Friday, June 13, 2008

PENCUCIAN & PENGIMBANGAN

PENCUCIAN ( Cleansing )

Prinsip perubatan herba memberi penekanan kepada proses pencucian yang lebih dikenali sebagai proses detoksifikasi. Proses ini memberi penumpuan asas kepada punca penyakit yang disebabkan oleh himpunan toksid yang tinggi. Toksid ini akan berkumpul di dalam hati dan menyebabkn fungsi hati sebagai organ penyingkir racun terganggu. Racun mula diserap ke seluruh organ sehingga merosakkan sel-sel tubuh.


Produk D'DET merupakan sinergi resepi pahit yang berfungsi mengembalikan salah satu peranan hati iaitu menyingkirkan keracunan di dalam tubuh. Keracunan dikeluarkan melalui cairan hempedu dan terbuang di saluran usus besar (kolon). Daripda usus inilah racun ditolak keluar jika tidak berlaku sembelit. Resepi D'DET telah diperkuatkan dengan serat yang tinggi daripada SPIRULINA. Kehadiran Spirulina ini sebagai penyapu yang berkesan (mempercepatkan transit) bagi membuang kotoran yang melekat di dinding usus.

Program detoksifikasi terbahagi kepada 3 peringkat,iaitu :-

Pencucian ===> Pembinaan ===> Pemantapan


Oleh kerana program detoksifikasi memperbaiki fungsi hati (refunction), maka salah satu fungsi yang terpenting turut berlaku dimana gejala "fatty liver" yang berlaku kepada pesakit kardiovaskular atau orang yang obesiti turut terawat. Ini berlaku apabila hati tidak lagi menjadi agen setor lemak tetapi mula membakar dan membuang lemak. LDL (LEMAK JAHAT) diimbangi dengan HDL (LEMAK BAIK) dan berat badan akan semakin berkurangan.

Dalam banyak kajian didapati setiap individu mempunyai berkilo-kilo najis kering yang melekat di dinding usus. Seseorang itu tidak merasai sebarang kesakitan tetapi lama kelamaan akan menyebabkan penyakit dan nutrien dari makanan tidak dapat diserap dengan sempurna. Akibatnya seseorang yang mengambil makanan yang banyak tetapi tidak bertenaga dibandingkan dengan seorang yang hanya memerlukan sedikit makan dan lebih bertenaga. Ini membuktikan walaupun jumlah makanan yang diambil banyak tetapi nutrien yang boleh diserap terlalu sedikit ataupun sel-sel saraf yang menghantar berita kenyang terganggu dengan adanya timbunan sisa najis di dinding usus. Keadaan ini akan menjadikan kita akan terus makan tanpa merasa kenyang.

Oleh sebab itulah, program detoksifikasi merupakan agenda terawal dalam penjagaan kesihatan. Berpuasa adalah salah satu cara melakukan detoksifikasi yang diajar oleh Islam kerana daripada program inilah akan terhasilnya dasar perubatan iaitu release, rest, regeneration dan refunction. Sesiapa yang menjadi pengamal herba atau herbalis tetapi tidak memberikan penekanan kepada detoksifikasi sesungguhnya dia terkeluar daripada fahaman herbalisma.

Prinsip asas yang perlu diketahui bahawa setiap orang yang mengamalkan herba mestilah bersifat pelawas kerana gejala sembelit merupakan racun pertama di dalam tubuh badan manusia.

Sayang sekali banyak pula pengamal yang memberikan herba pelawas tanpa memberikan herba yang berkesan di hati. Tindakan ini seperti menyapu sampah di muka pintu sedangkan sampah di dalam bilik tidak dikeluarkan terlebih dahulu. Herba pahit mesti digunakan. Penggunaan herba pahit memang banyak manfaatnya tetapi penggunaan tanpa sinergi membawa kesan sampingan seperti kerosakan saraf. Pokok hempedu bumi, jika diamalkan berterusan menyebabkan berlakunya impotensi.

Di sini, para herbalis perlu memahami bahawa nenek moyang kita mengamalkan herba pahit sejak zaman berzaman tetapi tidak memberikan kesan impotensi, kenapa? Jawapannya kerana teras halban yang pahit disinergi dengan teras juak, teras tembesu dan 42 teras yang lain. Di antara kelebihan D'DET ialah menggabungkan 28 jenis herba yang terpilih.

Falsafah kepada D'DET ialah pembersihan sebelum pengubatan. Sebelum kita bersolat, kita berwudhuk dan bertaubat. Sia-sialah orang yang bersolat tanpa wudhuk dan bertaubat. Kekotoran anggota zahir dan anggota batin menyebabkan kesemua ibadat tertolak. Sayangnya banyak sekali individu yang tidak mengerti hal ini dan merasakan terlalu suci. Allah Maha Mengetahui.

Seorang perawat yang bijak tidak akan bertanya kepada pesakit, "Adakah anda sembelit pada hari ini?". Kerana jawapannya tentunya tidak. Orang yang tidak pernah merasai bagaimana rasanya lawas pasti akan menyatakan dia tidak sembelit. Berikan sahaja D'DET atau PELAWAS kemudian baru bertanya perbezaannya. Percayalah 90% penyakit berpunca daripada sembelit sedangkan 90% pesakit menyatakan dia tidak sembelit.

Salah satu bahan aktif yang digunakan dalam herba ialah morindin daripada morinda eliptica. Dalam kajian telah didapati bahan ini amat baik untuk mengelakkan kanser usus. Akar mengkudu apabila dipanaskan akan mengeluarkan satu pewarna itulah morindin. Dalam ilmu herba, setiap herba yang berwarna amat baik untuk kulit.

Kulit pula berhubungan dengan hormon sedangkan mata berhubungan dengan hati. Dari hati turun ke mata dan dari hormon turun ke kulit. Perhatikan dengan cermat kebiasaan pesakit yang menghadapi masalah hormon pasti nampak pada kulitnya. OMEGA-3 baik untuk kulit, baik untuk kanser. FISALIN-B baik untuk kanser dan baik untuk kulit.

Warna morindin tidak kelihatan dalam cairan D'DET kerana warna hijau SPIRULINA lebih kuat. Sesuatu yang tidak nampak bukannya tidak ada. Cuma yang lebih dominan menguasai keadaan. Begitulah hukum alam.

Peranan D'DET melakukan pencucian agar sel sihat tidak berubah dan menjadi normal. D'DET mencegah berlakunya kanser.

Pengamalan herba D'DET akan memberikan tenaga yang kuat. Mereka yang mengamalkannya akan menjadi lebih bertenaga dan tidak letih. Kesemua organ kembali berfungsi. Muda 10 tahun daripada usia sebenar dan boleh meneruskan ibadat dengan hati yang lurus.

Herba pahit juga dikenali sebagai "kardiotonik". Ia berfungsi menguatkan jantung bagi mengepam darah keseluruh badan sama seperti 'viagra'. Kajian asalnya ialah untuk tujuan penyakit kardiovaskular. Kenapa pesakit jantung dilarang menggunakan viagra? Kesan degupan jantung yang kuat akan menyebabkan berlakunya kematian. Inilah kelemahan ubatan kimia sintetik dengan sesuatu bahan aktif. Tidak seperti D'DET yang bertindak sebagai "kardiotonik" dan tanpa kesan bahaya.

Saudara para herbalis, kita biasa melihat betis dan atas kaki seseorang menjadi sembab dan apabila kita menekannya ia akan tenggelam dan timbul perlahan-lahan, kenapa? Ini adalah kerana masalah jantung yang tidak mempunyai kekuatan mengepam darah menjadikan darah tidak dapat dibawa balik ke ginjal. Ini adalah berpunca daripada 2 organ yang bermasalah iaitu jantung dan ginjal. Toksid mula berhimpun di bawah tapak kaki. Kaedah mengeluarkan toksid bukannya dengan menampalkan plaster pada tapak kaki tersebut kerana kaedah itu sama seperti menggunting uban di kepala.

Dengan penggunaan herba D'DET, jantung dan ginjal akan berfungsi semula dan proses antipenuaan berlaku. Anda tidak dapat mengembalikan hari yang telah berlalu tetapi anda dapat memutarkan kembali jam biologi di tubuh anda agar lebih muda 10 tahun dari usia anda yang sebenar.

Sinergi herba D'DET juga bersifat diuretik. Amat sukar untuk mencari satu penawar yang bersifat detox, pelawas dan diuretik. Inilah rahmat Allah S.W.T pada kita di mana sinergi ini saya salin bulat-bulat daripada resepi herba yang diamalkan sejak turun-temurun.

Adakah anda percaya bahawa tubuh anda sedang mengalami kesakitan masakini tetapi kesakitan itu disembunyikan di bawah saraf secara tidak sedar akibat dari kebiasaan dan ubatan kimia. Lihat sendiri apabila anda mengambil D'DET dengan sendirinya tubuh anda akan memberi isyarat kesakitan di pinggang, di kaki, di kepala dan lain-lain lagi. Teruskan pengambilan hingga kesakitan itu benar-benar sembuh.

RUMAH BEKAM D' IEMAN

RUMAH BEKAM D' IEMAN
Pusat Latihan Herbalis & Rawatan Holistik (Kerohanian) Yang Unggul Di Dunia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails