Tuesday, September 1, 2009

TIP UTK SIHAT: KAEDAH PERUBATAN ISLAM

Telah lama saya tak menulis utk blog ini. Rasa terkilan juga kerana ilmu yg ALLAH SWT "hadiah" pada saya tidak dikongsikan bersama rakan2 yg dahagakannya. Tapi xpe; pagi ni tika ada kelapangan yg ALLAh beri, saya ambik kesempatan utk tulis sesuatu yg bole bagi manfaat kpd pembaca yg budiman.


Kita semua maklum yg ALLAH SWT bekalkan kat kita semua 'Kekuatan Fitrah" a.k.a IMUNITI @ sistem daya tahan tubuh [semuanya =lah tu] ketika lahir ke dunia ini. Orang dolu-dolu untung la kerana seingat saya masih ade bidan kampung yg sambut kelahiran bayi. Tapi skrg smuo kene bersalin kat hospital.

Masalahnya skrg ni, kelahiran bayi tu x disambut dgn cara yg ISLAM ajar: TaLi pUsAt tu x bole potong dulu selagi ia x berhenti berdenyut dan mengempis : kerana IMUNITI utk anak tu x habis di salurkan sepenuhnya melalui tali pusat tu. Sebab tu doktor kene pening kepala utk suntik sesuatu {selalunya vaksin la yg meragukan} utk "kuatkan semula" imuniti budak tu.

1-PERKASAKAN DAYA TAHAN TUBUH

Ooleh itu; kita yg berpegang kpd kefahaman "PeNyAkIt disebabkan oleh kelemahan sistem IMUNITI" hendaklah berusha utk membersihkan "kotoran" yg telah melemahkan sistem daya tahan tubuh [detoksifikasi] tersebut agar IMUNITI DAPAT DIBANGKITKAN SEMULA dgn mengamalkan HERba-herBA yg bersifat alamiah yg telah menjadi amalan datuk nenek moyang kita dulu sejak zaman berzaman.

Centella asiatica
Semua herba-herba alamiah yg tidak beracun adalah baik utk diamalkan terutamanya pegaga; yang telah dipatenkan oleh Malaysia dan juga mendapat pengiktirafan WHO diantara 20 herba terbaik dalam dunia. Kandungan bahan aktif dalam pegaga yg melebihi 50 jenis menjadi faktor penting kenapa herba ini menjadi pilihan utama dlm ramuan produk keluaran HPA. Diantara kelebihan pegaga ini; ia bole dgunakn untuk mengatasi masalah batuk, menurunkan tekanan darah tinggi, baik utk demam dan banyak lagi.

Perawatan tidak akan lengkap sekiranya kita tinggalkan makanan kesihatan yang Rasulullah S.A.W guna untuk tujuan perubatan seperti madu asli, habbatussauda dll. Untuk tujuan itu, madu hendaklah diamalkan oleh setiap mereka yang mengaku sebagai ummat nabi akhir zaman; sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Yaitu di waktu pagi sebelum solat subuh dan waktu sebelum nak tidur malam.

Rasulullah S.A.W. bersabda, “Gunakan dua penyembuh; madu dan al quran.” (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Al Hakiem)

Para herbalis memandang bahawa madu sebagai sumber alamiah dan al quran itu sebagai sumber ilahiah. Ilahiah bermakna mengadakan hubungan dengan Allah S.W.T. sedangkan alamiah ialah sumber dari alam semula jadi seperti tumbuhan, batu-batan, logam dan haiwan.



2-PASTIKAN LAWAS DALAM PEMBUANGAN AIR BESAR

Sembelit merupakan perkara besar yang disebut oleh nabi sebagai punca kepada banyak masalah penyakit. Tapi ramai manusia yang tak hendak mengaku yang dianya sembelit.

Buang air besar a.k.a berak; adalah satu proses dimana tubuh cuba utk mengeluarkan najis (kotoran yg berbagai jenis) dari usus besar agar tuan tubuh menjadi sihat. Dlm erti kata lain, "bila kotoran dpt d kluarkn dari badan, badan bertambah bersih => tubuh akan sihat".

Cuba kita bayangkan TONG SAMPAH yang ditepi rumah tidak "dikosongkan"; sudah pasti ia akan mengundang lalat, langau, ulat dan binatang liar utk berpesta "menjamu selera" dengan makanan percuma yang dihidangkan oleh tuan rumah yang murah hati itu. Bagaimana pula dengan usus besar yang tak dapat "membuang" isi perutnya dalam masa 14 jam dari masa makanan itu masuk ke dalam mulut tuannya? Bagaimana pula dengan orang yg simpan "harta pusaka" itu lebih dari 3 hari? Ada yang sampai 1 minggu pun tak buang2 dan ada yang lebih dari itu. Bayangkan betapa sakit kepala orang itu bila gas "methane" yang terhasil dari sembelit yang kronik tersebut naik sampai ke kepala???? MIGRAAAAAAAAAAAAAAIIIIIIIIIN.

Untuk lawas B.A.B tak susah mane pun. Kita bole pilih ikut kesesuaian tubuh kita produk-produk HPA yang berikut: PELAWAS, TUJUANGIN, D'KARM, ROSELLE, MINYAK ZAITUN.


Sebelum terlupa, untuk lawas B.A.B makanlah buah2an sebelum makan yang berat-berat; bukan makan buah selepas makan.

3-MAKAN YANG HALAL LAGI TOYYIB

Sudah pastilah kalau nak tubuh yang sihat kita takkan makan "JUNK FOOD". Kita sebagai orang ISLAM yang mengutamakan kebersihan sudah tentu akan ikut saranan ALLAH SWT untuk makan YANG HALAL LAGI TOYYIB spt maksud ayat 168 dari Surah AlBaqarah .

PESAN IMAM GHAZALI RAHMATULLAH ALAIH

  • Jika Kita Ingin Anak Kita Menjadi Soleh, Bijaksana Dan Berguna, Berikanlah Ia Makanan Daripada Rezeki Yang Halal Sejak Ia Lahir.
  • Makanan Yang Halal Selain Menjadikan Anak Kita Berguna, Boleh Menjadikan Mental Mereka Pintar Dan Cerdas.
  • Sebaliknya Anak Akan Menjadi Derhaka Terhadap Kita Jika Ia Diberikan Makanan Yang Haram Dan Kotor.

Dalam kehidupan ini, air memainkan peranan penting. Kita ambil wuduk guna air mutlak; tak guna air musta'mal apatah lagi air muttanajis. Nak cuci longkang yang tersumbat; tak cukup 1 baldi air, kena guna banyak air.

Gitu-gitulah nak tubuh yang sihat; kena amalkan air "mutlak" dan "banyak". Air mutlak yang terbaik adalah AIR ZAMZAM [pH=13.5; bersifat alkali] dan air yang ditapis oleh tanah yang ALLAH jadikan. Banyak pula mengikut keperluan tubuh sihat adalah sekitar 2.5 liter atau 10 gelas sehari diambil 5 kali {sebelum 1 gelas dan selepas 1 gelas} sehari mengikut waktu-waktu solat yang sediada.

Banyak minum => kerap kencing [buang kotoran] => badan tambah bersih => SIHAT

Bagi mereka yang ada masalah kesihatan (sakit) kenalah berpantang dan berpuasa. Bagi yang sakit ada makanan yang halal dia tidak boleh ambil sebab TAK TOYYIB; kalau dimakan juga akan menyebabkan lambat sembuh. Kena PANTANG SUNGGUH-SUNGGUH; bukan PANTANG JUMPA.

4-MENGAMALKAN BERBEKAM

Bekam merupakan satu kaedah PERUBATAN NABI yang telah dilupakan oleh UMAT ISLAM. Ramai juga yang melakukan BEKAM tapi tak ikut kaedah yang betul; cuma nak jadikan bekam ni sebagai sumber CARI MAKAN JE bukan untuk tujuan menghidupkan SUNNAH.

Bekam adalah satu kaedah mengeluarkan keracunan (toksid) daripada tubuh badan melalui permukaan kulit. Proses ini membantu memberi kerehatan kepada ginjal, limpa dan hati daripada melakukan kerja yang berat secara berpanjangan.

Dengan berbekam darah akan menjadi lebih bersih, dapat berfungsi dengan lebih berkesan untuk menghantar oksigen, nutrien, haba, hormon dll dan menjadikan tubuh lebih sihat dan ceria.

Mengikut pengalaman saya yang baru setahun jagung dalam bidang PERUBATAN JAWI ini; banyak masalah-masalah kesihatan yang dirujuk kepada saya dapat diatasi dengan IZIN ALLAH iaitu dengan mengambil kira keEMPAT-EMPAT faktor penting yang telah jelaskan di atas.

Mudah-mudahan perkongsian ilmu dan pengalaman ini dapat dimanfaatkan oleh sahabat-sahabat seperjuangan yang lain dalam usaha untuk memertabatkan PERUBATAN ISLAM dalam masyarakat Islam yang telah terpesong jauh dari kaedah perubatan yang sebenarnya.

Walau bagaimanapun, saya mohon tunjuk ajar dari mereka yang lebih berpengalaman agar tanggungjawab yang berat ini dapat kita pikul bersama demi untuk mencari keredzaan ALLAH SWT.


BUAT KERANA ALLAH

Thursday, September 25, 2008

KONSEP PERUBATAN JAWI



PENGENALAN

Di dalam ketamadunan Islam dan sejarah perkembangannya, bidang teknologi perubatan telah lama dipraktik dan diamalkan oleh masyarakat terdahulu. Seorang tokoh perubatan Islam terkenal, Abu Ali Al Hussain Ibnu Abdullah (Ibnu Sina) menyatakan bahawa “Tujuan perubatan ialah untuk memelihara kesihatan yang sedia ada dan juga untuk mengembalikan kesihatan ketika hilang”

Perubatan merangkumi 2 perspektif utama iaitu:
  1. Perubatan Kawal-Cegah.
  2. Perubatan Rawatan.
Sebagaimana Islam memberi keutamaan kepada aqidah, ia juga memberikan perhatian kepada bidang perubatan samada Perubatan Rawatan atau Perubatan Kawal-Cegah, sekali pun perhatiannya terhadap Kawal-Cegah itu lebih banyak. Sesungguhnya satu dirham untuk kawalan pencegahan dan berpantang itu lebih baik daripada wang yang bertimbun-timbun untuk berubat.

Islam mewajibkan setiap manusia memberikan hak yang sewajarnya kepada tubuh badannya. Diantaranya ialah merawatinya ketika ia sakit. Baginda Nabi Muhammad s.a.w. dalam beberapa hadisnya memerintahkan supaya orang yang sakit mendapatkan rawatan dengan berubat untuk menyembuhkan penyakitnya. Sabda Baginda Nabi Muhammad s.a.w. “ Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menurunkan penyakit dan ubat, dan menjadikan untuk kamu bahawa setiap penyakit ada ubatnya. Oleh kerana itu, berubatlah tetapi jangan berubat dengan yang haram” .

Nabi s.a.w. sendiri berubat untuk dirinya dan menyuruh keluarga dan sahabatnya yang dihinggapi penyakit supaya berubat.

KAEDAH PERAWATAN ISLAM

Dalam kaedah perawatan Islam, unsur yang dapat menyembuhkan bukanlah ramuan ubat semata-mata tetapi juga unsur harapan kepada Allah s.w.t. yang tidak akan mensia-siakan orang yang bergantung kepadaNya. Setiap kali putusnya harapan dan cita-cita, maka sulit lagilah pesakit itu akan sembuh. Sesungguhnya rawatan yang hakiki mestilah merangkumi jasmani dan rohani sekali gus. Dengan pendekatan ini ramai para tabib atau doktor telah membuktikan mereka mampu merawat pesakit mereka dengan lebih sempurna dan sewajarnya. Akhirnya mereka telah menghasilkan keputusan yang cemerlang.

Maka selepas beberapa penyiasatan dan renungan yang mendalam, mereka telah membina satu falsafah baru mengenai rawatan ini diatas asas berikut:

  1. Pengetahuan dalam bidang ilmu perubatan.
  2. Pegangan dan kepercayaan kepada Allah s.w.t.
Manakala rawatan secara fizikal adalah menggunakan ubat-ubatan dan memanafaatkan pengetahuan dalam bidang ilmu perubatan. Rawatan jenis ini adalah diakui oleh Islam bahkan ada diantaranya disebut dalam Al Quran dan Hadis Nabi s.a.w.. Kesimpulannya, mendapatkan rawatan adalah dituntut oleh Islam sebagai satu langkah untuk memelihara dan menjaga nikmat kesihatan dan keselamatan tubuh badan.

Dalam hal ini, Islam mengajar melalui petunjuk Rasulullah s.a.w.; bukan sekadar memberi galakan kepada orang sakit supaya mendapat rawatan, tetapi juga telah mengemukakan satu pendekatan terbaik untuk merawat penyakit iaitu pendekatan bersepadu yang menggabungkan usaha secara jasmani dan rohani. Islam juga terlalu menitik beratkan akan menjaga kebersihan kerana ia adalah tabiat pencegahan terbaik dalam menjaga kedua-duanya.

Perubatan Nabawi lebih bersifat "Pencegahan", mengatur manusia kepada disiplin-disiplin tertentu supaya mereka tidak ditimpa penyakit. Islam tidak hanya melihat penyakit dalam bentuk zahiriah sahaja, malah lebih bahaya dari itu ialah penyakit-penyakit rohaniah.Rasulullah S.A.W. bersabda, "Kami satu kaum yang makan bila lapar dan kami makan tidaklah sampai kenyang."

Didalam kontek penyebaran dakwah Islam juga ditegaskan dengan satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim iaitu “Seorang mukmin yang kuat itu lebih baik daripada mukmin yang lemah, tetapi kedua-duanya adalah baik”.

PRINSIP PERUBATAN ISLAM

  1. Prinsip Keyakinan: Hakikat penyembuhan itu dari Allah S.W.T. yang bersifat Asy-Syafi (Maha Penyembuh)
  2. Prinsip Pengubatan: Merawat pesakit secara ihsan mengikut syariah Islam dan tidak berbau tahayul, kurafat dan bidaah.
  3. Menggunakan bahan yang diyakini suci dan halal dan tidak sekali-kali menggunakan bahan yang nyata haramnya dan yang subhat.
  4. Menggunakan bahan yang tidak membawa mudharat (bahaya) dan boleh mencacatkan tubuh.
  5. Prinsip mencari yang lebih baik berdasarkan kaedah Islam dan ilmu perubatan.
  6. Mengambil sebab melalui ikhtiar (berusha) serta tawakkal (berserah diri).
KONSEP PERUBATAN JAWI

1- Pastikan semua organ penyingkiran (usus, ginjal, paru-paru, kulit dan hati) berfungsi dengan baik dan proses pembuangan bahan kotoran seperti pembuangan air besar, pembuangan air kecil, perpeluhan dan kitaran haid untuk wanita tidak tersumbat.

2- Mengawal kemasukan sesuatu ke dalam badan samada dengan cara mengurangkan pengambilannya atau dengan berpantang terutama bila telah disahkan terdapat penyakit.

3- Memastikan peredaran darah dan cecair limfatik di dalam badan berjalan lancar.

SEMUGA CATATAN YANG RINGKAS INI MENJADI PEMBUKA MINDA KEPADA MEREKA YANG INGIN MENDALAMI ILMU PERUBATAN ISLAM BERASASKAN HERBA.

Wednesday, August 13, 2008

SPIRULINA


KOLAM PENTERNAKAN SPIRULINA HPA

PENGENALAN


Spirulina (arthospira), ialah sejenis algae biru-hijau atau tumbuhan hijau mikrofonik yang dipercayai diantara yang terawal ALLAH ciptakan di atas muka bumi ini.

Setelah manusia mengetahui segala khasiat yang ada padanya melalui kajian-kajian yang dibuat di seluruh dunia sejak puluhan tahun lalu maka ia telah mula dijadikan makanan kesihatan yang selamat. Ia telah lulus dan menepati piawaian kualiti makanan antarabangsa dan piawaian keselamatan.

Kebanyakan daripada makanan masakini telah menyebabkan toksid terkumpul dalam badan dan meracuni tubuh kita dalam jangkamasa yang panjang. Akibatnya timbullah masalah kesihatan yang kronik seperti sakit jantung, kanser, menurunnya imuniti tubuh, fungsi organ yang semakin lemah dan lain-lain.

Faktor-faktor di atas telah menjadi masalah besar di negara-negara maju yang menyumbang kepada kematian sebanyak 60% manakala lebih 40,000 kanak-kanak mati setiap hari di dunia kerana faktor-faktor kekurangan zat makanan.

KELEBIHAN SPIRULINA

Ahli-ahli sains dari Jepun, China, India, Eropah dan Amerika telah mendapati algae seni ini sangat baik kepada kesihatan manusia, di mana ianya boleh meningkatkan kesihatan secara umum dalam berbagai cara:

  • meningkat aktiviti anti-virus,
  • merendahkan kolestrol,
  • merendahkan risiko terhadap serangan kanser,
  • menjana sistem pertahanan tubuh (imuniti),
  • mengurangkan keracunan ginjal,
  • membantu pembiakan Lactobacilus yang sihat dalam usus kecil,
  • mempercepatkan kesembuhan luka,
  • mengurangkan penderitaan akibat radiasi, dan
  • menyelesaikan masalah kekurangan zat.
PETIKAN DARIPADA NOTA KULIAH INTIBAH TUAN HJ ISMAIL AHMAD (2002)

Setelah saya meneliti kelebihan yang ada pada SPIRULINA ini, saya begitu takjub sekali dengan ciptaan tuhan yang telah mencipta herba yang begitu tinggi khasiatnya kepada manusia. Berdasarkan pengalaman dan ilmu herba yang saya fahami, saya akan cuba untuk memberi ulasan berhubung dengan SPIRULINA ini. Mungkin perbahasan SPIRULINA ini tidak sehebat penulis-penulis di barat yang disokongi oleh data-data ujian dan analisis yang diadakan di makmal namun pengalaman saya selama 14 tahun dalam dunia herba akan saya jadikan sebagai panduan asas perbincangan ini.

1. WARNA SPIRULINA

Saya amat tertarik sekali dengan warna SPIRULINA iaitu warna hijau. Warna hijau ini sebenarnya ialah klorofil yang mana kandungan klorofil yang terdapat di dalam SPIRULINA adalah tinggi dan ianya bertindak sebagai pencuci alami atau nyah-toksid dalam badan.

Kita sedia fahami, hari-hari kita terdedah dengan keracunan dan toksid yang berpunca daripada masalah asap, debu, makanan-makanan yang diproses pada hari ini yang telah termusnah khasiatnya.

Toksid inilah yang menyebabkan semakin lemahnya sistem imuniti yang ada dalam tubuh badan manusia dan akhirnya menyebabkan seseorang itu mudah diserang dengan bermacam-macam penyakit.

Sekiranya hari ini kita menemui satu herba yang boleh bertindak untuk menghalang penompokan toksid dalam badan, maka saya merasakan itulah dia penawar sebenarnya dalam memulakan teori pencegahan lebih baik daripada perawatan.

2. KANDUNGAN BETA-KAROTEN YANG TINGGI

Apabila kita memperkatakan tentang beta-karoten, kita akan memperkatakan tentang karot (lobak merah) dimana SPIRULINA mempunyai 10 kali ganda beta-karoten melebihi karot. 100 gm SPIRULINA membekalkan 23,000 IU sedangkan keperluan vitamin-A (beta-karoten) sehari adalah hanya di sekitar 5,000 IU sahaja.

Vitamin-A yang tinggi akan menjadi toksid jika diambil berlebihan sedangkan beta-karoten di dalam SPIRULINA adalah lebih selamat kerana badan manusia menukarkan beta-karoten kepada vitamin-A hanya apabila perlu.

Beta-karoten diperlukan untuk penglihatan dan mempunyai kesan teraputik termasuk mengurangkan kolestrol, risiko kanser paru-paru, tekak, perut, usus, payudara dan servik.

3. KANDUNGAN ZAT BESI YANG TINGGI

SPIRULINA mengandungi zat besi yang tinggi di mana zat besi sering kali berkurangan serata dunia terutama pada wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua. Kekurangan zat besi akan menyebabkan berlakunya penyakit anemia (kekurangan darah). Zat besi diperlukan untuk pembentukan sel darah merah dan sistem imuniti.

Seorang perempuan yang mengambil kalsium yang berlebihan yang dibeli dari farmasi akan menyebabkan kekurangan penyerapan zat besi. Oleh itu dicadangkan pengambilan SPIRULINA. Zat besi dalam SPIRULINA mudah diserap oleh badan manusia kerana pigmen birunya yang dikenali sebagai phycocynin. Zat besi SPIRULINA lebih 2 kali ganda mudah diserap berbanding dengan zat besi daripada sayur-sayuran dan daging.

Konsep perawatan herba mengambil kira penyakit itu terjadi apabila sistem imunitinya berkurangan. Oleh sebab itu, pengambilan SPIRULINA adalah merupakan salah satu daripada cara untuk memperbaiki sistem imuniti yang semakin merosot.

4. KANDUNGAN PROTEIN YANG TINGGI

Protein yang terdapat pada haiwan boleh menjadi penggalak berlakunya kanser. Sebaliknya protein daripada tumbuh-tumbuhan bertindak sebagai pencegah kanser terutamanya kanser payudara, prostat, sakit jantung, diabetis dan simtom menopause.

SPIRULINA mengandungi protein lebih tinggi daripada sebarang makanan asli begitu juga kandungan vitamin, mineral dan nutrien lain. Kandungan protein dalam SPIRULINA ialah 65% berbanding kacang soya cuma 35%.

Protein terdiri daripada asid amino dan asid amino perlu tidak dapat dibina dalam badan maka ia perlu dibekalkan di dalam diet. Asid amino perlu bersama nutrien yang cukup untuk membina asid amino yang tidak perlu dalam badan. Oleh sebab itu, protein dianggap lengkap andai ia mempunyai kesemua asid amino perlu dan SPIRULINA adalah mengandungi protein yang lengkap.

Satu lagi kelebihan yang ada pada protein SPIRULINA ialah kebolehgunaan-serapan protein tersebut. Kebolehhadaman protein adalah penting dan SPIRULINA tiada selulos pada dinding selnya. Ia terdiri daripada muko-polisakarida lembut dan mudah dihadamkan iaitu 85% ~ 95%. Ianya amat baik terutama pada orang-orang tua yang mendapat masalah penghadaman protein dan juga pada kanak-kanak yang kurang zat makanannya.

SPIRULINA mengandungi hanya 5% lemak dan juga rendah kalorinya berbanding dengan kebanyakan sumber protein yang lain. 10gm SPIRULINA hanya mempunyai 36 kalori dan hampir tiada kolestrol sedangkan sumber protein yang lain mengandungi lemak, kalori dan kolestrol yang tinggi.


RUMAH BEKAM D' IEMAN

RUMAH BEKAM D' IEMAN
Pusat Latihan Herbalis & Rawatan Holistik (Kerohanian) Yang Unggul Di Dunia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails