Tuesday, January 26, 2016

SETIAP PENYAKIT ADA IBU, SESUNGGUHNYA IBU PENYAKIT DARI PERUT (USUS)



SISTEM USUS


MUQADIMAH


Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W. mengatakan bahawa sebahagian besar penyakit manusia berpunca dari “perut”. Hingga saat ini para ahli perubatan belum mencapai kesepakatan tentang pengertian “perut” sebagaimana dimaksudkan dalam hadis tersebut. Sebahagian besar berpendapat bahawa yang dimaksudkan “perut” adalah sistem pencernaan. Dalam pandangan herbalis, yang dimaksudkan  dengan “perut” sebagaimana yang disebutkan dalam hadis tersebut lebih tertumpu pada usus besar (kolon). Pada organ inilah sering terjadi penompokan sisa-sisa makanan (najis) yang pada biasanya menjadi penyebab munculnya berbagai penyakit.





Keadaan Usus Besar (Kolon)


Sistem usus sangat penting untuk difahami kerana usus ini merupakan tempat laluan zat-zat makanan dalam tubuh. Dalam satu penelitian, didapati zat-zat makanan akan berada dalam sistem usus yang normal sekitar 14 jam. Pengambilan makanan yang tidak seimbang, kekurangan serat dan air, penggunaan antibiotik serta tekanan fikiran boleh menyebabkan masa laluan tersebut menjadi lebih lama. Bila keadaan ini berlaku maka orang itu telah menghadapi masalah sembelit. 


Tidak semua zat makanan yang terdapat dalam usus besar dapat dikeluarkan sepenuhnya. Sebahagian dari sisa makanan tersebut ada yang melekat dan menompok dalam usus. Warna dari sisa kotoran tersebut bermacam-macam, sesuai dengan tingkat bahaya serta lamanya sisa makanan tersebut disimpan di dalam usus. Satu kajian ‘autopsy’ mendapati antara 10 hingga 15 pound sisa makanan melekat pada lipatan-lipatan usus kecil dan besar manusia dewasa yang mana ia merupakan penyebab munculnya banyak penyakit yang bersifat kronik.



PENYEBAB SEMBELIT


1.      Makanan yang kekurangan serat melambatkan penyingkiran bahan tinja dan menyebabkan toksid melekat pada dinding usus (diverticulata).

2.      Makanan Olahan – mengurangi elektrolisis, cairan hempedu menjadi berasid dan tidak mampu mencerna makanan dengan sempurna, mengakibatkan pembinaan plag pada dinding usus.

3.      Kelebihan kandungan sisa makanan berlebihan mengakibatkan regangan usus besar melintang (prolapsus).

4.      Kerosakan pada injap ileocecal menyebabkan isi dalam usus besar masuk semula ke usus kecil (autointoxication).

5.      Kekurangan asid hidroklorik dan enzim pencernaan.

6.      Kurang latihan senaman terutama di bahagian perut.

GEJALA SEMBELIT


  1. Pening kepala
  2. Rasa letih (lesu)
  3. Nafas berbau
  4. Sakit pada persendian
  5. Sering emosi dan sensitif kepada gangguan, timbul fikiran negatif
  6. Masalah kulit, rambut dan kuku.
  7. Perut menjadi buncit dan rasa tak puas bila buang air besar.
  8. Pencernaan tidak baik dan selalu buang angin.

PENYAKIT-PENYAKIT AKIBAT SEMBELIT


  1. Buasir.
  2. Intoksikasi.
  3. Penyakit Autoimun.
  4. Infeksi.
  5. Kanser.

BUASIR


Buasir akan menyebabkan pengerutan (spasm) atau kekejangan otot dubur. Otot usus yang lemah mudah menjadi lumpuh dan menghalang pengosongan usus dengan sempurna. Karsinogen akan mengikis membran mukosa usus dan menghasilkan rembesan kronik. Dehidrasi mengakibatkan bahan tinja menjadi keras.

AUTOINTOKSIKASI


Kolon yang tersumbat akan mengembang (ballooned sigmoid) dan membentuk kantung-kantung usus (diverticulata) serta melemahkan dinding usus. Kerosakan injap ileocecal akan menyebabkan bakteria beracun dari usus besar menegak masuk semula ke usus kecil di mana ia akan diserap ke dalam pembuluh darah dan menyebabkan berlaku autointoxication.

Autointoksikasi adalah lanjutan dari penguraian protein dalam usus. Dalam proses pencernaan biasa, molekul-molekul protein akan diuraikan menjadi sebanyak 20 jenis asid amino yang tidak beracun. Disebabkan pengaruh  pertumbuhan bakteria jahat, protein dapat menghasilkan amines yang bersifat racun di dalam usus kecil.

AUTOIMUN


Apabila kita mengambil makanan berproses umpamanya gabungan daging, gula dan kanji/tepung, akan menyebabkan proses peragian berlaku dan menghasilkan bahan alkohol dalam usus. Jenis makanan seperti ini akan menghasilkan lemak yang membentuk lapisan bergetah pada dinding usus. Tubuh melihat perkara ini sebagai ‘penakluk luar’ atau bendasing dan menyebabkan sel-T dan antibodi akan dihantar ke usus untuk memberi perlindungan. Seandainya makanan berproses dimakan hari demi hari tanpa makanan segar, sistem pertahanan tubuh akan terbeban dan akhirnya menjadi lemah.


Penyakit autoimun terjadi akibat sistem imuniti yang bekerja keras mengalami kekeliruan sehingga menyerang organ-organ sistem tubuh yang lain. Contoh penyakit autoimun adalah seperti:
1.      Kanser
2.      Alahan
3.      Kencing manis tahap 2
4.      Penyakit kulit seperti psoriasis
5.      Penyakit hati seperti hepatitis, sirosis
6.      SLE

RAWATAN


  1. Berpantang terhadap makanan yang merosakkan sistem imuniti seperti gula, lemak dan minyak, susu lembu, bahan makanan bukan asli.
  2. Banyakkan beriadah.
  3. Melakukan pembersihan kolon dengan herba pencuci kolon (bukan julap).
  4. Banyakkan berpuasa.
  5. Gunakan herba beraroma melalui liang roma samada melalui mandian atau syampu rambut 
     https://www.facebook.com/RumahSihat.D.Ieman/https://www.facebook.com/RumahSihat.D.Ieman/ 
    UNTUK TEMUJANJI RAWATAN
    HUBUNGI KAMI 011-29066915 untuk mendapakan PACKAGE menarik
     

Thursday, January 21, 2016

PERAWATAN DALAM ISLAM




Di dalam ketamadunan Islam dan sejarah perkembangannya, bidang teknologi perubatan telah lama dipraktik dan diamalkan oleh masyarakat terdahulu. Seorang tokoh perubatan Islam terkenal, Abu Ali Al Hussain Ibnu Abdullah (Ibnu Sina) menyatakan bahawa Tujuan perubatan ialah untuk memelihara kesihatan yang sedia ada dan juga untuk mengembalikan kesihatan ketika hilang.

PERUBATAN MERANGKUMI 2 PERSPEKTIF UTAMA IAITU:

1. Perubatan Rawatan,
2. Perubatan Kawal-Cegah.

Sebagaimana Islam memberi keutamaan kepada aqidah, ia juga memberikan perhatian kepada bidang perubatan samada Perubatan Rawatan atau Perubatan Kawal-Cegah, sekali pun perhatiannya terhadap Kawal-Cegah itu lebih banyak.

Sesungguhnya satu dirham untuk kawalan pencegahan dan berpantang itu lebih baik daripada wang yang bertimbun-timbun untuk berubat.

Islam mewajibkan setiap manusia memberikan hak yang sewajarnya kepada tubuh badannya.

Diantaranya ialah merawatinya ketika ia sakit. Baginda Nabi Muhammad s.a.w. dalam beberapa hadisnya memerintahkan supaya orang yang sakit mendapatkan rawatan dengan berubat untuk menyembuhkan penyakitnya. Nabi s.a.w. sendiri berubat untuk dirinya dan menyuruh keluarga dan sahabatnya yang dihinggapi penyakit supaya berubat.

Sabda Baginda Nabi Muhammad s.a.w. “ Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menurunkan penyakit dan ubat, dan menjadikan untuk kamu bahawa setiap penyakit ada ubatnya. Oleh kerana itu, berubatlah tetapi jangan berubat dengan yang haram” .

Apabila penyakit itu bertemu ubatnya maka sembuhlah ia. Itulah yang disebut sebagai keserasian. Namun dalam proses mencari ubat, manusia sering menemui jalan buntu apabila usaha-usaha yang dilakukan itu tidak berjaya.

KAEDAH RAWATAN ISLAM

Dalam kaedah perawatan Islam, unsur yang dapat menyembuhkan bukanlah ramuan ubat semata-mata tetapi juga unsur harapan kepada Allah s.w.t. yang tidak akan mensia-siakan orang yang bergantung kepadaNya. Setiap kali putusnya harapan dan cita-cita, maka sulit lagilah pesakit itu akan sembuh. Sesungguhnya rawatan yang hakiki mestilah merangkumi jasmani dan rohani sekali gus.

Dengan pendekatan ini ramai para tabib atau doktor telah membuktikan mereka mampu merawat pesakit mereka dengan lebih sempurna dan sewajarnya. Akhirnya mereka telah menghasilkan keputusan yang cemerlang.

Maka selepas beberapa penyiasatan dan renungan yang mendalam, mereka telah membina satu falsafah baru mengenai rawatan ini diatas asas berikut:

1. Pengetahuan dalam bidang ilmu perubatan.
2. Pegangan dan kepercayaan kepada Allah s.w.t.

Manakala rawatan secara fizikal adalah menggunakan ubat-ubatan dan memanafaatkan pengetahuan dalam bidang ilmu perubatan. Rawatan jenis ini adalah diakui oleh Islam bahkan ada diantaranya disebut dalam Al Quran dan Hadis Nabi s.a.w.. Kesimpulannya, mendapatkan rawatan adalah dituntut oleh Islam sebagai satu langkah untuk memelihara dan menjaga nikmat kesihatan dan keselamatan tubuh badan.

Dalam hal ini, Islam mengajar melalui petunjuk Rasulullah s.a.w.; bukan sekadar memberi galakan kepada orang sakit supaya mendapat rawatan, tetapi juga telah mengemukakan satu pendekatan terbaik untuk merawat penyakit iaitu pendekatan bersepadu yang menggabungkan usaha secara jasmani dan rohani. Islam juga terlalu menitik beratkan akan menjaga kebersihan kerana ia adalah tabiat pencegahan terbaik dalam menjaga kedua-duanya.

Perubatan Nabawi lebih bersifat "Pencegahan", mengatur manusia kepada disiplin-disiplin tertentu supaya mereka tidak ditimpa penyakit. Islam tidak hanya melihat penyakit dalam bentuk zahiriah sahaja, malah lebih bahaya dari itu ialah penyakit-penyakit rohaniah.

Rasulullah S.A.W. bersabda, "Kami satu kaum yang makan bila lapar dan kami makan tidaklah sampai kenyang."

Didalam kontek ketahanan atau penyebaran dakwah Islam juga ditegaskan dengan satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim iaitu “Seorang mukmin yang kuat itu lebih baik daripada mukmin yang lemah, tetapi kedua-duanya adalah baik”.

PRINSIP PERUBATAN ISLAM

1. Prinsip Keyakinan: Hakikat penyembuhan itu dari Allah S.W.T. yang bersifat Asy-Syafi (Maha Penyembuh)

2. Prinsip Pengubatan: Merawat pesakit secara ihsan mengikut syariah Islam dan tidak berbau tahayul, kurafat dan bidaah.

3. Menggunakan bahan yang diyakini suci dan halal dan tidak sekali-kali menggunakan bahan yang nyata haramnya dan yang subhat.

4. Menggunakan bahan yang tidak membawa mudharat (bahaya) dan boleh mencacatkan tubuh.

5. Prinsip mencari yang lebih baik berdasarkan kaedah Islam dan ilmu perubatan.

6. Mengambil sebab melalui ikhtiar (berusha) serta tawakkal (berserah diri).

Doa Hamba Allah yang  Redho

.. Ya Allah Ya tuhanku,
jadikanlah sakit yang telah Engkau takdirkan ke atas hambaMu yang doif ini sebagai kifarah kepada dosa-dosaku yang banyak ini…

dan jadikanlah ubat yang Engkau qodokan untuk kami memakannya sebagai penawar kepada penyakit jasmani dan rohani hambaMu yang penuh dengan kekufuran dan kesyirikan ini…

…Ya Allah terimalah doa kami ini semata-mata dengan RahmatMu dan dengan keberkatan Kekasih-KekasihMu yang sentiasa tunduk kepada KebesaranMu……

RUMAH BEKAM D' IEMAN

RUMAH BEKAM D' IEMAN
Pusat Latihan Herbalis & Rawatan Holistik (Kerohanian) Yang Unggul Di Dunia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails