki tidur dan mengandungi enzim untuk pencernaan yang baik.

Sebaik-baik kapsul MENGKUDU dibuka dan dicampur dengan air mineral selama 30 minit sebelum diminum. Dos yang dicadangkan ialah 2 kapsul bersama segelas air mineral pagi dan juga malam. Elakkan dari tidur lewat dan amalkan untuk bangun mengerjakan tahajud bagi mendapatkan hormon sakinah.

AIR MINERAL HPA

Banyak air mineral yang berada di pasaran sangat kurang mineralnya terutama kalsium dan magnesium. Dua mineral ini penting untuk perawatan darah tinggi. Ujian lampu dapat membezakan kandungan mineral di dalam air mineral. Jangan rendam kapsul MENGKUDU dalam air panas kerana ia akan mematikan enzim buah tersebut.

KERACUNAN LOGAM BERAT

Masyarakat melayu menggunakan kaedah nyahtoksid logam berat dengan meminum air kelapa muda yang dicampurkan dengan tanah liat. Chelation Therapy untuk singkir logam berat dari otak dan tubuh badan.

Penggunaan kaedah ‘drip’ langsung ke saluran darah pesakit mendatangkan kesan positif kepada pesakit darah tinggi. Produk D’DET yang dihasilkan daripada 28 jenis herba pahit termasuk spirulina, hempedu bumi, sireh dll mempunyai ciri ‘chelation therapy’. Dos yang dicadangkan seperti pada botol tetapi dos yang tepat bergantung kepada tindakbalas tubuh dan tahap tubuh pesakit
setelah didiagnos oleh herbalis.


PIL PERANCANG

Banyak daripada jenis ubat perancang keluarga yang menjadi penyebab berlakunya darah tinggi. Merancang keluarga bukanlah sesuatu yang sihat dalam agama dan kesihatan tubuh badan kecuali dalam kes-kes tertentu.

Terdapat beberapa kaedah dan herba yang dapat membantu ibi-ibu daripada menghadapi tempoh mengandung yang terdekat.
  • penyusuan penuh selama 2 tahun boleh melewatkan hamil.
  • mengelakkan bersama selama 1 minggu ketika tahap kesuburan tinggi iaitu 2 minggu bermula dari kedatangan haid.
  • mengurangi makanan yang panas seperti daging dan rempah.
Penyakit darah tinggi boleh berlaku sewaktu mengandung. Ini ada hubungkait dengan masalah kekurangan kalsium dan magnesium. Kalsium tidak boleh berfungsi tanpa magnesium dan vitamin D. Vitamin D boleh didapati dari sumber seperti daging dan organ dalaman haiwan. Ia boleh juga didapati melalui cahaya matahari.

MAKANAN YANG DIPROSES

Makanan yang diawet menjadi penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi. Makanan-makanan itu seperti ikan masin, telur masin, kicap, makanan yang mengandungi MSG, natrium benzoate, 'baking soda' dan lain-lain.

RAWATAN BEKAM ALHIJAMAH

Titik bekam yang tepat dapat melepaskan tekanan darah yang sedang memuncak dengan cepat.

RUMUSAN

Dalam menangani masalah penyakit "Pembunuh Senyap" ini; tumpuan perawatan kepada punca masalah mestilah diutamakan seperti perawatan kepada darah, usus dan ginjal. Kebiasaannya darah orang menghidap penyakit darah tinggi adalah pekat berdasarkan pengalaman berbekam. Oleh sebab itu, kepekatan itu boleh dikurangkan dengan pengambilan O-mega-3. Masalah usus juga sering menyerang pesakit darah tinggi yang mengalami sembelit. Ianya di atasi dengan menggunakan Spirulina. Selain dari itu, herba-herba yang digunakan adalah seperti berikut Malac, D'Deu dan Vitex.

" Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menurunkan sesuatu penyakit itu melainkan diiringi dengan penawarnya"
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah"

RUMAH BEKAM D' IEMAN

RUMAH BEKAM D' IEMAN
Pusat Latihan Herbalis & Rawatan Holistik (Kerohanian) Yang Unggul Di Dunia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails