Wednesday, January 25, 2017

Harga Rawatan Holistik di Rumah Bekam De Ieman

Masih mencari Pusat Rawatan Holistik (Bekam dan Urut) yang diiktiraf?

Kami sudah beroperasi selama 6 tahun dimana customer kami menjadi referral kepada rakan-rakan mereka.

Kami tampilkan harga rawatan terkini Rumah Bekam De Ieman di Jalan Lagenda Suria 3, Hulu Langat.

Harga sesuai dengan servis kami yang syorkan untuk anda.

Anda tidak rugi mencuba dan customer lama kami dengan diskaun 10% setiap rawatan akan datang

Rawatan Untuk Lelaki dan Wanita.

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan 011-290 66915
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan 011-290 66915

 Bekam Holistik

 Urutan Tulang Belakang, Sendi dan Saraf

Bekam Kepala Migrain, Sakit Kepala, Vertigo


Rawatan Untuk Lelaki dan Wanita.

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan 011-290 66915
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan 011-290 66915

Tuesday, January 24, 2017

HUKUM DAN HADIS YANG BERKAITAN DENGAN BEKAM



1) Hukum Mengambil Upah Berbekam


Harus bagi pembekam mengambil upah bekam.

أن أنسا قال :
( دَعَا النَّبِى -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- غُلَامًا لَنَا حَجًّامًا فَحَجَمَهُ،
فَاَمَرَ لَهُ بِصَاعٍ أَوْ مُدٍّ أَوْ مُدَّيْنِ، وَكَلَّمَ فِيهِ فَخَفَّفَ عَنْهُ ضَرِيبَتَهُ)
 رواه البخارى ومسلم

“ Nabi SAW telah memanggil seorang pembekam lalu beliau membekam Baginda. … ”

عن إبن عباس - رضى الله عنهما-
( أَنَّ النَّبِى -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- احْتَجَمَ فِى الْأَخْدَعَيْنِ بَيْنَ الْكَتِفَيْنِ
 وَأَعْطَى الْحَاجِمَ أُجْرَةً, وَلَوْ كَانَ حَرَامًا لَمْ يُعْطِهِ )
 رواه أبو داود والترمذى فى الشمائل

“ Sesungguhnya Nabi SAW berbekam pada ‘Al-Akhdain’ diantara dua bahu dan Baginda SAW telah memberi upah kepada Pembekam. Sekiranya mengambil upah itu haram maka Nabi tidak akan memberikan upahnya ”

            Rasulullah SAW menggesa supaya di beri ganjaran pada pembekam kerana ia adalah suatu pekerjaan yang halal seperti pendapat jumhur ulama.

            Berkata Imam Tarmizi: Sebahagian ahli ilmu dari kalangan sahabat Nabi SAW dan yang selepasnya telah memberi keringanan dalam mengambil upah pada berbekam. Pendapat ini disokong oleh Imam Syafie RA. Berkata Ibnu Hajar Al-Asqalani di dalam Kitab Fathul Bari: Ini adalah mendapat jumhur ulamak.

            Ulamak jumhur seperti Hanafiah, Syafieah, Malikiah dan Hanabilah mengharuskan pengambilan upah pada bekam. Mereka berhujjah dengan hadis Ibnu Abbas di atas. Mereka juga berhujjah bahawa berbekam ini mendatangkan manafaat maka harus di ambil upah (ganjaran) seperti mengambil upah menjahit, membuat rumah, menyusukan anak dan sebagainya kerana manusia mendapat manafaat daripadanya.


2) Hukum Mandi Selepas Berbekam


Sunat mandi bagi mereka yang dibekam.

عن عبد الله بن زبير عن عائشة أنها حدثته
( أَنَّ النَّبِى -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- كَانَ يَغْتَسِلُ مِنْ أَرْبَعٍ :
 مِنَ الْجَنَابَةِ وَيَوْمَ الْجُمْعَةِ وَمِنَ الْحِجَامَةِ وَمِنْ غَسْلِ الْمَيِّتِ )
رواه أبو داود

“ Sesungguhnya Nabi SAW membahagikan mandi dalam empat keadaan iaitu daripada junub, pada hari jumaat, selepas berbekam dan memandikan mayat ”

            Namun adakalanya Baginda SAW tidak mandi selepas berbekam dan ini menunjukkan bahawa hukum mandi bukanlah suatu perkara yang wajib dilakukan selepas melaksanakan bekam.


3) Hukum Puasa Bagi Pembekam Dan Pesakit


            Ulama telah berbahas dengan panjang lebar mengenai hukum yang berkaitan dengan puasa orang yang berbekam dan puasa pembekam adakah batal atau tidak. Ada di antara mereka yang berpendapat ia membatalkan puasa dan ada pula yang berpendapat tidak batal dengan dalil dan hujjah masing-masing.

            Kesimpulan daripada perbahasan tersebut ialah tidak batal puasa orang yang berbekam dan pembekam. Hujah yang menguatkan pendapat ini ialah di lihat daripada pengamalan sahabat-sahabat Baginda SAW kerana mereka yang paling hampir dengan Baginda SAW. Sahabat-sahabat Rasulullah dan Ummahatul Mukminin mereka telah berbekam hal keadaan berpuasa. Kisah mereka ini disebut di dalam kitab Sohih Bukhari dan di dalam kitab-kitab yang muktabar seperti Kitab Fathul Bari  karangan Ibnu Hajar Al-Asqalani dan kitab-kitab yang lain.

قال بكير عن أم علقمة
( كُنَّا نَحْتَجِمَ عِنْدَ عَائِشَةَ وَنَحْنُ صِيَام )

Berkata Bakir daripada Ummi Alqamah RA:
“ Sesungguhnya kamu berbekam di sisi Aisyah RA sedangkan kami berpuasa ”

Ibnu Hajar berkata : Jumhur ulama menyatakan tidak batal puasa dengan berbekam


4) Berbekam Dalam Keadaan Berihram


            Harus berbekam dalam keadaan berihram kerana Rasulullah SAW pernah melakukannya dalam keadaan tersebut.

وفى الصحيح عنه :
( اِنَّهُ احْتَجَمَ وَهُوَ مُحْرَمٌ فِى رَأْسِهِ لِصُدَاعٍ كَانَ بِهِ)
  رواه البخارى

“ Sesungguhnya Nabi SAW telah berbekam di kepala dalam keadaan ihram kerana sakit kepala ”

            Kebanyakan ulamak juga bersepakat menyatakan keharusan mencukur rambut untuk berbekam bagi mereka yang berihram dan mereka tidak dikenakan sebarang fidyah. Mereka berhujjah bersandarkan dengan kaedah Fiqhiah iaitu 'Darurat'. Kaedah hukum menyatakan:

" الضرورة تبيح المحظورات "

“ Kemudharatan mengharuskan perkara-perkara yang di larang ”





5) Wudhuk Pesakit


            Pendapat sebahagian ahli ilmu bahawa berbekam tidak membatalkan wudhuk berdasarkan hadis daripada Anas RA.

(اِنَّهُ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- احْتَجَمَ وَصَلَّى وَلَمْ يَتَوَضَّأ )

“ Sesungguhnya Nabi SAW telah berbekam dan Baginda terus solat tanpa berwudhuk ”


6) Membekam pesakit bukan mahram


Tidak boleh seorang lelaki yang ajnabi (asing) membekam seorang perempuan sedangkan masih ada pembekam perempuan di tempat tersebut. Aktiviti berbekam akan melibatkan aurat seorang pesakit maka ia tidak dibenarkan lebih-lebih lagi seorang perempuan.
Firman Allah yang bermaksud:
 ”Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka..” Surah An-Nur :31
Adapun ketika darurat maka ia dibenarkan untuk memenuhi darurah tersebut sahaja. Ulamak mensyaratkan kebolehan berbekam hal keadaan darurat itu seperti berikut:

1. Memahami pengertian darurat tersebut - situasi, kemudharatan dan sebagainya.

2. Pembekam itu hendaklah seorang yang wara’, siqah (boleh dipercayai) dan amanah .

3. Mesti ada mahram yang menemani pesakit tersebut apabila pembekaman berlaku.

4. Boleh di lihat hanya pada tempat yang hendak di bekam sahaja. Berdosa sekiranya melebihi dari yang seharusnya.


5. Tidak boleh menyentuh kulit perempuan tersebut melainkan dengan berlapik.

INGIN TAHU KEBAIKAN BERBEKAM? SILA KLIK DIBAWAH




ALAMAT PUSAT RAWATAN
58-1, Jalan Lagenda Suria 3, Taman Lagenda Suria, Batu 12, 43100 Hulu Langat, Selangor. (Atas Kedai Dobi Pro Clean)

LANDMARK :

Petronas Bukit Nanding, Dobi Pro Clean, ALS Frozen Food, My Mydin, CS Market.

Map :
3°05'50.7"N 101°48'03.8"E

Untuk Keterangan Lanjut Sila hubungi:

TUAN RAMLY AHMAD (013 - 371 3500) ATAU
PN. LAINI MD ARIF (013 - 221 9722)

Sunday, January 22, 2017

GULA

GULA (Pemanis Yang Membunuh)

Gula merupakan salah satu makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan boleh memudaratkan. Ia tidak diperlukan dalam diet seharian kerana tubuh mampu menukarkan banyak makanan lain menjadi glukosa apabila ia memerlukan tenaga.


Gula tidak memberikan sebarang nutrien atau zat makanan, sebaliknya zat-zat tersebut digunakan untuk memetabolismakannya menghasilkan kalori tambahan yang jika tidak digunakan akan disimpan sebagai lemak dalam tubuh. Lebih buruk lagi gula menyingkirkan zat makanan daripada tubuh.

Satu kajian menunjukkan penghadaman 1 sudu teh gula menurunkan aktiviti sel-sel darah putih sebanyak 43% selama 6 jam, dan kesan penekanan imun oleh gula kurang 30 minit selepas memakannya. Disamping itu gula menghidratkan tubuh, memekatkan lapisan lendir sinus dan paru-paru.

Pada tahun 1970, secara purata setiap rakyat Malaysia mengambil 17 sudu teh gula sehari. Kini meningkat menjadi 24 sudu teh (120 gm) gula sehari (termasuk gula tersembunyi). Jumlah ini 2.5 kali lebih tinggi dari yang disarankan. Pengambilan gula yang sederhana dalam sehari adalah dalam lingkungan 10 sudu teh (50 gm).

Jika anda melakukan kerja dalam keadaan banyak duduk, bernafas dengan lemah dan makan banyak gula, pastri dan makanan karbohidrat yang diproses, tubuh anda mungkin cenderung menjadi tempat pertumbuhan tumor.

Dua masalah kesihatan utama akibat pengambilan gula berlebihan:
  1. ·  Ia menyebabkan kegemukan. Kegemukan adalah satu risiko yang berkait rapat dengan penyakit diabetis, darah tinggi dan penyakit jantung.
  2. ·   Ia menggalakkan terjadinya karies gigi (kerosakkan gigi).

Rawatan Bekam dan Urut Di Jalan Lagenda Suria, Hulu Langat, Selangor.

UNTUK KETERANGAN LANJUT BOLEH HUBUNGI

011-29066915 (Tuan Abdullah)
013-3713500 (Tuan Hj Ramly)
013-2219722 (Puan Laini)




RUMAH BEKAM D' IEMAN

RUMAH BEKAM D' IEMAN
Pusat Latihan Herbalis & Rawatan Holistik (Kerohanian) Yang Unggul Di Dunia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails