Antara Punca sakit tulang belakang.
1. Ibu hamil
· Posisi tulang belakang dalam keadaan tidak normal kerana
mengimbangi berat kandungan.
· Semakin lama kandungan menjadi semakin berat
· Dibetulkan selepas melahirkan anak.
2. Cara menyambut anak ketika kelahiran.
· Dislokasi tulang cervical
· Penglihatan menjadi rabun sejak kecil
· Pendengaran juga menjadi kurang peka.
· Setengahnya melibatkan bahagian otak yang mengakibatkan
masalah kecerdasan akal.
3. Kecederaan/kesakitan sebelah kaki
· Berjalan dalam keadaan berat sebelah juga memberikan kesan
pada tulang belakang.
4. Duduk yang lama terutama diatas kenderaan
· Berlaku ketegangan ligamen yang menarik ruas tulang
belakang.
5. Duduk atau tidur dalam posisi yang tidak betul
· Tulang bergerak dari kedudukan normalnya.
6. Kasut yang kurang kualiti
· Hentakan tulang belakang tidak dapat diserap pada kaki.
7. Kecederaan sewaktu mengangkat barang yang berat
· Berlaku perubahan lokasi tulang dan baisanya berbunyi agak
kuat.
8. Tilam yang tidak berkualiti
· Tulang belakang mengikut bentuk kelenturan tilam yang
tidak selesa .
9. Lumpuh
· Sebahagian tubuh menjadi lemah mengakibatkan keadaan
menjadi semakin teruk.
10. Kecederaan sewaktu bersukan.
· Boleh berlaku perubahan kedudukan tulang akibat gerakan
yang kuat.
11.Jatuh ketika kecil (baru berjalan)
· Kesan jatuh masa kecil akan mula dirasai kemudiannya.
12.Bantal tidur yang terlalu tinggi.
· Bantal tidak boleh terlalu tinggi ataupun terlalu rendah.
13.Obesiti
· Berat badan yang berlebihan menyebabkan tidak bermasalah.
14.Kemalangan
· Akibat dari kemalangan yang menyebabkan kecederaan pada
tulang belakang.
15. Kurang air dalam badan.
· Kekurangan air menyebabkan tulang sentiasa kering dan
kehausan tulang boleh berlaku.
Bukan semua sakit belakang berasal dari tulang belakang
kerana kemungkinan juga berlakunya jangkitan dibuah pinggang atau daripada
masalah kawasan peranakan(wanita). Banyak juga disebabkan kekurangan air dalam
badan atau kerana terlalu banyak meminum teh,kopi atau herba diuretic.
Selain daripada dislokasi tulang terdapat beberapa factor
lain yang perlu diambil kira seperti :-
1. Patah
2. Tulang haus
3. Tulang kering
4. Bentuk tulang.
Terdapat bentuk tulang dalam keadaan tertentu seperti
a. Lordosis dan kifosis(bongkok)
b. Skoliosis.(tulang bentuk s)
Pemahaman ilmu Pembetulan Tulang Belakang
Tulang belakang yang terdiri dari ruas-ruas yang berpisah
juga merupakan satu jaringan saraf yang mengunjur dari kepala sampai ke ruas
akhir tulang. Jaringan saraf ini mempunyai kaitan dengan semua organ sehingga
dikatakan tulang belakang merupakan pusat kesihatan seluruh tubuh. Tulang juga
sama seperti otot apabila ia digunakan ia menjadi semakin kuat dan
penyempurnaan tulang belakang berlaku pada usia 20 – 30 tahun. Tulang terdiri
daripada Kalogen(protein) dan mineral.
Keperluan kalsium untuk kekuatan tulang sebenarnya ialah
1000mg sehari. Namun bagitu calcium tidak berfungsi tanpa vitamin D. Menunggang
kuda dan berenang merupakan dua bentuk riadhah yang membentuk tulang menjadi
kuat disamping aktiviti berjalan kaki (laju )selama 20 minit sehari.
Pemeriksaan Tulang belakang
Membuat pemeriksaan kesihatan tulang belakang boleh
dilakukan tidak lebih dari 2 minit jika kita mempunyai kemahiran. Selain dari
mendapat petunjukan daripada jawapan pesakit,beberapa organ zahir dapat dilihat
secara jelas.
Tanda-tanda Masalah Tulang Belakang
1. Jari tangan.
- Bengkok terutama jari kelingking
- Tidak sama bengkok antara kedua belah tangan.
- Rasa kebas di hujung-hujung jari.
2. Kepala
- Sakit kepala
- Stress yang berpanjangan
- Tekanan jiwa.
3. Pinggang
- Sakit dan menjalar sampai ke dua belah kaki.
4. Jantung
- Laju.
Demikianlah tanda-tanda yang boleh difahami akibat dari
masalah tulang belakang. walahua'lam.
Untuk dapatkan rawatan terapi tulang belakang, belikat, pinggang
Boleh hubungi Perawat De ieman berdekatan dengan kawasan anda
http://hamba66-ramly.blogspot.com/2018/01/terapi-di-pusat-terapi-de-ieman-hulu.html
http://hamba66-ramly.blogspot.com/2018/01/terapi-di-pusat-terapi-de-ieman-hulu.html
1. Pusat Terapi De ieman - Lagenda Suria 3, Hulu Langat -
Landmark - Klinik Warisan, Pasaraya CS, Petronas Nanding
Tekan link google map https://goo.gl/maps/EUxjnDvAbtF2
2. Pusat Terapi De ieman - Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur -
Landmark - Masjid Jamek Alam Shah, Restoran Sururi
.
Tekan link google map https://goo.gl/maps/6uwu1rFsmu92
www.wasap.my/60192852723
www.wasap.my/60192852723
3. Pusat Terapi De ieman - Kg Melayu Subang -
Tekan link google map https://goo.gl/maps/QcM77RtVmDR2
www.wasap.my/60193376751
www.wasap.my/60193376751
4. Pusat Terapi De ieman - Klang -
Tekan link google map https://goo.gl/maps/SsQERBgHFeF2
www.wasap.my/60193986684
www.wasap.my/60193986684
No comments:
Post a Comment