Sunday, July 10, 2011

FAEDAH SAYURAN HIJAU


Pemenang Hadiah Nobel tahun 1930, Dr. Hans Fischer telah mendapati klorofil (bahagian hijau dari daun) hampir sama dengan haemoglobin (pembawa oksigen) dalam darah manusia. Perbezaan antara keduanya ialah klorofil mempunyai bahagian magnesium, manakala haemoglobin mempunyai bahagian zat besi.

Apabila klorofil mentah diberi kepada arnab-arnab yang kekurangan darah, binatang-binatang ini akan pulih selepas 15 hari. Walau bagaimanapun, klorofil yang diproses secara kimia tidak berkhasiat dalam mengubati anaemia, malah mungkin membahayakan tulang sum-sum.

Klorofil juga telah menunjukkan rekod yang baik dalam mengubati penyakit-penyakit jantung, arteriosklerosis, sinusitis, osteomyelitis (penyakit tulang sum-sum), pyorrhea (gusi berdarah) dan tekanan perasaan. la juga bertindak menjadikan air liur lebih bersifat alkali. Disamping itu klorofil juga didapati menghilangkan bau-bau badan yang tidak enak; ia bertindak dari dalam, bukan dari luar seperti pencegah-pencegah kesan yang lain.

Kepentingan Makanan Segar Dalam Kesihatan

Perbezaan khasiat antara makanan segar dengan yang kurang segar adalah satu hal yang diakui. Di sini akan diterangkan secara saintifik perbezaan antara keduanya.

Kaedah perbezaan ini telah ditemui oleh 2 orang saintis Russia, Semyon Kirlian dan isterinya Valentina. Melalui kaedah ini, Kirlian mendapati ia dapat menunjukkan di atas kertas fotografi satu jenis cahaya yang sebenarnya terbit dari semua benda hidup yang tidak dilihat oleh mata manusia.

Kaedah Kirlian ini kemudiannya terus dikaji oleh 6 buah Institusi Kerajaan di Soviet. Apabila kaedah ini digunakan untuk membezakan antara makanan segar dengan makanan yang telah dimasak, mereka mendapati bahawa cahaya yang direkodkan di atas filem dari tanaman yang segar atau sihat adalah jauh lebih terang dari cahaya yang dihasilkan dari tanaman yang telah dimasak atau yang telah rosak atau layu.

Harry Oldfield, seorang penyelidik British telah menggunakan kaedah ini untuk menyelidiki perbezaan antara karot dan kobis bunga yang segar dan yang telah dimasak dan mendapati keputusan yang serupa.

Perbezaan antara sayuran yang dihasilkan oleh baja kimia dan baja organik.


Sayuran yang dihasilkan dari pembajaan organik asli mengandungi lebih kandungan kalium dan sedikit natrium. Sebaliknya pembajaan kimia menghasilkan kandungan natrium yang tinggi dan kalium yang rendah dalam sayuran.

Apabila sayuran ini dimasak, biasanya zat natrium akan ditambah lagi (melalui garam) yang dimasukkan dalam masakan. Lebihan garam ditambah pula dengan antibiotik dan ubatan lain menyebabkan natrium menyerap ke dalam sel dan kalium bertindak keluar dari sel, yakni wujud keadaan ketidakseimbangan yang menyebabkan tiap-tiap proses terganggu. Apabila sel tidak mampu menyerap dan mengeluarkan dengan berkesan ia menjadi tidak berkemampuan untuk melaksanakan tugas-tugas penting, sisa-sisa toksid mula berhimpun di dalamnya dan berbagai perkara lagi berhimpun diluarnya.

Gejala-gejala yang dapat dilihat pada seseorang pada waktu ini ialah selalu letih, lemah daya ketahanan terhadap penyakit dan akhirnya mendapat penyakit. Makanan-makanan mentah dan segar pula berhasil memutarkan proses ini kebelakang.

Seorang pakar perawatan kanser, Max Gerson percaya bahaya segala penyakit kronik bermula apabila kalium kekurangan di sel akibat dari keadaan ketidakseimbangan kalium-natrium di dalam badan. Keadaan ini menurut beliau akan menyebabkan gangguan serius dalam kimia tubuh-badan. Kalium bukan sahaja berperanan sebagai pengalir saraf, ia juga menjadi katalis kepada banyak jenis enzim dan ia perlu untuk cengkaman otot termasuklah otot jantung dan otot-otot yang terlibat dalam penghazaman. Kalium juga perlu untuk proses penukaran glukos kepada glikogen dalam hati. Hati yang sihat mengandungi kadar kalium 2 kali ganda dari naterium.

Kekurangan kalium mengakibatkan keadaan tidak normal pada jantung dan juga darah tinggi. Juga kekurangannya mempunyai hubung kait dengan keletihan yang kronik. la menyembuhkan masalah ketidakcernaan, kembung perut dan lain-lain. Perahannya adalah juga berguna untuk penyakit-penyakit migrin dan sakit kepala yang lain dengan cara menyapunnya di dahi.

Petikan daripada buku Perubatan Nabawi dan Perubatan Tabiie

RUMAH BEKAM D' IEMAN

RUMAH BEKAM D' IEMAN
Pusat Latihan Herbalis & Rawatan Holistik (Kerohanian) Yang Unggul Di Dunia

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails