Thursday, April 6, 2017

PERSEDIAAN SEBELUM BEKAM YANG PERLU DIAMBIL BERAT



PERSEDIAAN SEBELUM BEKAM YANG PERLU DIAMBIL BERAT

- PEMBEKAM

1. Sebaik-baiknya pembekam telah mempunyai persiapan diri yang rapi dari segi spiritual, mental, emosi dan fizikal.
2. Pembekam sudah sering dibekam dan membekam.
3. Peralatan bekam yang lengkap – mangkuk bekam, pam, scaple, pisau bekam, sarung tangan, penutup mulut, surgical spirit, kapas, tisu dan minyak but-but.
4. Bekas untuk mangkuk bekam yang telah digunakan.
5. Botol berisi antiseptik.
6. Bekas untuk membuang darah bekam.
7. Pembekam mestilah menjaga diri mereka dengan penggunaan sarung tangan dan penutup mulut pakaibuang.

- PESAKIT

Sebaik-baiknya sebelum berbekam, pesakit membersihkan diri dan bertangas  selama ½ jam dengan tujuan untuk membuka liang-liang roma supaya memudahkan pengeluaran darah kotor; kemudian direhatkan selama 15 minit dan diikuti dengan bekam.

Sebaik-baiknya pesakit dimaklumkan tentang kaedah bekam, kesan selepas dibekam dan proses kesembuhan dan yang berkaitan agar pesakit tidak gelisah dan takut. Bimbinglah mereka dengan doa-doa dan berwudhu.

Bagi pesakit yang belum pernah dibekam, siapkan mental mereka agar tenang dan mulakan berbekam dengan jumlah titik yang minima, dan pastikan perkara-perkara di bawah dapat diikuti:

1. Kulit : Tempat yang hendak dibekam perlu dibersihkan dari segala kekotoran. Sekiranya tempat itu berbulu ia perlulah dicukur terlebih dahulu. Seeloknya mandi sebelum bekam.

2. Usus : Sebelum bekam, usus perlulah bersih. Pada penyakit yang kronik, julap yang tidak berapa kuat atau yang diperbuat daripada herba dicadangkan pemakanannya untuk membersihkan usus pada malam sebelum bekam.

3. Diet : Mengambil makanan yang ringan sebelum bekam. Jangan terlalu lapar atau terlalu kenyang.

4. Tidur : Tidur yang mencukupi amat penting supaya berasa tenang semasa pembekaman.

No comments:

Post a Comment

RUMAH BEKAM D' IEMAN

RUMAH BEKAM D' IEMAN
Pusat Latihan Herbalis & Rawatan Holistik (Kerohanian) Yang Unggul Di Dunia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails